A N G G U N A D H I Y A 1 1 💛

4.9K 198 2
                                    

Sinar matahari mula menerobos masuk ke dalam kamar itu.

Anggun menggeliat kecil sebelum membuka matanya.

Mata memandang ke sisi. Tiada orang. Tempat disebelahnya seolah tidak bersentuh.

Anggun bangun dari baringnya. Dia duduk termenung seketika di atas katil.

Baru sahaja dia hendak menggeliat, susuk tubuh seseorang yang tidur di atas sofa kecil menarik perhatiannya.

Kepala digaru.

"dia tidur kat situ ke?? Tak sakit kepala ke?? Aduhai. "omel Anggun.

Dia masuk ke dalam bilik mandi untuk membasuh muka. Seketika, dia melangkah keluar kembali.

Affan yang tidur di sofa kecil itu dihampiri.

Baru sahaja dia ingin menyentuh bahu Affan, lelaki itu bersuara dalam mata yang terpejam.

"Lisa..Lisa please. I'm sorry Lisa. Melisa! "

"awak, bangun awak. "Anggun terus menggoyangkan bahu Affan.

"Melisa!! "

Sekali dengan Anggun terkejut.

Affan membuka matanya. Memandang Anggun yang berada di hadapannya.

"awak okay tak ni?? "soal Anggun.

Affan mengangguk.

"saya nak mandi kejap. "kata Anggun.

"kau solat subuh tak tadi?? "soal Affan

Anggun tersengih sambil menggeleng.

Affan menjeling.

"aku dah kejut, kenapa tak bangun?? "

"saya letih sangat. "kata Anggun.

Affan diam.

Anggun terus masuk ke dalam bilik mandi.

"siapa Melisa?? Girlfriend dia ke?? Kenapa dia minta maaf?? "soal Anggun.

Selesai mandi, Anggun melangkah turun.

Kelihatan Puan Wahida sedang memasak.

"morning mama!! "

"morning Anggun. Mana Affan?? "

"dekat atas. Indah mana?? "

"Indah dah pergi sekolah. Lepas subuh tadi, Affan hantar dia. "

"lepas subuh?? "

"iye sayang. Pukul 6.30 macam tu Affan hantar dia. "kata Puan Wahida

"Affan?? Hantar?? "

"Ya Allah, iye Anggun Adhiya. Suami awak yang hantar. Ada masalah ke?? "

Anggun tersengih sambil menggeleng.

"ni, nak Anggun tolong apa-apa tak?? "

"tolong potong sayur tu. Basuh dulu before potong. "kata Puan Wahida.

Anggun mengangguk.

Selesai memasak, Anggun mengangkat lauk sarapan ke meja makan ruang tamu kedua.

"awak, meh sini duduk. Makan. "ajak Anggun bila terlihat Affan melangkah turun dari tingkat atas.

Affan menurut. Meja dituju.

Anggun mengambil tempat disebelah Affan. Satu pinggan diambil.

"awak nak yang mana?? Nasi ke roti je?? "

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now