I HOPE you find comfort in this story.
Melisa terbangun tatkala terasa dahinya dikucup. Perlahan-lahan dia membuka mata. Owais sedang duduk di sebelahnya. Melisa melihat pakaian Owais.
"Nak pergi mana?" tanya Melisa.
"Ada urusan sikit dekat pejabat," kata Owais.
Melisa bangkit lalu duduk.
"Kenapa pakai t-shirt je?" tanya Melisa.
"Ouh, ada document kena sign. Itu sahaja. Maybe lepas tu aku turun padang sekejap. Nak tengok latihan budak-budak ni," kata Owais.
Melisa mengangguk-angguk kemudian dia merebahkan tubuhnya kembali. Owais meletak bantal di sebelah kiri Melisa lalu gadis tersebut memeluknya. Di kanan Melisa pula dipenuhi kertas-kertas dan assignment.
"Kau nak ikut?" tanya Owais.
Melisa sekadar menggelengkan kepala dengan mata terpejam. Owais membelai rambut Melisa sebelum dia melangkah pergi.
'Guess he love skinship,' desis hati Melisa sebelum dia dibuai lena.
Melisa menggeliat di atas kerusi. Selama 4 jam dia di posisi yang sama kerana menyiapkan assignment. Tekaknya terasa haus lalu dia melangkah ke luar bilik. Ketika dia lalu di bilik adik Owais, dia terdengar bunyi lagu. Dia berkira-kira sama ada ingin mengetuk dan menegur adik Owais ataupun tidak. Adik Owais kelihatan sungguh janggal dengan kehadiran Melisa. Gadis tersebut juga faham. Bukan senang untuk menerima orang baharu di dalam keluarga.
"Tok! Tok! Tok!" Melisa mengetuk pintu bilik adik.
Lagu yang didengarinya tadi dimatikan. Tidak lama kemudian, pintu bilik dibuka.
"Tanjirou?" kata Melisa.
Wajah adik terus bercahaya
"Nezuko?" kata adik pula.
Mereka sama-sama membalas senyuman penuh makna.
Owais membuka pintu rumah dan disapa dengan suara anime yang agak kuat. Dia memandang ruang tamu, kelihatan Melisa sedang tidur sambil memegang semangkuk popcorn. Dalam masa yang sama adik lalu bersama sebotol air gas. Terbutang mata Owais kerana di atas meja sudah 2 botol air gas telah diminum. Tatkala adik terpandangkan Owais, dia terus melarikan diri ke dapur.
"Ibu!!!" panggil Owais.
Ibu melangkah keluar dari dapur dengan tenang.
"Kenapa bising-bising ni, Owais?" tanya ibu.
Ternganga mulut Owais kerana terkejut dengan ketenangan ibu.
"Ibu, tengoklah adik tu. Dia minum air gas banyak sangat. Tahu tak kandungan gula dalam air...."
"Ibu tahu kamu atlet tapi ibu tak minat nak dengar ceramah kesihatan dari kamu," kata ibu lalu berlalu pergi.
Owais ternganga melihat ibu. Adik pula mengejek Owais lalu melarikan diri ke bilik. Owais mengeluh. Dia melangkah ke ruang tamu. Tv ditutupnya. Owais duduk di atas meja menghadap Melisa. Mangkuk popcorn di atas riba gadis tersebut diambilnya lalu di letak di atas meja.
"Mel.." kejut Owais.
Perlahan-lahan Melisa membuka mata. Dia tersenyum tatkala terpandangkan Owais. Serta-merta marah Owais terus reda.
"You home," kata Melisa.
Makin berbunga-bunga hati Owais.
"We moving out tomorrow," kata Owais.
YOU ARE READING
WHISPER
RomanceMelisa mempunyai impian. Dia sanggup buat apa sahaja demi impiannya. Oleh kerana itu, dia melibatkan diri di dalam sebuah perkahwinan. Owais, dia lelaki biasa. Dia dan Melisa mempunyai sejarah lama. Disebabkan itu, hubungan mereka tidak terlalu baik...