Bab 5

1.2K 38 0
                                    

Sejak dari semalam Alexandra tak habis memikir tentang Emma. Sungguh dia keliru dengan perangainya. Apa yang dia nak?

Habis waktu kelas pagi dia, Alexandra terus menuju ke kelas Clare. Emma tidak hadir harini sebab dia demam. Nangis sepanjang malam memang demamlah.

"Clare!". Alexandra mengangkat tangan apabila melihat Clare keluar dari kelas. Clare melambai semula dan terus pergi kepadanya.

"Jomlah pergi. Emma kat rumah tu sorang-sorang je".

"Okay jom". Mereka terus bergerak pulang ke rumah. Tapi mereka perlu membeli ubat untuk Emma dahulu.

Alexandra membuka pintu rumah dengan perlahan. Emma tidak larat naik ke biliknya jadi Clare menyuruhnya tidur di sofa di ruang tamu sahaja.

Clare meletakkan ubat tersebut di dapur. Alexandra pula mengambil besen yang berisi air sejuk dan sehelai tuala untuk Emma.

Dia meletakkan besen itu di atas meja lalu dia duduk di atas kerusi berhadapan Emma. Badan Emma panas sangat. Alexandra memandang muka Emma. Sebab aku ke dia jadi macam ni?

Dengan perlahan, Alexandra mengelap muka Emma. Dia mengelap peluh-peluh yang mengalir dari dahi Emma. Emma tetap berpeluh walaupun aircond sudah dibuka.

Emma merengek kecil. Dia tidak selesa bila tuala yang basah itu berada di mukanya. Dia menolak tangan Alexandra perlahan.

"Sikit je lagi". Alexandra memegang lembut tangan Emma. Emma terlampau pening untuk menghadam suara siapakah itu, jadi dia hanya membiarkan sahaja.

Alexandra bangun dari duduknya setelah selesai memandikan Emma. Dia mengangkat besen yang kosong dan berlalu ke dapur. Sedih hatinya melihat Emma begitu.

Nasib baik minggu depan cuti. Jadi dia boleh menjaga Emma buat sementara ni. Alexandra meletakkan besen dan pergi ke ruang tamu semula.

Baby girl would you come my way ~

Telefon Alexandra yang berada di atas meja berbunyi dengam kuat. Dari jauh dia sudah tahu siapa yang menghubunginya.

"Ye Alec? Kenapa?".

"We need to meet. Now". Panggilan tersebut terus dipadam. Alexandra memandang telefonnya. Dah kenapa pulak ni?

Mereka sampai ke sebuah taman yang berdekatan dengan pejabat Alec. Alec yang mengambilnya tadi. Katanya lebih senang.

"Alexandra, we really need to talk about this. No later for this". Alexandra memandang pelik. Sejak dari dalam kereta lagi abangnya bersikap pelik.

"What's wrong brother?". Alec menarik dan menghembuskan nafasnya. Terasa sesak dalam dada.

"It's dad. He's gone". Dua patah perkataan tersebut buat hatinya patah seribu. Retak hatinya mendengar. Air matanya mengalir tanpa sedar.

"Benda ni tak lawak Alec. Seriously it's not funny at all. Stop being a jerk". Alexandra menolak bahu Alec perlahan. Dia tak dapat terima berita ni.

Alec bangun dan memeluk Alexandra. Dia tahu betapa rapatnya adiknya dengan ayahnya. Alexandra menangis semahunya. Nasib baik taman tersebut sunyi harini.

Akhirnya reda juga tangisan Alexandra yang berlaku selama beberapa minit. Perit hati Alec melihat Alexandra menangis.

"When will we go there?". Alexandra berkata dalam sendunya.

"Soon as we can".

"Good. I want to go home. Now". Alec mengangguk. Alexandra mengelap air matanya. Dia bangun dan terus pergi ke kereta. Alec hanya mendiamkan diri. Dia tahu perasaan Alexandra terjejas pada waktu ni.

Sejak pulang tadi Alexandra hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Kadang hanya bunyi tangisan perlahannya yang dapat didengar.

Clare hanya membiarkan sahaja Alexandra menyendiri di dalam biliknya. Dia tidak mahu banyak tanya. Mungkin masalah keluarga kan?

Clare melihat Emma yang terbaring di atas sofa. Nasib baik panas badannya semaking kurang. Esok dah sembuh dah. Clare tersenyum sendiri.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Agak lama Alexandra berkurung di dalam biliknya. Apa yang dia bincangkan dengan Alec sampai jadi macam ni?

Alexandra menatap gambar dia dan ayahnya. Dia belum sempat menamatkan pelajarannya seperti yang dia janjikan kepada ayahnya dulu.

Luluh hatinya bila tahu dia tidak akan melihat senyuman ayahnya, usikannya, ketawanya dan semua yang membuatkan dia bahagia.

Sungguh dia tidak ada semangat nak hidup bila ayahnya tiada. Siapa lagi mahu mendengar lawak bodoh dia? Siapa lagi nak bawa dia pergi jalan?

Alexandra tertidur sambil memeluk gambarnya bersama ayahnya. Dia akan merindui semua benda yang dia buat dengan ayahnya.







Vote 4 me 🎉 tengkiu for the ones who's voting 🤗 and thank you for reading my story. Hope you enjoy the story 🌈

You're BeautifulWhere stories live. Discover now