A N G G U N A D H I Y A 3 7 💛

9.2K 268 25
                                    

Perlahan-lahan mata dibuka.

Kepala ditoleh ke sisi sebelah kiri. Air yang berada di atas meja sebelah katil dipandang.

Tangan kiri diangkat. Drip air yang berada ditangannya dipandang.

Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun namun terasa sesuatu menghempap tangan kanannya.

Toleh sahaja, Affan dengan wajah mamainya memandang Anggun.

"awak dah bangun?? Nak apa-apa tak?? "soal Affan.

"air. "kata Anggun

Affan terus bangun untuk mendapatkan air.

Gelas diserahkan kepada Anggun.

Dengan segera Anggun menyambut dan meneguk air itu sehingga habis.

"awak okay?? Nak apa-apa lagi tak?? "soal Affan

Anggun menggeleng lalu menyerahkan kembali gelas yang sudah kosong.

"berapa lama saya kat sini?? Yusuf dengan Hud kat mana?? "soal Anggun.

"baru semalam awak masuk sini. Yusuf dengan Hud, ada dengan mama. "jawab Affan.

Anggun mengangguk faham.

"bila saya boleh keluar?? "

"esok, tengok dulu keadaan awak. Paling awal, esok la. "

"saya nak keluar sekarang. Kesian Yusuf dengan Hud. "kata Anggun lalu bergerak menyelak selimut yang menutupi kakinya.

"stay Anggun. Awak tak sihat lagi. Esok kita balik la. Boys dengan mama, don't worry. "kata Affan

"tapi susu Hud. Hud still breastfeeding. "

"ouh, ye ke. Ermm, awak pam la kat sini. Nanti Indah datang bawak barang, saya bagi. "

"macam mana nak pam?? Pam tak de. "

"kena guna pam ke?? Pam apa?? "

"seriously?? Takkan baru 2 tahun dah lupa. "

"mana saya pernah tengok awak pam susu Yusuf dulu. Yang saya tahu panaskan susu Yusuf bila awak pergi kerja je. "kata Affan.

"ishh, kena guna pam la. Anak dah 2 pun tak tahu ke?? "

"kat mana pam nya? Kat kedai baby ada jual?? "

"buat apa nak beli, kat rumah saya dah ada la. "

"okay, nanti saya suruh Indah ambilkan. "kata Affan.

Anggun mengangguk.

"phone saya?? "soal Anggun

"err, tak ada. Tu yang Indah baru nak bawak. "

Anggun mengeluh. Habis takkan nak mereput je.

"saya nak makan. "kata Anggun

"makan apa?? Bubur?? "

"apa bubur?? Saya nak pizza. Tak nak 1 nak 3 jenis. Lepastu, saya nak ayam goreng, 5 ketul. "

"lagi?? "soal Affan

"saya nak spagetti yang merah tu. Nak chicken chop, lagi..... Ha saya nak boba milk tea. Tak nak 1 nak 3 cup. Then saya nak kuih keria. Nak banyak. "

Terkelip-kelip mata Affan memandang Anggun.

"kenapa pandang saya macam tu?? "

"serius la awak nak makan semua tu?? "soal Affan

"ye la. "

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now