A N G G U N A D H I Y A 2 6 💛

5.7K 251 26
                                    

2 hari mereka sudah pulang dari kampung, hubungan Anggun dan Affan agak dingin.

Bayanglah, sejak balik dari air terjun. Affan dah tak pujuk Anggun. Lepastu, marah dekat Anggun pasal Melina.

"aku turun bawah kejap, amik barang. "kata Affan.

"tunggu la kejap, saya pun nak turun. "kata Anggun.

"aku turun dulu. "kata Affan dan terus keluar dari rumah.

Selang 5 minit, Anggun turun bersama Yusuf.

Di basement, Anggun menangkap susuk tubuh Affan yang berdiri membelakangi nya.

Baru dia hendak menapak, seorang perempuan bertudung menghampirinya sambil membawa sebuah beg kertas.

Beg itu dihulurkan kepada Affan.

Anggun melihat sekali lagi susuk tubuh wanita itu.

Anggun mengeluh.

"dia lagi. "omel Anggun.

Anggun menghampiri keretanya.

Kebetulan, tempat Affan bertemu Melina di tempat parking motor. Jadi, Affan nampak Anggun berjalan melintasinya untuk ke arah kereta.

Anggun mendengar Affan menyeru namanya 2 3 kali, tetapi dia buat-buat tidak dengar.

Affan hanya menyeru, tidak berlari mendapatkannnya.

Kereta Anggun mula bergerak meninggalkan basement.

Di kedai,

Anggun termenung di pejabatnya. Yusuf pula leka bermain mainannya.

Flashback

Sebelum mengandungkan Yusuf.

"aku dah stalk Melina. "

"apa kau dapat?? "

"dia ada buat side business. Jual perfume. "kata Amisya.

Anggun mengangguk.

"tapi, ada yang tak syok la beb. "kata Amisya

"apa benda?? "soal Anggun.

"masa aku keluar dengan Azil. Masa ni, aku yak follow dia pun. Tapi, aku ternampak dia. "

"jadi?? "

"dia pakai skirt woi!! Seksi!! "

Anggun mengangguk.

"jap?? Seksi?? Skirt?? "

Amisya mengangguk.

"kau serius la?? "

Amisya mengangguk lalu mengeluarkan telefonnya.

Satu gambar menunjukkan seorang wanita berpakaian seksi sedang makan bersama seorang lelaki.

Anggun mengeluh.

End Flashback

Bukan 1 je situasi membuatkan Anggun rasa was-was dengan Amisya.

2 3 jugak. Dia pernah bertemu Melina di sebuah kafe. Pakaian Melina, Ya Allah.

Tapi, dia tak mahu menuduh. Tapi, dia yakin tu Melina.

💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛

"untung Anggun, dapat suami macam awak. Siap belikan hadiah nak pujuk dia. Tapi, dia macam tak hargai je. "kata Melina.

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now