Plotnya okey ke macam lain?
Owais memandang Melisa yang sudah siap itu. Dia berpeluk tubuh manakala Melisa buat tidak nampak sahaja. Kelas gadis tersebut pukul 11.00 tetapi dia bersiap sekali dengan Owais.
"Where are you going?" tanya Owais.
Melisa memandang Owais dari pantulan cermin.
"Where I should be," jawab Melisa bersahaja.
Tajam mata Owais merenung Melisa.
"Aku tak izinkan," Owais menggunakan kuasa vetonya.
Melisa berpaling memandang Owais. Dia turut berpeluk tubuh.
"Aku bukan pergi tempat bukan-bukan," kata Melisa sambil bibirnya termuncung.
Owais mengeluh. Dia melangkah ke Melisa. Bahu gadis tersebut dipegangnya.
"Look, you'll get bored. Lagi satu, kelas kau pukul 11.00. Aku tak boleh hantar sebab ada meeting," pujuk Owais.
Melisa terus meleset ke tubuh Owais. Kepalanya disandarkan di dada suaminya.
"Aku boleh pergi kelas naik grab," kata Melisa sambil jarinya bermain-main dengan tali leher Owais.
Owais menolak bahu Melisa menjauh. Pipi Melisa dicengkamnya sehingga termuncung.
"Act cute won't work on me," kata Owais sambil memicit-micit pipi Melisa.
Melisa menepis tangan Owais. Tangannya mencengkam baju Owais.
"I'll behave. I promise," Melisa masih memujuk.
Dia memandang Owais sambil mengerdipkan mata. Owais tersenyum lalu mengucup dahi Melisa.
"No, and I'm still mad at you," kata Owais.
Senyuman Melisa terus mati. Dia berpeluk tubuh dan merengus. Owais mengambil bag Melisa. Purse dikeluarkan dan kad bank diambilnya.
"What are you doing?" tanya Melisa.
"Aku pulangkan semula bila kau dah betul-betul behave," kata Owais.
Dia memasukkan beberapa not RM50 ke dalam purse Melisa. Isterinya tidak perasan kerana dia sebuk dengan rajuknya.
"You can't do this to me!" Melisa menarik-narik baju Owais.
Baju Owais terkeluar dari seluar.
"Yes I can," kata Owais sambil menolak tangan Melisa.
Owais mengambil bag kerjanya. Melisa menarik tali leher Owais sehingga terbuka.
"Haa! Bawa aku sekali so aku boleh ikatkan tali leher ni," Melisa tersenyum licik.
Owais memandang Melisa tanpa perasaan. Dia merampas tali leher tersebut lalu melangkah ke pintu utama. Melisa mengekornya.
"I can ask my secretary to do it," kata Owais selamba.
Wajah Melisa memerah kerana dia marah.
"What so good about your secretary!?" Melisa bernada jengkel.
Owais tergelak kecil namun Melisa terasa seperti diejek.
"Well, she that type of calm and collected. Well behave, well manners. Always do what I ask," Owais tersenyum.
Melisa mencengkam kolar baju Owais lalu ditariknya mendekat.
"So why didn't you marry that oh-so-great secretary of yours?!" marah Melisa.
YOU ARE READING
WHISPER
RomanceMelisa mempunyai impian. Dia sanggup buat apa sahaja demi impiannya. Oleh kerana itu, dia melibatkan diri di dalam sebuah perkahwinan. Owais, dia lelaki biasa. Dia dan Melisa mempunyai sejarah lama. Disebabkan itu, hubungan mereka tidak terlalu baik...