"Sampai hati awak buat macam tu kat saya".
Emma menyilangkan tangannya. Alexandra tergelak. Merajuk tapi still duduk atas riba dia. Alexandra memeluk Emma.
"Merajuk ke tu?".
"Kalau awak betul hilang ingatan macam mana? Kalau awak lupa saya? Awak suka orang lain?".
Mata Emma mula bergenang. Alexandra memandang muka Emma lama. Dia mengelap air mata Emma yang menitis.
"Okay lepas ni saya tak buat lagi. Dah lah janganlah nangis".
Emma menutup mukanya. Air matanya yang keluar makin deras. Alexandra memeluk Emma. Dia menggosok belakang Emma dengan lembut.
Andy dan Anthony melihat mereka dari dapur. Alec, Magnus dan Emanuel berada di dalam pejabat Alec. Banyak kerja tertangguh katanya.
"Kau bayangkan Alec macam tu".
"Pffftt. AHAHAHAAHAHAH. Tak boleh bayang weyh AHAHAHAHAAH".
"Bayang apa?".
Andy dan Anthony berpusing secara perlahan. Alec dan Emanuel berada di dapur. Alec menyilangkan tangannya. Andy tersengih. Anthony menggaru kepalanya.
"Cakaplah. Apa korang bayangkan tadi. Macam best je. Nak bayangkan jugak".
"Err tak ada apa. Kitorang err kitorang bayangkan kalau kitorang ada awek nanti nak sweet macam tu".
Andy menunjuk ke arah Emma dan Alexandra. Alec mengangkat sebelah kening. Anthony memegang kepalanya. Nak menipu pun beragaklah.
Alec mengambil selipar dari depan bilik air. Dia membaling tepat mengena muka Andy. Anthony dah cabut lari dulu.
"Kepala hotak kau".
Andy menggosok kepalanya. Anthony tergelak dari atas tangga. Andy memandang tajam.
"Fuck!! Pehal aku je kena?! Tunggu kau hanat!! Tak adil aku sorang je kena!!".
Andy mengejar Anthony. Mereka berlari dari bawah hingga tingkat 3 rumah tu. Alec menggelengkan kepalanya.
Emma dan Alexandra memandang Andy yang berlari turun tangga. Alexandra menjungkitkan keningnya. Mereka menggeleng melihat Andy dan Anthony berkejaran.
"Apa hal dorang tu?".
"Tak tahulah. Nak keluar tak? Saya teringin starbuck lah".
Alexandra menarik lembut lengan Emma. Emma sempat mengambil beg tangannya sebelum mereka keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta.
Kereta Nissan GTR bewarna merah Alexandra keluar dari kawasan perumahannya.
"Kita nak ke mana?".
"Starbuck".
"Je?".
Alexandra tersenyum. Tangan Emma digenggam perlahan. Emma membalas genggaman dan memandang ke jalan semula.
Mereka masuk ke dalam kedai Starbuck tersebut. Mereka memesan air yang sama dan terus berlalu pergi setelah mendapatkan air yang dipesan.
"Kita nak ke mana ni?".
"Alec's shooting club".
Emma mendiamkan diri. Alexandra tersengih melihat reaksi Emma. Niatnya hanya untuk mengajar Emma cara menembak.
Mereka sampai di kelab tersebut setelah hampir 1 jam membawa kereta. Alexandra sudah memberitahu Alec, dia ingin pergi ke kelabnya harini.
"Why are we here?".
"I don't want anyone or anything to hurt you. Not again. I can't always be there for you. I'm no angel. I'm just me. So I need you to take care of yourself too".
Emma mengangguk. Dia faham niat Alexandra. Emma tersenyum kecil. Tangan Alexandra dipegang dan digenggam. Alexandra membalas.
Mereka berdua berjalan ke hadapan pintu. Terdapat beberapa pengawal yang menjaga pintu hadapan. Mereka tersenyum dan memberi laluan kepada Alexandra dan Emma.
