How is it so far?
Owais terbangun kerana kerana lengannya dihempap. Dia membuka mata dan kelihatan Melisa sedang menyandar pada tubuhnya sambil tangan memegang beberapa keping kertas. Owais bergerak-gerak membuatkan Melisa memandangnya.
"Morning," kata Melisa.
Owais mengucup kepala Melisa sebelum bangun dari katil.
"What for breakfast?" tanya Owais.
"What you want for breakfast?" tanya Melisa semula.
Owais berfikir seketika.
"Kita sarapan dekat luar jelah," cadang Owais.
Owais melangkah ke dalam bilik mandi manakala Melisa hanya menukar baju kerana dia sudah mandi. Pagi itu mereka sarapan di kedai berhampiran. Owais yang sedang makan itu memerhati Melisa.
"Eat your food," tegur Owais..
"Hmm," jawab Melisa sambil menyuap makanan tetapi matanya memandang kertas yang dibawanya.
Owais mengambil kertas di atas meja tersebut.
"Finish your food," kata Owais.
Melisa berdecit namun dia patuh.
"Bila kau kena outstation?" tanya Melisa.
"Lepas kau habis exam," kata Owais.
Melisa menghabiskan makanan di dalam mulut.
"Berapa hari?" tanya Melisa.
Owais berfikir-fikir seketika.
"Mungkin 3 hari," kata Owais.
"Lamanya," bisik Melisa.
Owais memandang Melisa yang termuncung itu.
"Aku tak ada nanti, kau tidur rumah ibu," pesan Owais.
"Okay," balas Melisa acuh tak acuh.
Owais tersenyum.
"Jangan risau, kembar ada. Kau mesti tak perasan aku tak ada," pujuk Owais.
"Okay," balas Melisa perlahan.
Owais memandang Melisa yang khusyuk menonton TV. Kertas bertaburan di atas meja dan lantai. Owais mengutip kertas tersebut lalu diletaknya di atas meja. Dia mencapai remote tv lalu tv dimatikan. Pantas Melisa memandang Owais.
"What are you doing?!" marah Melisa.
"What are YOU doing?" tanya Owais sambil bercekak pinggang.
"Taking break from my studies," kata Melisa.
"Taking break? 4 hours?" perli Owais.
Bibir Melisa termuncung.
"Fine! I'm study for real now," kata Melisa.
Melisa mencapai semula kertasnya yang Owais telah susun. Owais melangkah ke mini office untuk menyiapkan kerjanya. Dia terlupa phonenya lalu dia melangkah ke luar. Kelihatan Melisa sedang menonton sesuatu di phone. Owais mendekati isterinya.
"I told you to study. Not watching tiktok," Owais merampas phone Melisa.
Melisa berdecit. Dia menjeling Owais lalu menyambung pembelajarannya. Owais membiarkan Melisa belajar sendirian. 2 jam telah berlalu. Owais memandang jam. 11.45 malam. Dia menyimpan kerjanya lalu laptop dimatikan. Lampu ditutup sebelum dia melangkah ke luar. Kelihatan Melisa tertidur di atas kerusi. Tangan Melisa masih memegang kertas. Owais mengambil kertas tersebut lalu diletaknya di atas meja. Tubuh Melisa dicempungnya lalu dia melangkah masuk ke bilik.
YOU ARE READING
WHISPER
RomanceMelisa mempunyai impian. Dia sanggup buat apa sahaja demi impiannya. Oleh kerana itu, dia melibatkan diri di dalam sebuah perkahwinan. Owais, dia lelaki biasa. Dia dan Melisa mempunyai sejarah lama. Disebabkan itu, hubungan mereka tidak terlalu baik...