Bab 27

522 11 0
                                    

"Lyon!!". Alexandra mengejar Lyon.

"Oh god help me!!!!".

"Oh you better pray to whoever you pray!!".

Alexandra mengambil balang kaca pada Lyon. Lyon sempat mengelak dan balang tersebut pecah akibat terkena dinding.

"Korang ni dah kenapa?". Russ mengambil tempat di ruang tamu.

Alexandra menunjukkan telefonnya yang sudah retak. Retak habis fon dia. Lyon menyorok di belakang dinding sambil mengintai.

"Aku tak sengaja. Betul ni".

Alexandra menggenggam telefonnya dan berlalu ke atas. Dave memandang muka Alexandra yang merah semerah epal. Garang betul.

"Pandai buat, pandai tanggung".

Alec memerhatikan gerak geri adiknya dari cctv. Dia memerhatikan Lyon pula. Lyon dan anak buah dia hanya duduk di ruang tamu.

"Alec, bila nak ambil dia?".

"Yang ni senang sikit dari yang biasa". Emanuel dan Zach mengangguk.

"Anyway kitorang dah jumpa Jack".

Gadreel membawa Jack masuk ke dalam pejabat Alec. Dia menyuruh Jack duduk di atas kerusi yang ada dalam pejabatnya.

Alec menghampiri Jack. Emanuel dan yang lain berdiri di tepi pintu. Jack hanya memandang muka Alec yang serupa tak puas hati.

"Mana kau pergi selama ni?".

Jack memandang muka Alec yang jelas kelihatan marah. Dia menelan air liurnya.

"H-hey Alec! Long time no see brother!".

"Fuck you asshole".

Alec memeluk Jack. Buruk mana pun Jack depan mata orang lain. Dia masih lagi keluarga Alec. Jack membalas pelukan Alec.

"Aku dengar kau dah ada syarikat sendiri".

"Oh well. I can't always hoping people to help me".

"Aku cakap straight-to-the-point je la". Alec memandang muka Jack.

"Kau ada jumpa dengan Lyon berapa hari lepaskan? Kenapa kau jumpa dia? Apa dia nak dengan kau?".

Jack mengangguk dan duduk semula. Dia menunduk ke bawah. Alec dan yang lain memandang pelik.

"Aku jumpa dia sebab aku nak minta tolong dari dia".

Alec mengangguk menunjukkan dia faham. Dia mengambil kerusi di sebelah mejanya dan duduk di sebelah Jack.

"Aku baru tahu Lyon kenal mak aku. Mak kandung aku".

Jack mengeluh dan menunduk. Tangannya digenggam. Air matanya mula mengalir dengan perlahan. Alec mengangguk. Dia faham situasi Jack.

Emanuel dan Zach mendekati Jack. Mereka memegang kedua bahu Jack. Alec hanya memandang apa yang dorang tengah buat.

"Insyaallah kitorang tolong kau cari mak kau".

Jack mendongak untuk memandang muka Zach dan Emanuel. Alec tersenyum. Zach menghulurkan tangannya kepada Jack.

"I'm Zach. He's Emanuel".

Jack menyambut huluran Zach. Tak semua orang sanggup tolong dia. Jack tersenyum.

"Alec? Barang dapur habis ni".

Clare masuk ke dalam pejabat Alec. Jack memandang tepat ke dalam mata Clare bila Clare mendongak. Clare terdiam.

"Jack?".

"Clare?".

Alec memandang Clare dan Jack. Emanuel dan Zach menggaru kepala. Senario apa ni?

"Korang kenal??". Clare dan Jack mengangguk.

Alexandra duduk di halaman belakang. Sudah hampir 3 jam dia berada di situ. Lyon memerhati dari dalam rumah.

"Berapa lama kau nak biarkan dia macam tu?". Dave menepuk bahu Lyon.

"Aih ye la aku beli fon baru untuk dia. Boleh habis duit aku macam ni".

"Anjing kau habis. Dah jadi millionaire pun kedekut ke setan?".

Lyon menunjukkan jari tengah sebelum keluar. Dave menggeleng. Dia memandang Alexandra semula. Dah macam hantu dah duduk sorang kat situ.

Alexandra mendengus. Dia membuka WhatsApp untuk chat Emma tapi malangnya tiada talian disitu. Alexandra meraup mukanya.

Dia masuk ke dalam rumah. Perutnya mula berbunyi bila lama sangat duduk kat luar. Dave sedang menonton tv. Dia pergi ke dapur.

Peti ais dibuka dan masih lagi dengan nasib malang. Tak ada satu benda yang boleh dimakan pun.

"Weyh aku lapar!!".

"Tak payah jeritlah. Aku kat tepi kau je".

Alexandra melihat Dave yang sedang berdiri. Dave pergi mengambil air untuk diminum. Alexandra hanya memerhati.

"Kau nak makan apa? Aku pun nak keluar ni". Alexandra melompat teruja.

"Aku nak sushi king. Tealive. Burger Mcd dengan churros street please".

Dave menganga. Dia mengeluarkan dompetnya dan memandang Alexandra semula. Dia mengeluh.

"Ha ye la aku belikan".

Alexandra menepuk tangan seperti budak kecil. Dave menggeleng dan berlalu pergi.

Lyon masuk ke dalam rumah setelah kereta Dave berlalu pergi. Dia memandang Alexandra yang duduk di hadapan tv dan mendekatinya.

"Mamat tu pergi mana?".

"Aku suruh belikan makanan. Kau la culik orang tapi tak bagi makanan. Bangang".

Lyon menggaru kepala. Aku tak bersalah pun kena?

"Ha ni aku belikan untuk kau sebab aku retakkan fon kau tadi".

Alexandra membuka plastik yang diberikan. Dia tersenyum sambil menepuk tangannya. Lyon memandang pelik.

"Seriously?!! Oh my god thank you!!".

Alexandra memeluk Lyon. Lyon membalas pelukannya. Mereka berpeluk agak lama sebelum Alexandra meleraikannya.

Emma hanya memerhati Alexandra yang gembira memeluk Lyon. Alec dan yang lain sedang berbincang di ruang tamu.

Emma melepaskan keluhan. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Hatinya sakit melihat senyuman Alexandra bila dia sedang memeluk Lyon.

Emma keluar dari pejabat Alec dan terus naik ke biliknya. Dia mengunci pintu bilik dan menghamburkan tangisannya.

Magnus pergi ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa yang menghadap kelima lima orang yang berada di situ.

"You feel good?".

Magnus mengangguk dan tersenyum. Alec mengangguk dan menyambung perbualannya. Magnus hanya duduk dan mendengar perbualan mereka.

Selepas hampir 1 jam berbual, Jack meminta diri untuk pulang. Dia masih ada kerja di pejabatnya yang belum selesai.

Clare meneman Jack hingga ke pintu hadapan. Emanuel dan Zach pergi ke ruang permainan.

"So you don't want to eat? There's some food at the kitchen". Alec memandang Magnus.

"No. I don't have the appetite".

Alec mengangguk dan bangun. Dia mendekati Magnus. Dahi Magnus dicium lembut sebelum dia berlalu ke pejabatnya. Magnus tersenyum.

You're BeautifulWhere stories live. Discover now