Alexandra membuka peti ais. Dia mengeluarkan jug berisi air oren dan dituangkan ke dalam cawan. Dah dekat sebulan tak de berita pasal Lyon.
Dia membawa cawan tersebut masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan cawan tersebut di atas meja bersebelahan katilnya.
Dia melihat Emma yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya. Entah kenapa malam ni dia tak boleh tidur. Alexandra baring dan pandang siling.
Dia meraba sebelahnya. Kosong. Dia bangun dengan cemas. Dia turun dari katil dan mencari Emma. Dia melihat Emma berada di hujung katil. Berdarah.
Alexandra segera mengambil kain dan berlari ke arah Emma. Emma tiada di hujung katil. Alexandra mencari diseluruh rumah. Tiada kelibatnya.
"Emma no".
Alexandra melutut. Air matanya mula mengalir. Dia memeluk kain yang dia ambil tadi. Tangisannya makin teruk. Suasana makin sejuk. Terasa kosong seketika.
Alexandra membuka matanya. Dia menarik nafas dan menghembusnya dengan laju. Emma terbangun dan menghadap Alexandra.
"Hei kenapa ni? Awak okay tak?".
Emma membuka lampu. Dia melihat Alexandra bermandi peluh. Bajunya juga basah dengan peluhnya. Alexandra teresak kecil.
"Awak kenapa ni? Jom kita bersihkan badan awak dulu".
Emma memapah Alexandra masuk ke dalam bilik air. Alexandra duduk di dalam tab mandi. Emma membuka baju dan seluar Alexandra.
"Saya pergi ambil tuala eh? Awak mandi dulu".
Alexandra memegang tangan Emma. Matanya merah. Mungkin sebab nangis tadi. Emma kembali duduk ditepi tab.
"Don't leave me. Please".
Alexandra memeluk Emma perlahan. Emma membalas pelukan Alexandra perlahan-lahan. Dia menggosok kepala Alexandra.
"I won't".
Emma baring disebelah Alexandra. Hampir sejam dia memujuk Alexandra dalam bilik air tadi. Dia membelai rambut Alexandra lembut.
Emma memeluk Alexandra. Dia mula terlelap bila Alexandra sudah tidak meracau.
Alexandra membuka matanya. Ruangan sebelahnya kosong. Matanya mula bertakung. Semua yang terjadi semalam muncul.
"Awak, bangunlah. Tak nak sarapan ke?".
Alexandra duduk menghadap Emma. Dia memeluk Emma erat. Emma menggosok belakang badan Alexandra.
"Dah lah. Jom turun makan. Clare dah buat sarapan".
"Dia dah sihat?". Emma mengangguk.
Alec membuka laptopnya dan mula menaip. Magnus duduk di ruang tamu dengan Andy dan Anthony. Alec mencari maklumat tentang Lyon.
Alec mengambil telefonnya. Dia mendail nombor Emanuel. Dia mengeluarkan fail dari laci di sebelah mejanya.
"Yeah what is it?".
"The company at Australia have some really bad problems. I want you, Zac and Gadreel settle things there".
"Okay aku dah tempah tiket untuk esok".
"Good".
Alec meletakkan semula telefonnya. Dia menggeliat kecil dan mengeluh. Fail yang dipegang diletakkan di atas mejanya.
Tok tok!
"Come in!".
"Alec, we have a problem".
YOU ARE READING
You're Beautiful
Random(Updating) [Slow update] #lgbt #les #gay Not interested then don't read Still new to this so I appreciate it if you guys can support me and I'll do my best to keep on updating the story