A N G G U N A D H I Y A 1 3 💛

5.1K 220 4
                                    

Jumaat, jam 12 malam. Anggun dan Affan tiba di Kuantan. Rumah keluarga sebelah Rayn.

Kelihatan, jam 12 malam pun masih terang rumah itu.

"kau masuk la dulu. "kata Affan

Anggun menggeleng.

"dah kenapa?? "

"takut. "

"dorang tak makan kau la. "kata Affan lalu menuju ke bonet belakang. Disebabkan balik kampung, banyak barang kena bawak. Affan membawa keretanya lagi satu, Audi Q8 berwarna hitam.

Seat belakang, memang penuh dengan barang Anggun la.

Anggun terus mengikuti Affan ke bonet belakang. Mereka pulang kerana tengahari esok ada resepsi sebelah Affan. Resepsi sebelah Anggun minggu depan. Rasanya minggu depan kena topup inai.

Minggu ni, inai masih merah lagi.

"ha!! Sampai pun!! "suara seseorang kedengaran.

Anggun berpaling. Automatik dia bergerak ke belakang Affan bila wanita itu menghampiri.

Entah, nak kata perempuan tu menakutkan. Tak ada pun. Cantik je. Tapi, entah la Anggun ni.

"akak ingat tak jadi kau balik harini Affan. "kata wanita itu. Nur Aisy Hannah Nisrina.

"dah ada depan mata ni. Balik la ni. "kata Affan.

"eh!! Ni mesti Anggun kan?? Jom jom, kita masuk dalam. Kak Rayn ada kat dalam. Semua tengah tunggu awak. Maklumlah, masa kahwin semua tak dapat pergi. Yang dapat pergi Dilla aje. "kata Nani seraya menarik tangan Anggun.

Anggun terpinga-pinga namun dia mengekori juga langkah Nani.

Dia menoleh ke belakang, meminta bantuan dari Affan namun lelaki itu sibuk dengan beg di dalam bonet.

Anggun mengeluh.

Di luar rumah, terdapat ramai kaum adam disitu.

Anggun memberikan senyuman kepada mereka.

Umar yang berada di luar turut membalas.

Syakir yang berada disitu juga mengangguk sedikit kepada Anggun.

"Yang.. Yang awak tarik isteri si Affan ni kenapa?? "soal Syakir kepada Nani.

"biar la. Semua orang tak sabar nak jumpa Anggun ni. "kata Nani.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.

Ramai kaum hawa di situ.

Anggun melemparkan senyuman.

"aku dah dapat dia!! "kata Nani.

Rayn yang melihat, menggelengkan kepala.

Anggun bertindak menyalami tangan semua orang disitu.

"sana lah kau Nani. Takut Anggun dengan kau. "kata Rayn lalu mengambil tempat disebelah Anggun

Anggun tidak lekang dengan senyuman.

"ha Anggun, akak nak kenalkan. Ni, mak long. "kata Anggun sambil menunjukkan ke arah mak long.

"anak mak long, ni ha. Nani, Iman dengan Nisa ni. Ada lagi 3 orang. Lelaki kat luar. Saiful, Kash dengan Izzudin. "kata Rayn

Anggun mengangguk.

"ni pulak. Mak su. Anak mak su, Izza dengan Dilla. Yang laki, 3 orang. Farid, Anas dengan Adzin. "jelas Rayn.

"ooo. "

"ni, bagi la si Anggun ni rehat dulu. "kata mak long.

Serentak itu, Affan melangkah masuk ke dalam. Tangan mak long dan mak su disalaminya.

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now