Dua orang lelaki berbaju hitam membawa mereka ke sebuah bilik. Tersedia beberapa pucuk pistol. Mereka meninggalkan Emma dan Alexandra disitu.
"Tahu tak nak guna?".
Emma menggangguk. Dia mengambil pistol yang dihulur oleh Alexandra. Penutup telinga dan kaca mata (?). Dia menembak papan latihan dengan tepat.
Alexandra memandang muka Emma. Emma kelihatan puas. Emma meletakkan pistol tadi dan tersenyum ke arah Alexandra.
"You never tell me that you know how to shoot".
"You never ask".
"Well look at my bad girl".
Alexandra mendukung Emma dan meletakkan dia di atas meja. Dia mencium lembut bibir Emma. Emma membalas. Tangannya meraut leher Alexandra.
"This isn't a good place for this".
Alexandra tergelak kecil. Muka Emma tersangat merah akibat perbuatan mereka tadi. Dia membiarkan Emma duduk di atas meja dan memeluknya.
"Rasa macam tak ada guna je saya bawa awak datang sini". Emma tergelak kecil.
"Okay saya nak awak pilih your own gun".
Emma mengangguk. Mereka berpegangan tangan keluar dari kelab tersebut. Alexandra membuka pintu kereta untuk Emma.
Alexandra segera masuk ke tempat pemandu selepas menutup pintu untuk Emma. Mereka bergerak pulang ke rumah.
Selepas hampir 30 minit di atas jalan. Akhirnya kereta Alexandra memasuki kawasan perumahannya. Alexandra turun dan membuka pintu untuk Emma.
"Ewah dia. Dah jarang ajak keluar bertiga eh sekarang?".
Clare menyilangkan tangannya. Harini dia ambil cuti. Lama sangat dia tak ada di rumah dengan dorang.
"Eleh dia yang syok dengan kerja. Ha pi lah khawin dengan kerja kau".
"Ala aku rindu ni nak keluar bertiga dengan korang. Sia-sia je aku cuti harini".
Alexandra tergelak. Mereka masuk ke dalam bersama. Andy dan Anthony sibuk bermain PS4 kepunyaan Alexandra di ruang tamu.
"Woi Alec mana?".
Alexandra membaling bantal kecil ke arah Andy. Andy hanya menunjuk ke atas. Mungkin dia ada kat biliknya.
"Okay so esok kau free tak?". Emma memandang Clare.
"Free. Aku ambil cuti 3 hari".
"Good. Esok kita keluar bertiga". Clare dan Alexandra mengangguk.
"Jom naik".
Alexandra menarik lembut tangan Emma. Mereka meninggalkan Clare dengan Andy dan Anthony. Clare hanya tersenyum memandang mereka.
Alexandra menyuruh Emma masuk ke dalam biliknya dulu. Dia pergi ke bilik Alec dan mengetuk pintu biliknya.
"Who?!".
"It's your god damn sister!".
Alec membuka separuh pintunya. Alexandra mengangkat sebelah kening. Alec mengeluh dan membuka pintu biliknya dengan luas.
Alexandra mengintai sedikit. Dia nampak Magnus sedang berselubung dan menggigil. Alec memandang ke arah Magnus dan berbalik ke arah Alexandra.
"Ha apa kau nak?".
"Dah kenapa dia tu?".
"Demam".
"Lagi?". Alec mengangguk.
"Apa kau nak?".
"Esok aku nak keluar bertiga dengan dorang. Boleh?".
Alec mengeluh kecil dan mengangguk. Alexandra tersenyum dan memeluk Alec. Alec membalas pelukannya. Lembut. Alexandra mengundur sedikir.
"Okay then. I better get going. And Alec. Don't be so rough on him".
Muka Alec memerah membuatkan Alexandra tergelak kecil. Alec menutup pintu biliknya selepas Alexandra masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
You're Beautiful
Random(Updating) [Slow update] #lgbt #les #gay Not interested then don't read Still new to this so I appreciate it if you guys can support me and I'll do my best to keep on updating the story