Should I continue uploading this story?
Owais terbangun sebelum alarm berbunyi. Dia lihat jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Dia ingin bergerak namun tidak boleh kerana bukan sahaja tangan, malah kaki Melisa turut merangkul tubuhnya. Perlahan-lahan Owais menarik lengan Melisa namun gadis tersebut makin mengeratkan pelukan.
"Melisa... Mel..." Owais mengejut Melisa.
Melisa menarik baju Owais lalu menyembunyikan wajahnya.
"Mel.. Bangun," Owais membelai rambut Melisa.
"No," gumam Melisa.
Owais tersenyum dengan permandangan tersebut. Dia menguak rambut Melisa ke belakang.
"Lepas solat nanti tidurlah semula," pujuk Owais.
"Kul pe..." tanya Melisa.
"Pukul 6 dah. Bangunlah," Owais menarik Melisa supaya bangkit.
Melisa duduk namun matanya masih terpejam. Owais bangun dari katil lalu menghidupkan suis lampu. Dia melangkah ke almari untuk mengambil sesuatu. Kemudian, dia kembali ke Melisa bersama dengan beg di tangan.
"Untuk kau," kata Owais.
Perlahan-lahan Melisa membuka mata. Dia memandang beg kertas di atas riba.
"Apa ni?" tanya gadis tersebut.
Tangan Melisa mengeluarkan barang yang berada di dalam beg tersebut. Telekung berwarna ungu.
"Pretty. I love it," kata Melisa sambil tersenyum.
"Thank you. Now wake up," kata Owais sambil mengusutkan rambut Melisa.
Owais melangkah ke tandas. Melisa mengambil kesempatan tersebut untuk merebahkan diri semula.
"MELISA!!" laung Owais dari tandas.
"I'm awake!" sahut Melisa dengan mata yang terpejam.
Melisa memandang Owais yang masih lagi lena. Jejaka tersebut memeluk bantal tetapi dia menyangka bahawa itu adalah isterinya. Wajah Melisa memerah mengingatkan perbuatannya malam tadi. Oleh kerana mengantuk, dia malas hendak memikirkannya. Sekarang dia sudah bangun, sudah mandi, sudah segar. Barulah perasaan malu tersebut muncul di dalam diri.
"Mel..." gumam Owais sambil bangkit dari pembaringan.
Melisa hanya duduk diam di hadapan beg bajunya. Dia memerhati Owais dari hadapan almari. Mata Owais terpandang Melisa yang sedang memandangnya. Pantas Owais memandang siapa di sebelahnya. Kemudian, dia menghela nafas lega. Melisa tertawa.
"I thought kau nak tinggalkan aku," kata Owais perlahan.
Dia menyangka bahawa Melisa tangkap dia sedang tidur dengan perempuan lain lalu Melisa pun mengemas barang untuk pergi dari hidup Owais. Terlalu jauh permikirannya untuk orang yang baru sahaja bangun dari tidur.
"Apa kau buat?" tanya Owais pada Melisa.
"Kemas baju," jawab Melisa.
Melisa menyusun pakaiannya di dalam almari Owais. Dia akan menetap di rumah tersebut selama 3 hari. Owais bangun dari katil lalu mengambil sesuatu di dalam laci.
"I've present for you," kata Owais.
Pantas Melisa memandang Owais.
"I already told you. I don't want it," kata Melisa.
Owais memandang Melisa dengan penuh tanda tanya. Dia belum lagi mengeluarkan hadiahnya namun Melisa sudah menolak.
"But you will love it," kata Owais dengan penuh yakin.
YOU ARE READING
WHISPER
RomanceMelisa mempunyai impian. Dia sanggup buat apa sahaja demi impiannya. Oleh kerana itu, dia melibatkan diri di dalam sebuah perkahwinan. Owais, dia lelaki biasa. Dia dan Melisa mempunyai sejarah lama. Disebabkan itu, hubungan mereka tidak terlalu baik...