Sehari sudah berlalu,
Anggun berkurung di dalam bilik. Satu hari tak makan.
Pintu bilik diketuk.
"keluar la. Anak kau menangis nak jumpa kau ni. "kata Indah.
"bla la!! "
"jangan selfish boleh tak?!? Anak kau kecik lagi la!! "marah Indah.
Anggun akur.
Dia melangkah ke arah pintu.
Pintu dibuka.
Indah berpeluk tubuh di hadapan pintu biliknya
"turun, makan. "kata Indah lalu menarik tangan Anggun.
"lepas la!! "marah Anggun.
"turun!! Makan!! "tegas Indah.
Baru sahaja Anggun hendak meronta, terasa perutnya seakan mencucuk.
Terasa seperti sesuatu mencucuk perutnya.
"arghh!! "
"kau kenapa?? "soal Indah
"sakit. "kata Anggun.
Seperti ada satu cecair mengalir di betisnya.
"woi!! Darah !! "kata Indah.
💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛
"bleeding ni perkara biasa. Tapi, kalau selalu sangat boleh keguguran. Untuk first trimester ni, kena banyak jaga. Jangan stress, jangan bergerak banyak. Banyakkan rest. "kata doktor
Anggun mengangguk.
"overall, tak ada apa yang serius. And, congratulations for the second baby. Kalau dapat girl kalini, dah cukup sepasang. "kata doktor Suhana selaku doktor peribadi Anggun.
Anggun mengangguk sambil tersenyum.
"boleh amik vitamin kat luar ye. "
Anggun mengangguk dan terus melangkah keluar dari bilik.
Selepas mengambil ubat, dia terus melangkah keluar.
Yusuf dan Indah di kedai kek selang 3 kedai dari klinik.
Puan Wahida tiada, dia ada kerja sedikit.
Kaki diatur ke kedai kek.
Baru beberapa langkah, dia dapat rasakan seseorang mengekorinya.
Bila ditoleh, tiada siapa.
2 3 kali juga Anggun menoleh, tapi tiada siapa yang mengekorinya.
Sampai di kedai kek,
"doktor kata apa?? "soal Indah.
"aku pregnant. "
"ha?!? Serius la!!! "
"diam la, bising. "kata Anggun.
Indah mula tersenyum.
"yeah yeah, Yusuf dapat adik. "kata Indah.
Anggun mengeluh.
Dengan rumah tangga dia yang tengah bergolak sekarang, dia tak boleh nak happy. Kata-kata Affan masih terngiang-ngiang.
"mungkin dia lagi suci dari kau. "
Anggun memejamkan mata.
"memang aku tak suci la sial kalau dah keluar sekor anak. Tak kira yang dalam ni lagi. "omel Anggun.
"tengah maki encik suami la tu. "kata Indah
"diam lah, cepat makan. Anyway, jangan bagitahu sesiapa ek pasal pregnancy aku. Aku bagitahu mama je. Jangan kecoh please Indah. Aku tengah serabut sekarang. "
YOU ARE READING
ANGGUN ADHIYA ✔️
Romance4th Story ❤ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA, demi menyempurnakan hajat arwah ayahanda nya. Dia sanggup meninggalkan lelaki yang sudah lama bertak...