Bab 4

1.3K 34 0
                                    

Sepanjang perjalanan sampailah dalam rumah, Emma tak bersuara langsung. Clare memang dah tidur. Masuk rumah pun sambung tidur.

"Emma? Kau okay tak?". Emma hanya mengangguk. Alexandra mengeluh dan berlalu pergi.

Emma memandang ke laman belakang yang luas terbentang. Suara atau pergerakan Alexandra sudah tiada. Emma menghembus nafasnya. Sungguh dia tak tahan berada dekat dengan Alexandra sekarang.

Emma bangun dari duduknya. Dia meregangkan sedikit badannya. Emma berniat nak mandi kolam tapi dia mengambil keputusan untuk berendam di dalam tab mandi sahaja.

Emma membuka bajunya dan membiarkan baju dalamnya dipakai. Dia membuka air dan masuk ke dalam tab tersebut. Sejuk air diabaikan. Sekurang-kurangnya aman.

Alexandra merenung taman di luar. Dia asyik terfikir kenapa Emma secara tiba-tiba berubah. 'Emma suka aku ke?'. Sejak dari balik tadi, itu jelah soalan yang bermain.

Alexandra meraup kasar mukanya. Sekiranya Emma tahu perasaan dia. Adakah dia menolak? Adakah dia akan benci? Argh serabut otak memikirkan benda ni.

Dia keluar untuk mengambil air di dapur. Tekaknya terasa mahu air yang manis. Terdapat jus oren yang tinggal sikit. Jus oren dituang ke dalam cawan dan diminum sehingga habis.

"Oh mak kau!". Hampir terlepas cawan kaca di tangan Alexandra.

"Oh sory". Emma menolak lembut badan Alexandra. Dia mengambil susu di dalam peti ais. Dia meninggalkan Alexandra sendirian.

Alexandra memandang sayu ke arah Emma. Dia hampir sahaja menangis apabila melihat Emma berlalu pergi begitu sahaja.

Emma mengelap air matanya. Sungguh dia tak berniat untuk mengabaikan Alexandra tapi sakit dihati masih belum reda lagi.

Dia masuk ke dalam biliknya. Pintu dikunci dan dia naik ke atas katil. Emma memeluk lututnya. Dia mengahamburkan segalanya di situ. Dia tak tahan lagi.

Setelah hampir setengah jam menangis, Emma jadi mengantuk dan baring telentang. Emma terus tertidur dengan kesedihan menemani.

Alexandra terdengar tangisan Emma dari depan pintu. Sepanjang Emma menangis, dia duduk di hadapan pintunya sehingga tangisan tersebut hilang. Dia terikut sedih bila mendengar tangisan Emma. Perit bunyinya.

Alexandra bangun dan melangkah ke biliknya. Dia baring sahaja di atas katil. Esok ada kelas. Sekarang baru pukul 7 petang. Jadi dia mengambil keputusan untuk duduk di laman.

Dia keluar dan duduk di atas bangku. Alexandra menghirup udara segar. Tenang je cuaca harini. Dia meregangkan badannya. Tempat paling tenang di rumah ini.

Bzz! Bzzz!

Telefon Alexandra bergetar kuat. Dia tercari-cari mana perginya telefon dia. Selepas menjumpai telefonnya, panggilan tersebut terus diangkat.

"Yes brother? What do you want?".

"Can you teach me how to um how to date?". Terkejut Alexandra mendengar Alec bertanyakan tentang itu.

"Kau biar betul bang?!".

"Betullah. Takkan aku nak tipu pulak".

"Okay so who is the lucky girl?". Tiada satu bunyi pun dari Alec. Alexandra memandang pelik.

"Secret lah". Alexandra mengangguk walaupun Alec tak nampak.

"Kita jumpa okay?". Alec membalas okay dan terus memadam telefonnya. Alexandra tersenyum sendiri. Tak sabar nak jumpa orang yang Alec.

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mesej dari Alec mengatakan dia tak jadi jumpa esok sebab ada hal.

Alexandra membalas okay dan terus menutup telefonnya. Dia memandang bintang yang ada. Harini banyak pulak bintang ada. Dia tersenyum sendiri.

Alexandra mengeluh dan meraup mukanya. Sungguh dia tak faham perasaan dia. Tapi tiap kali melihat Emma, gembira hatinya. Dia tak boleh nafikan yang dia sayang Emma.

Alexandra bangun dan menggeliat. Sakit badannya akibat terlalu lama duduk. Alexandra melihat langit buat kali terakhir sebelum masuk.

Alexandra masuk ke dalam apabila jam sudah menunjukkan pukul 8:30 malam. Lama juga dia duduk kat luar semata-mata untuk tenangkan hati.

Dia terus masuk tidur sebab esok ada kelas pada waktu pagi. Dia tidak mahu terlambat sebab nanti cikgu Sazlina membebel. Alexandra mengunci jam locengnya dan terus tertidur.





Vote please 🤗 tengkiu 😋🌈

You're BeautifulWhere stories live. Discover now