Bab 48

300 3 1
                                    

"What the f*ck is wrong with you people?! Can't you do your work smoothly?!! Now they know about us because of your mess".

Kono membaling semua fail di atas mejanya. Semua barang di atas mejanya juga sudah berterabur di atas lantai.

Han mengutip semua fail yang berterabur dan menyusun semula semua fail tersebut. Kono mula mengurut kepalanya sendiri.

"Maafkan saya. Saya akan buat semula". Han menunduk kepada Kono.

"Ah I'm sorry Han. Your work is great. I like it. Good job. It's not you that I'm upset with". Kono menghela nafas.

Han hanya mengangguk dan meninggalkan pejabat Kono. Kono menggenggam fail peribadi Lyon. Dia mengambil sebatang rokok dan membakarnya.

Fail Lyon dibakar dan dibuang ke dalam tong sampah. Dia menghembus asap rokok sambil memerhati cuaca di luar tingkap.

"Hm Lyon. Ini yang kau balas kat aku lepas apa aku bagi?". Kono membuang rokoknya.

Alec membuka pintu bilik bawah tanahnya. Lev yang terbaring di atas lantai hanya mampu memandang kaki Alec.

"Bangun".

Alec menarik rantai yang mengikat leher Lev. Lev memaksa dirinya untuk bangun walaupun sakit di seluruh badan.

Lev dijadikan beg menumbuk oleh Gadreel dan yang lain. Alec duduk di atas kerusi berhadapan dia. Lev tidak mampu bersuara langsung.

"Kenapa kau kerja dengan Kono?".

Lev hanya mendiamkan diri. Suaranya sudah hilang akibat ditumbuk berkali kali. Alec mengeluh kecil.

"Kau siapa pada Lyon?".

Lev cuba bercakap tapi suaranya tidak keluar. Air matanya menitis sikit demi sikit. Dia cuba memberitahu sesuatu kepada Alec

Alec mengangkat Lev dan membawanya ke ruang tamu. Azril telah bersedia untuk merawatnya.

"Apa kau buat kat dia?". Alec mengabaikan soalannya.

Doktor Azril yang telah lama bekerja di bawah Alec sudah faham dengan perangai keluarga mereka. Dia terus merawat Lev.

Alexandra dan Emma hanya memerhati dari tangga ketika Lev dirawat. Lyon sudah keluar hospital 3 hari lepas.

"Badan dia okay cuma banyak lebam. Organ dalaman dia tak rosak dan suara dia hilang sebab terkejut. Mungkin dalam beberapa hari dia akan sembuh".

Azril mengambil begnya dan memberi beberapa ubat untuk Lev. Alec meneman Azril ke pintu depan untuk pulang.

"Alec, aku dah jumpa maklumat tentang Lev". Anthony berdiri dihadapan pejabat Alec.

Alec mengangguk dan menyuruh Anthony masuk ke dalam pejabatnya dahulu. Lev dibiarkan baring di atas sofa. Ubatnya diletakkan di atas meja.

Alec menyuruh Gadreel menjaga Lev sementara dia bercakap dengan Anthony. Alec terus masuk ke dalam pejabatnya.

Anthony meletakkan beberapa gambar dan senarai nama pekerja keluarga Redmayne. Lev juga ada di dalam beberapa keping gambar tersebut.

"Semua pekerja Redmayne telah mati selepas Lyon dijual. Lev dan 2 orang lagi terlepas dan bekerja di bawah Kono".

Alec membaca semua nama yang tertera. Matanya terhenti pada nama yang selalu dia dengar.

"Kau sure dia salah satu pekerja Redmayne?".

Anthony mengangguk dan menunjukkan gambar Lev dan Mason bersama Emma dan Lyon. Alec menghembus nafas.

"Aku nak kau cari dua orang pekerja Redmayne yang masih ada". Anthony mengangguk dan meninggalkan pejabat Alec.

Magnus masuk ke dalam pejabat Alec dengan segelas air dan ubat. Dia menghulurkan ubat dan air kepada Alec.

"Come here". Alec menepuk mejanya.

Magnus berdiri di hadapan Alec dan membiarkan Alec memeluknya. Tangan Magnus diambil dan diletakkan di dahinya.

"Can you please massage it".

"Sure".

Magnus memicit kepala Alec dengan perlahan. Pelukan Alec makin ketat bila Magnus mengurut kepalanya. Magnus tersenyum kecil melihat riak wajah Alec.

"Pfft ada orang lupa tutup pintu lagi!". Andy menjerit dari ruang tamu.

Alec menutup mukanya yang bertukar merah. Dia bangun dan menutup pintu bilik pejabatnya. Magnus tergelak kecil melihat riak wajah Alec.

Alec teringat nama Ryan yang tersenarai dalam senarai pekerja. Ryan pernah bekerja dengannya 2 tahun lalu dan berhenti setahun kemudian.

Alexandra memberikan air yang dia buat kepada Emma. Badannya masih belum pulih sepenuhnya. Tangan Emma digenggam erat.

"What would I have done if I were to lose you". Alexandra melepaskan keluhan.

Emma senyum kecil dan memeluk Alexandra. Dia tak dapat bayangkan betapa cemasnya Alexandra ketika dia ditangkap.

"Saya tak mampu tinggalkan orang yang saya sayang dan saya tahu awak tak mampu hidup tanpa saya". Emma mengelus tangan Alexandra.

"Baju awak pun saya yang basuh. Apa jadi kalau saya tak ada". Emma gelak perlahan.

"Wahh nak cakap saya tak pandai buat kerja rumah laa ni?".

Emma tergelak melihat wajah Alexandra berubah. Suka betul mengusik. Alexandra senyum kecil melihat kekasihnya.

Clare memerhatikan mereka berdua dari luar bilik. Dia tersenyum melihat kedua-dua pasangan kekasih tersebut gembira.

Bzz~ bzz~

Telefon Clare bergetar menandakan ada mesej yang baru masuk. Dia melihat mesej tersebut. Dahinya berkerut membaca mesej itu.

Setelah beberapa bulan berlalu, baru harini Jack memesejnya. Dia ajak berjumpa harini kerana ada hal penting yang ingin dibincang.

Jack memberi lokasi untuk perjumpaan mereka. Clare membalas mesejnya dan terus bersiap untuk berjumpa dengan Jack.

Dia memberi alasan ingin berjumpa klien pada Alec. Malangnya Alec tidak mempercayainya dan menyuruh Andy mengekori Clare.

"Pastikan kau jaga dia. Kita tak tahu siapa yang nak kacau kita". Andy mengangguk.

Dia keluar selepas beberapa minit Clare pergi. Gadreel memerhatikan kereta Andy pergi dari tingkap bilik Lev.

Lev masih lagi tidak bangun selepas Azril memberi ubat kepadanya. Gadreel menghembus nafasnya. Dia membaca bukunya sambil menunggu Lev sedar.

You're BeautifulWhere stories live. Discover now