Image : Main Cast - Irene Darissa
AKU Irene Darissa Izham, sekarang aku tengah buat master dekat Nielson University jurusan Architecture untuk dapatkan LAM Part II qualification.
Orang selalu cakap aku beruntung sebab dilahirkan dalam keluarga berada, semua yang aku nak aku dapat. Tapi hakikatnya tak seperti yang mereka gambarkan pun. Tak semua yang orang nampak sama macam apa yang aku lalui sekarang.
Baba aku, Dato' Izham seorang kontraktor dan mempunyai sebuah syarikat pembinaan yang semakin menaik. Boleh kata akhir akhir ni Baba banyak menang tender dan gambar Baba selalu terpapar dalam akhbar.
Ibu pulak, Aima Dalina seorang peguan dan sekarang ni Ibu dah berjaya tubuhkan firma guaman dia sendiri. Ibu ni lagi garang dari baba. Dia seorang yang tegas dan tetap pendirian sebab tu kerjaya sebagai peguam sangat sesuai dengan perwatakan Ibu.
Okay dahlah malas aku nak cerita lebih pasal family aku takda yang menarik pun. Cuma adalah kisah family aku ni klise sikit macam dalam drama melayu. Korang nak tahu kenapa? Stay tune okay?
"Oi Cik Irene Darissa jauh betul kau termenung kau fikir apa ni ha? Tu lecturer dah masuk, fokus sikit lagi seminggu kita nak final exam tau" sergahan Kaira menyentakkan lamunan aku.
Kaira atau nama sebenar dia Kaira Irdina merangkap kawan terbaik yang selalu ada susah dan senang aku. Kami mula rapat sejak dari foundation lagi sehinggalah ke waktu sekarang ni. Kira kira dah 7 tahun kami berkawan baik.
"Eh manada aku termenung, ada ada je kau ni. Ye aku tahu final exam lagi seminggu, dari minggu lepas lagi aku duk buat countdown"
Sedang aku khusyuk di dewan kuliah telefon aku bergetar terpapar nama Baba di skrin. Namun aku tidak jawab. Bukan sebab tengah kuliah tapi sebab aku dengan Baba tak pernah sebulu. Kalau berjumpa ada sahaja perkara yang kami akan bahaskan dan akhirnya kami akan bertegang muka.
Setelah 3kali missed call, Baba menghantar pesanan ringkas kepada aku.
Baba.
Ryn,
Baba nak jumpa petang ni.
Ada benda nak bincang sikit.
Nak Baba cari dekat kolej ke?
Atau Ryn nak datang jumpa Baba?Aku mendengus kemalasan. Sebolehnya malas untuk berjumpa baba. Kalau jumpa pun bukan ada benda baik yang kami bincangkan. Paling tak kami akan bertekak.
꧁꧁꧂꧂
Kuliah aku berakhir tepat jam 5.00petang. Dengan perasaan malas yang membuak buak aku bergerak ke syarikat Baba yang terletak kira kira 20 minit dari tempat aku belajar.
Pintu pejabat Baba aku ketuk sebelum diarahkan untuk masuk.
"Have a sit first, Ryn datang naik apa?"
"Grab"
"Kenapa tak drive je kan ada Bentley tu?"
"Malas"
"Ryn dah makan? Kalau tak makan kejap lagi boleh makan dengan Baba"
"No thanks, dah kenyang"
"How's study? Sir Farouk cakap Ryn score A+ subjek dia"
"Okay je"
"Baba bukan apa kalau tak okay..."
"Can you please straight to the point, Ryn ada banyak benda lagi nak settle. Next week Ryn dah start final. So please make it short and faster"
YOU ARE READING
YANG TERTULIS
RomanceSTATUS: COMPLETED RATED: 18+ Berasal dari 'broken family' membuatkan kehidupan seketul Irene Darissa berantakkan. "Irene boleh tak jangan ego? You jangan ingat you sorang je yang ada masalah paling besar dalam dunia ni. Please lah Ryn jangan selfish...