A N G G U N A D H I Y A 1 2 💛

4.7K 219 0
                                    

"turun la. Tunggu apa lagi?? "soal Affan bila keretanya sudah berada di hadapan butik Anggun.

"salam la. "kata Anggun sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Affan.

Affan menyambut hulurannya.

"kau balik pukul berapa?? "soal Affan.

"5."

"Indah siapa ambil?? "

"mama dah upah orang untuk hantar dengan amik dia. "kata Anggun.

Affan mengangguk.

Anggun terus membuka pintu kereta.

Sebelum dia melangkah keluar,

"thank you!! Assalamualaikum. Love you. "kata Anggun dan terus melangkah keluar. Pintu kereta ditutup.

"welcome. waalaikummussalam. "jawab Affan. Ayat akhir Anggun tidak dibalas.

💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛

"pengantin baru!! Apa cite dah masuk kerja hari ni?? "soal Amisya.

"aku takut aku tak datang nanti tetiba butik aku dah lingkup. "kata Anggun.

Amisya menjeling.

"aku naik atas dulu. Apa-apa, bagitahu aku. "kata Anggun.

Amisya mengangguk.

Jam 5 petang.

Anggun sudah bersiap sedia untuk balik. Dah call Affan, on the way katanya.

Anggun melangkah keluar dari butik.

Pintu lutsinar itu kembali ditutup.

Dia berpaling, lalu ada seorang lelaki menyapanya.

"ye? Boleh saya bantu?? "soal Anggun.

"kau tak kenal aku ke?? Mentang-mentang dah cantik. "kata lelaki itu.

Anggun mengerutkan dahi.

"siapa ye?? Saya tak kenal la. "

"aku Sufyan. Takkan tak kenal. "

Anggun terdiam. Lalu tersenyum pahit. Mana mungkin dia lupakan lelaki ini. Lelaki yang membuat dirinya tiada keyakinan diri beberapa tahun.

"aku dengar kau dah kahwin. Dengan hero kau?? Kan?? "

Anggun mengangguk.

"jangan bahagia sangat ek?? "kata Sufyan dan terus berlalu pergi.

Anggun hanya melihat susuk tubuh Sufyan yang menjauhinya.

Teringat peristiwa beberapa tahun lepas.

Katanya, Sufyan dibuang keluarga. Kerana?? Kerana Anggun. Bagi Sufyan, sebab Anggun la. Tapi bagi orang lain, sebab Sufyan sendiri.

Selepas satu peristiwa di taman permainan, bapa Sufyan marah Sufyan. Terlampau marah sampaikan Sufyan marahkan Anggun.

Selepas itu, Sufyan mengambil keputusan untuk mencederakan Anggun. Sufyan menoreh tangan Anggun dengan pisau.

Sewaktu itu, Anggun berusia 10 tahun, Sufyan 12 tahun. Bapa Sufyan marah. Dan sejak dari itu, perangai Sufyan makin menjadi-jadi. Umurnya 17 tahun, dia sudah dimasukkan ke pusat pemulihan.

Sufyan kata, semua kerana Anggun. Kerana Tuan Arman membuat report bapa Sufyan terpaksa merayu dan berjanji akan menghukum Sufyan dengan hukuman yang setimpal.

"oi, kau dah kenapa jadi patung cendana kat sini?? "soal satu suara garau.

Anggun seakan kembali ke dunia nyata.

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now