A N G G U N A D H I Y A 3 0 💛

8.2K 256 30
                                    

Anggun memberhentikan kereta di hadapan bangunan buruk.

"serius la sini?? "soal Indah.

"dah sini location dia. "kata Anggun lalu melangkah keluar dari kereta.

Kelihatan, kereta Affan baru tiba disitu.

Affan melangkah keluar dari kereta diikuti Melina.

Anggun mengeluh.

Seseorang berpakaian serba hitam menghampiri mereka.

"RM50 ribu?? Ada?? "soal Sufyan.

Anggun menunjukkan sampul ditangannya.

"aku nak mak budak tu dengan bapak dia je ikut aku. Yang lain, bla. "kata Sufyan.

Mereka menurut.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

Mereka tiba disebuah ruangan.

Kelihatan Yusuf sedang berbaring sambil matanya diikat dengan kain.

"lepaskan anak aku. "kata Affan.

"no no no, tak semudah tu. "

"kau nak apa lagi?? "soal Anggun.

"kau. "

"bukan masa untuk berlawak la. Lepaskan Yusuf!! "kata Anggun.

"bak sini duit tu. "kata Sufyan.

Perlahan-lahan Anggun menghulurkan sampul yang berisi duit itu kepada Sufyan.

Sampul bertukar tangan.

Sufyan membuka sampul itu.

"okay, pergilah amik anak kau tu. "kata Sufyan.

Terus Anggun dan Affan berlari mendapatkan Yusuf.

Buka sahaja mata ditutup dengan kain. Tangan dan kaki Yusuf juga diikat.

"anak ibu. "kata Anggun sambil membuka ikatan kain pada kepala Yusuf.

"tapi... Tak semudah tu aku lepaskan kau. Aku tak nak anak kau, aku nak kau. "omel Sufyan sambil mengeluarkan pisau lipat didalam poketnya.

Terhenti segala perbuatan Anggun.

Dia dapat rasakan bahawa Sufyan sedang menghampirinya.

Baru sahaja Anggun berpaling, kelihatan Raiyan sedang bergelut dengan Sufyan.

Melina juga berada di tepi Raiyan sementara Indah sedang menelefon Puan Wahida.

Entah dimana silap, pisau yang dipegang Sufyan terkena bahagian tangan Melina.

Kelihatan darah mula mengalir dari lengan Melina.

Dengan segera, Sufyan mendapatkan Melina. Kepala Melina dipeluk erat.

"perempuan ni atau isteri kau. "kata Sufyan.

"aku tahu!!! Aku tahu semua pasal kau!! Pasal Anggun, pasal kau Affan. "kata Sufyan.

"kau cintakan Anggun ke?? Tak bro, tak!! Kau kahwin dengan dia sebab nak lupakan perempuan yang sama muka dia dengan perempuan ni!! "kata Sufyan

"tapi malang betul nasib kau Anggun, dia tak pernah lupakan perempuan yang hampir nak jadi isteri dia. Lagi-lagi bila perempuan ni muncul. "kata Sufyan lagi.

Anggun memandang Affan.

"tu, budak kecik tu wujud pun sebab nafsu jantan tu je!! Cinta?? Huh!! Yakin betul kau untuk dapatkan cinta dia. Hahahahah. "

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now