Bab 8

1K 29 0
                                    

Alexandra mengelap air matanya yang tidak henti. Dia baru balik dari pengebumian ayahnya. Ayahnya dikuburkan diperkuburan Islam.

Alexandra membuka telefonnya. Sejak pagi tadi dia tidak memegang telefonnya langsung. Mesej dari Emma membuatkan dia tersenyum. Risau juga Emma tentang dirinya.

Alexandra

Girl slow down. Aku busy je. Not dead yet.

Emma 🌈

Pandai mulut kau ni kan. Tak baik lah cakap macam tu. Be careful. Always on your phone. Don't ever not reply my message.

Alexandra tergelak kecil. Dia membalas okay. Alexandra meminta diri untuk mandi dulu. Dia memadam telefonnya dan terus berlalu ke bilik mandi.

Alexandra ternampak Alec yang berada di belakang rumahnya. Alec hanya duduk di bangku yang ada. Penampakan wajahnya merah. Menangis mungkin? Alexandra membiarkan dan berlalu pergi.

Alec memandang telefonnya. Dia baru sahaja habis menangis. Sedih juga rasa kehilangan seorang ayah. Dia mengelap mukanya. Serabai sudah mukanya.

Alec baru sahaja bangun dari duduknya lalu telefonnya berdering. Nama 'Magnus' terpapar di telefonnya. Alec lupa akan janjinya semalam. Panggilan tersebut diangkat.

"Yes I'm sorry, I forgot".

"Chill. I'm at Starbucks. Meet me at the Central Park".

"Be there in 10". Alec terus mematikan panggilan tersebut. Dia terus bergegas ke keretanya.

Selepas 10 minit memandu, Alec sampai ke Central Park. Alec memerhati sekeliling. Nampaknya Magnus masih belum sampai.

"Hey?". Bahu Alec dipegang Dari belakang.

"Good you're here. Let's get to the point". Magnus mengangguk.

Magnus mengeluarkan satu fail hitam. Dia memberikan fail tersebut kepada Alec. Alec memandangnya pelik sebelum mengambil fail tersebut.

Terpapar muka Alec semasa dia bersama geng lamanya. Darkshifter Mafia. Sudah 4 tahun berlalu. Alec menutup fail tersebut.

"What are you trying to do with this? Spread it?". Magnus menggeleng.

"I want you to join me. Join me and you'll get anything you want".

"I already have what I want". Fail tersebut diletakkan di atas bangku. Alec bangun untuk beredar.

Magnus menarik tangan Alec. Alec terhenti dan terpusing ke belakang. Alec memandang Magnus dengan muka yang bengang.

"I want to help, Alec. I swear. I have nothing to lose if you aren't gonna join me but you'll never know who kill your father". Alec terdiam.

"Give me time". Alec menarik tangannya semula. Alec berlalu pergi meninggalkan Magnus.

"Play hard to get huh". Magnus bercakap perlahan.

Alec masuk ke dalam keretanya. Dia memegang tangannya. Mukanya memerah secara tiba-tiba. Dia merasakan sesuatu yang tak pernah dia rasa.

Alec menghidupkan keretanya dan terus berlalu pergi. Dia tidak memandang ke arah Magnus. Malunya masih belum habis.

Alexandra keluar dari bilik air. Dia melihat kereta Alec tiada di luar. Dia keluar la tu. Alexandra masuk ke dalam bilik bajunya a.k.a almarinya.

Dia memilih baju lengan panjang yang biasa sahaja. Bukannya nak keluar pergi mana-mana pun. Alexandra duduk di ruang tamu bersama ibu tirinya.

Bunyi kereta Alec menandakan bahawa dia dah balik. Alec membuka pintu dan terus duduk di sebelah Alexandra. Kedengaran Alec mengeluh.

"What's wrong?". Alec menggeleng. Alexandra mengangkat bahu. Malas mahu mengambil tahu.

Mata Alec tertumpu pada tv tapi fikirannya menerawang ke tempat lain. Dia asyik memikirkan Magnus. Kenapa Magnus buat hati dia berdebar? Alec menggeleng.

Alec memandang telefonnya. Terdapat beberapa chat dari Magnus yang masuk. Alec membuka chat tersebut.

Magnus

So what do you think? Wanna join me?


Alec

Okay. I'm in

Alec menutup telefonnya. Dia tersenyum. Entah apa yang buat dia gembira tapi senyuman itu susah untuk disembunyikan.

Alexandra memandang muka Alec. Dari tadi dia perasan Alec asyik tersenyum sendiri. Agaknya apa yang buat dia gembira sangat atau 'siapa' yang membuatkan dia gembira. Alexandra tersenyum.


















Vote 4 me 😋🎉 thanks for the ones who vote 4 me and thanks to the ones who read this story 🤗🌈

You're BeautifulWhere stories live. Discover now