3. Ring

238 14 0
                                    

I'm taking my time to write this story. I'm in my 6thjob. Finally got a job after going iv for 3 company. CHEER UP!






























Melisa menunggu di tempat yang telah dijanjikan olehnya dan Owais. Sesekali dia memandang jam di telefon. Sudah 15 minit namun Owais masih tidak memunculkan diri. Owais telah memaklumkan padanya bahawa latihan bolanya habis lewat. Melisa termenung sendirian. Mindanya masih cuba untuk menghadam apa yang sudah terjadi.

' I got money and husband in package. What a life,' desis hatinya.

"Mel!" panggil satu suara.

Pantas Melisa memandang. Kelihatan Owais sedang berlari-lari mendapatkannya. Melisa jadi kerisauan. Pastinya jejaka tersebut kepenatan.

"Apa kata kita makan dulu. Kau mesti lapar lepas habis melatih," kata Melisa.

Owais tersenyum pada Melisa.

"That what we call chemistry," kata Owais sambil melangkah beriringan dengan Melisa.

Mereka masuk ke sebuah kedai makan kegemaran Melisa.

"Kau belanja," kata Melisa tanpa segan silu.

Owais hanya tergelak dengan sikap Melisa yang selamba itu. Dia memerhati gadis tersebut yang baru selesai memesan makanan. Tatkala waiter berlalu pergi, mata mereka terus bertemu. Wajah Owais merona merah. Melisa memandang dengan penuh tanda tanya.

"Kau okey?" tanya Melisa.

Makin merah wajah Owais.

"I never date anyone before," katanya perlahan.

Serta-merta wajah Melisa turut memerah.

"Me too," bisik Melisa.

Mereka sama-sama terdiam .

"But it okay. It you. So I'm not that nervous," Owais cuba untuk menutup kejanggalan antara mereka.

Melisa memandang Owais.

"So bila kau nak jumpa parent aku?" tanya Melisa.

Pantas Owais memandang Melisa.

"Wow! Eager to be my wife," usik Owais.

Tajam mata Melisa memandang Owais. Makanan mereka pun sampai lalu mereka menjamu selera.

"Next week," kata Owais.

"Next week?" tanya Melisa.

"Kita jumpa family kau dulu, then esoknya baru jumpa family aku. Schedule free tak?" tanya Owais.

Melisa seakan sedang berfikir-fikir. Kemudian dia mengangguk.

"Err..." Melisa ingin menanyakan sesuatu tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menyuarakannya.

"What is it? Tell me," tanya Owais.

"Our wedding," balas Melisa sependek mungkin.

Owais pula seakan berfikir-berfikir.

"Kau nak tunang dulu?" tanya Owais.

"Aku .... Tak pernah ada dream wedding. So, it up to you," kata Melisa.

Owais diam seketika untuk mencari ayat yang sesuai.

"Kau tahukan sebab apa kita kahwin. And kita berkahwin pun atas persetujuan bersama. So, even wedding ni base on my dream, i still want you to participate too," kata Owais.

Melisa tersentuh mendengar pengakuan Owais.

"Okay, let hear your plan than I'll consider it," balas Melisa bersama senyuman.

WHISPERWhere stories live. Discover now