P R O L O G 💛

9.3K 334 5
                                    

Pintu bilik yang diketuk beberapa kali tidak sedikit pun mengganggu nyenyaknya tidur Anggun.

Berbekalkan tilam empuk, selimut tebal, aircond dan juga mimpi indah. Tidurnya tersangatlah nyenyak.

Mimpi indah yang memaparkan sang putera sedang menghampirinya. Dia hanya memberikan senyuman kepada sang putera kacak itu. Ahhh, terpesona Anggun Adhiya dibuatnya.

"woi!!!! Dah pukul berapa nih!!!! Sakit tangan aku nih mengetuk pintu bilik kau Anggun!!! "satu suara masuk ke sistem pendengaran tanpa di undang. Serentak itu, selimut ditarik kasar.

"bangun!!!! "jerit Amisya.

Terus hilang semuanya. Putera kacak itu sudah hilang dari pandangannya. Yang ada di hadapannya sekarang seorang gadis bertudung bawal berwarna ungu.

"Amisya!!!! Hancur mimpi indah aku!! "marah Anggun

Amisya hanya membuat muka selamba.

"tempoh untuk mimpi indah Anggun Adhiya sudah tamat. Sila bangun, seterusnya mandi bersihkan diri dan sarapan dan mari bergerak ke butik. Kita sudah lambat. "kata Amisya

"alah, aku bos kan. Masuk lambat pun tak pe. "

"banyak la kau. Tu, si Cici dah buka kedai. Order online semalam dia dah settle kan dah. "

"jnt dah amik ke?? "

"sudah. Sekarang, tunggu kau je. Stock baru nak sampai. Cepat, 30 minit. "kata Amisya lalu melangkah keluar dari bilik Anggun.

Anggun menguap sambil menggaru kepalanya.

💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛

"alah, cepatlah abang!!! Hantar la Sha. Dah lambat dah nihh. "kata Raisha.

"pergi la sendiri. Mana skuter kau?? "soal Raiyan

"ishh, kan rosak. Semalam aku jatuh motor. Tolong la hantar aku!! "

"bising la kak, aku nak makan pun tak senang. "kata Kaisara yang berusia 14 tahun itu

"diam!! "kata Raisha

Kaisara menjeling kakaknya.

Uwais yang berada di antara 2 gadis itu hanya berdiam diri sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Raiyan, Raisha, Sara. Apa yang riuh pagi-pagi ni?? "soal Umar yang baru melangkah turun dari tingkat atas.

"Raisha nak pergi kerja. "

"jadi, pergi lah. "kata Umar

"tak ada siapa nak hantar. "

"skuter mana?? "

"kan semalam Sha jatuh motor. Kat bengkel la. "

Umar diam.

"ayah....tak tahu. Ayah tak boleh hantar Sha. Ayah ada hal dekat kem. "kata Umar

Raisha merengek.

"bising la Sha. "kata Raiyan.

"kenapa nih?? Ada apa?? Raisha?? Kenapa?? "soal Rayn yang baru muncul disitu.

"Sha nak pergi kerja. Tapi tak ada sorang pun nak hantar. "kata Raisha

Rayn diam.

"mummy pun tak boleh buat apa sayang. Mummy kena pergi sekolah Sara. Lepastu, kena pergi sekolah Uwais pula. Takut lambat. "kata Rayn.

Tudung yang dipakai dibetulkan.

"habis siapa nak hantar Sha?? "soal Raisha

Serentak itu, seorang jejaka berpakaian t shirt dan berkain pelekat melangkah turun dari tingkat atas rumah itu.

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now