A N G G U N A D H I Y A 1 5 💛

5.2K 209 4
                                    

Hampir 4 jam perjalanan, akhirnya mereka sampai juga. Hari pun sudah malam, badan pun letih.

Mereka gerak pukul 3 petang dan sampainya malam. Sebab jalan sesak. Sampai melekat tak berjalan terus.

Jam dilihat, 10 malam.

Bayanglah, 3 jam je duk hadap jem. Perjalanan ikutkan 4 jam. Disebabkan jem, tambah la lagi 3 jam.

3 bagasi Affan bawa keluar.

1 diserahkan kepada Anggun. 2 lagi dia bawak. Beg galas juga turut digalas di bahu sebelah kanan.

Anggun berjalan mendahului Affan. Basement parking memang suram. Pukul 10 dah.

Anggun menuju ke arah pintu yang membawa ke lif. Affan masih lagi di belakang bonet.

Tiba-tiba, phone nya berbunyi.

Anggun berhenti seketika, ingin menjawab panggilan.

Skrin telefon dilihat, tiada nama.

Anggun tetap menjawab.

"hello?? "

Senyap.

"hello, siapa ni?? "soal Anggun

Senyap lagi.

"kalau tak nak bercakap, tak payah la call. "marah Anggun.

Baru sahaja dia mahu memutuskan panggilan, suara seseorang kedengaran di hujung talian.

"dah sampai masanya Anggun. Cukup la tu bahagianya. "kata suara itu. Suara lelaki.

Dan serentak itu, talian diputuskan.

Anggun melihat skrin telefon yang sudah gelap itu. Dahinya berkerut.

"siapa?? "soal Anggun sendirian.

Seketika, satu nama aje yang terlintas di fikirannya. Sufyan.

Anggun segera meletakkan phone di dalam poket seluar jeans yang dipakai dan serentak itu, suara garau yang menjerit sakit kedengaran.

Anggun terus berpaling.

Terkejut bukan kepalang bila dia melihat Affan sudah terbaring dengan tangan yang berlumuran darah.

Terus dia berlari ke arah Affan tanpa mempedulikan bagasi yang dibawanya.

"awak!! "

Mata terarah pada tangan Affan yang sedang memegang sebilah pisau. Pisau yang telah selamat menikam perut Affan.

Mata Affan masih terbuka memandang Anggun.

"stay Affan. Don't close your eyes. "kata Anggun. Tangannya juga sedang menahan darah yang membuak keluar dari perut Affan.

Sebelah lagi tangan sibuk menekan skrin telefon.

Anggun menukar posisinya. Kepala Affan dipangku.

Sambil itu, mata melilau mencari kelibat. Sudah terdetik dihati Anggun, Sufyan. Sufyan yang lakukan semua ini.

💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛

Anggun mundar mandir di hadapan bilik pembedahan kecemasan.

Kejap duduk, kejap berdiri. Tangannya masih dipenuhi darah kering milik Affan.

"Anggun!! "kedengaran bunyi tapak kaki berlari ke arahnya.

Kepala di angkat, Amisya datang menghampirinya.

"beb. "seru Anggun. Matanya sudah berkaca.

Amisya duduk disebelah Anggun. Tubuh Anggun di peluk dan belakang Anggun di tepuk perlahan bagi memujuk wanita itu. Mesti Anggun trauma.

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now