Anggun dan Affan duduk merenung alat itu. Yusuf dan Hud turut melakukan hal yang sama.
"lama lagi ke ibu?? "soal Yusuf.
"tunggu je la. "kata Anggun.
"dah lama sangat ni pretty. "kata Affan
"saya pergi dapur kejap la. Dah dapat nanti bagitahu. "kata Anggun
Affan mengangguk. Lalu 3 beranak itu menyambung aktiviti melihat result pregnancy test Anggun.
Beberapa minit berlalu,
Anggun yang sedang membasuh pinggan terkejut mendengar jeritan dari anak dan suaminya.
"yeayyy!! Ibu pregnant!!!! "jerit Yusuf.
Anggun di dapur sudah tersenyum.
"1,2,3."tepat kiraan Anggun, Affan datang berlari lalu memeluknya.
Anggun membalas pelukan Affan. Pelukan hangat dan erat.
"happy la tu. "kata Anggun
"sayang tak happy ke?? "soal Affan
"awak la ni. Saya kata gap 3 4 tahun. "kata Anggun
"alah, boleh la tu. Yusuf dengan Hud 3 tahun. Ni rapat sikit tak pe la. "
"eleh, yang kena rabik saya. "kata Anggun
Affan ketawa. Dia kembali memeluk Anggun.
Hud dan Yusuf turut ke dapur.
"yeayy dapat baby!! "jerit Yusuf.
Affan mendukung Hud.
"Hud dapat adik yeay yeay! "sorak Affan
Anggun menggeleng. Suka la, suka. Aku yang menahan sakitnya.
💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛
"serius la!!! Sis!!! Baru 3 bulan kot duduk sekali. "kata Amisya
Anggun menggaru keningnya.
"bapak tak rileks siaaa. "kata Amisya
"eleh, kau jeles la tu. "kata Anggun.
"heh, tak de masa aku nak jeles. Aku kalau boleh nak gap kan Leanne tu 4 5 tahun. Sekor tu pun sesak nafas aku. Baru tinggal tak sampai 5 minit terbalik almari kasut aku. "kata Amisya
Anggun ketawa.
"kau tak sampai 5 minit, aku double trouble kau tahu. Almari kasut terbalik?? Heh! Aku segala jenis almari dah terbalik kat rumah tu. "kata Anggun.
"so, siapa je dah tahu?? Berapa minggu dah?? "
"kau orang first tahu memandangkan memang kita dah plan nak jumpa, aku bagitahu la. Family aku dengan Affan yak tahu lagi. Baby around 2 3 minggu. Baru lagi. "jawab Anggun.
"tapi an, serius tak rileks. Kau kata haritu kalau berbaik pun nak gap 3 4 tahun. Mana kata-kata mu itu?? "
"mana la aku tahu. Dah senang lekat. Aku tak expect pun sekali dah lekat. "
Amisya tersenyum.
"kau keluar ni, Hud dengan Yusuf tinggal dengan Affan ke?? "
"ye la, biar ayah dia jaga. Hahaha, aku nak keluar pagi tak boleh. Pagi ayahnya lemau. Tengahari baru segar. "
"dia yang kena mabuk kau ke?? "
Anggun mengangguk.
"Yusuf je dia tak kena. Hud dengan yang ni, dia kena. Hahhaha bagus la. Aman sikit aku boleh buat kerja. "kata Anggun
![](https://img.wattpad.com/cover/212114210-288-k309325.jpg)
YOU ARE READING
ANGGUN ADHIYA ✔️
Romance4th Story ❤ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA, demi menyempurnakan hajat arwah ayahanda nya. Dia sanggup meninggalkan lelaki yang sudah lama bertak...