Bab 11

999 25 0
                                    

Sudah 3 jam berlalu selepas Emma dan Alexandra sampai ke rumah. Clare agak terkejut dengan perubahan Alexandra tapi dia ikut sahaja apa yang dia nak.

Alexandra pun tak tahu kenapa dia beria sangat nak berubah. Dia cuma fikir kalau dia menukarkan bahasanya, Emma akan menyukainya.

Alexandra keluar dari biliknya. Tekaknya terasa haus. Dia baru sahaja menjejakkan kaki di anak tangga di tingkat atas. Dia terdengar suara Emma dibawah bersama Clare.

"Clare, aku ada perasaan dekat seseorang". Clare tersenyum.

"Baguslah tu".

"Orang tu... perempuan, Clare". Jelas kelihatan Clare terkejut. Emma mengeluh.

"Tak apa kalau kau tak suka aku sebab sexuality aku". Clare menggeleng.

"Aku tak kisah kau nak suka siapa. Yang pasti kau gembira". Clare memeluk Emma.

Emma membalas pelukan Clare. Air matanya mengalir. Clare juga turut menangis. Emma tidak menyangka betapa senangnya Clare menerima.

Alexandra terduduk ditangga. Dia mendengar setiap perkataan yang Emma sebut. Alexandra tersenyum lebar. Dia ada peluang dengan Emma nampaknya.

Alexandra bangun dan masuk ke bilik semula. Dia tidak ingin menganggu Clare dan Emma di bawah. Nanti tak memasal malu Emma.

Alexandra di dalam bilik tidak henti tersenyum. Dia memandang gambar dia dan Emma di dalam telefonnya. Tapi senyumnya hilang bila teringat kata Emma.

Emma cakap dia suka seseorang. Siapakah orang yang disukai Emma? Alexandra baring menghadap siling. Dia mengeluh. Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 malam.

Alexandra menguap untuk kali keberapa. Dia menggosok matanya. Alexandra makin penat dan matanya mula tertutup. Alexandra tertidur.

Alec menguap. Kerjanya di pejabat masih belum selesai. Sepanjang dia tak ada di Malaysia, kerjanya langsung tak diusik.

Bzz! Bzzz!

Telefon Alec bergetar. Nama Magnus terpapar di telefonnya. Alec menguap sebelum mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?".

"Ah Alec. Just want to make sure you're okay there".

"Huhh Magnus, it's almost 1 a.m here".

"Oh I'm sorry. It's already 12 p.m here so I thought there's no much different there". Alec mengeluh.

"It's okay Magnus. Well what do you need?".

"Well I'm going to Brooklyn. I've got work to do and some suspects". Alec mengangguk.

"So take care there Magnus. Bring my men too".

Panggilan tersebut dipadam selepas hampir 30 minit mereka bercakap. Alec meregangkan badan. Dia tersenyum. Gembira bila Magnus menelefonnya walaupun di lewat malam.

Alec bangun dan mengambil barangnya. Dia keluar dari pejabatnya. Kereta Nissan GTR merahnya dihidupkan dan terus berlalu pergi.

Keesokan paginya. Alexandra menggeliat kecil. Dia membuka telefonnya. Jam di telefonnya sudah menunjukkan pukul 8 pagi.

Alexandra mengambil tuala dan terus berlalu ke bilik air. Pili air dibuka dan memenuhkan tub. Alexandra masuk ke dalam tub. Dia berendam sahaja.

Emma keluar dari biliknya. Dia baru sahaja habis mandi. Clare sudah keluar pagi tadi. Katanya dia nak pergi kerja. Sepupu dia dapatkan dia kerja.

Emma memasak sarapan untuk dia dan Alexandra. Dia masak nasi goreng je. Nak masak makanan lain tapi barang dapur dah habis.

Dia memandang tangga. Dah pukul 9 pagi tapi Alexandra tak turun lagi. Mungkin belum bangun kot. Emma sambung memasak.

Alexandra keluar dari tub mandinya. Dia mengelap badannya yang basah. Baju yang sudah tersedia di atas katilnya dipakai. Bajunya berlengan pendek sahaja.

Seusai memakai baju, Alexandra turun ke bawah. Dari tingkat atas lagi dia sudah terbau bau masakan Emma. Dia sangat suka masakan Emma.

"Morning Emma".

"Morning Cass".

Alexandra duduk di meja makan. Emma membawa nasi goreng yang sudah tersedia di dalam pinggan ke atas meja makan. Alexandra tersenyum.

Mereka makan nasi goreng tersebut dengan tenang. Alexandra sudah menghabiskan nasi gorengnya. Emma tergelak melihat Alexandra. Comot je makan.

Emma mengambil tisu dan menghulurkannya kepada Alexandra. Alexandra mengangkat keningnya. Emma tergelak dan mengelap pipi Alexandra.

Alexandra terpaku melihat muka Emma yang jaraknya beberapa inci sahaja dari mukanya. Emma mengundurkan mukanya selepas siap mengelap.

"Err t-thanks". Emma tersenyum.

Alexandra bangun membawa pinggannya. Emma juga turut bangun dan membawa pinggannya untuk dibasuh. Dia menunggu gilirannya untuk membasuh.

"Tak pe. Biar saya je basuh. Awak pergilah kat depan". Emma mengangguk dan meninggalkan Alexandra.

Alexandra mengeluh dan membasuh pinggan Emma. Dia masih lagi terfikirkan tentang apa yang Emma cakap malam tadi. Sungguh dia berasa kecewa.

Emma melihat Alexandra yang mengeluh dari tadi. Muka dia kelihatan keliru dan sedih. Apa yang difikirkan oleh Alexandra?

Alexandra berbaring di dalam biliknya. Dia langsung tidak memandang Emma. Kepalanya pening akibat terlalu berfikir.

Dia sudah mengambil panadol tadi. Alexandra berasa ngantuk. Dia tertidur di dalam biliknya. Emma melihat Alexandra yang sudah tertidur. Emma tersenyum dan berlalu pergi.













Vote 4 me 😣❤️ if you have an idea. Tell me. I'll try my best to do this 😋❤️🎉

You're BeautifulWhere stories live. Discover now