AKU tumpang gembira kerana Kaira dah sah menjadi tunangan orang. Sukanya tengok Kaira dan Arasy dua dua bak pinang dibelah dua.
"Congrats Kaira & Ash. I'm happy for both of you" ucap aku gembira.
"Thanks Ryn, nanti tunggu turn kau pulak"
"Haah betul tu nanti you kena cari calon cepat cepat. Takkan tak jealous tengok kitorang dah bertunang" tambah Arasy.
"Takpe aku bagi chance untuk korang dulu. Aku ni tak tahu bilalah jawabnya. Mungkin korang kahwin dapat baby pun belum tentu turn aku sampai" aku menjawab.
"Haaa tu sampai dah jodoh kau. Baju pun dah matching tu" kata Kaira, aku tidak berpaling melihat gerangan itu sebab aku dah boleh agak siapa yang dimaksudkan oleh Kaira.
"Hai korang. Congrats Yaya dengan Ash. Tak sabar nak tunggu nasi minyak korang" Faiq bersuara.
Haa aku dah agak kan betul.
"Pandai kau kan Faiq, saja buat buat lambat datang tak nak kantoi berpakat nak pakai baju sama dengan Ryn" usik Kaira.
"Haa kalau macam tu, bolehla korang tangkap gambar sekali dekat pelamin ni. Boleh la feeling bertunang jugak" Ewah kau Ash kemain menambah.
"Eh eh haah la aduh macam mana ni, dah cover line boek punya tapi kantoi jugak. Macam mana ni Ryn? Kita mengaku jelah alang alang mereka dah tahu" Faiq cuba play along dengan Kaira dan Arasy.
Aku membuat muka. Haa elok la tu sengaja nak kenakan aku. Elok aku lagakan kepala ketiga mangkuk hayun ni.
"Dah dah tak payah nak mengarut sangat eh. Kan kejap lagi family you dengar tak pasal pasal orang salah faham. Jangan nak timbulkan spekulasi yang bukan bukan eh" aku memberi amaran.
Risau jugak kut kut ada adik beradik Faiq ke parents Faiq ke yang mendengar. Nanti tak pasal pasal mereka tersalah tafsir.
"Eh biar jelah diorang dengar, nanti boleh I kenalkan terus dekat Umi calon menantu dia"
Muka aku dah merah padam. Faiq ni makin hari makin berani dia sakat aku.
Kaira dengan Arasy dah tergelak sakan melihat muka aku.
"Woooo Faiq dah upgrade sekarang, dah pandai mengayat" ejek Kaira yang tidak tahu menahu tentang perasaan sebenar Faiq terhadap aku. Mungkin dia ingat Faiq sengaja ingin menyakat aku dikala ini.
"Korang ni kan asyik gaduh je, kan jadi jodoh betul betul baru tahu" kata Arasy dengan sisa ketawanya.
"Aku okay je Ash, kalau betul apa salahnya. Mana la tahu nanti kita boleh buat majlis sama sama, aku dengan Ryn kau dengan Kaira" Faiq masih tak nak kalah.
"Ei tak nak lah I, dahlah baik I pergi makan. Layan you ni Faiq boleh mereng kepala I. Makin lama makin merapu. Korang berdua pun sama, makin galak ye kenakan aku!" getus aku dan berlalu pergi untuk menjamah makanan.
"Yaya, Ash aku mintak diri untuk makan dulu eh nak teman tuan puteri makan dulu, dah start merajuk tu"
"Haa yelah, ada ada je korang berdua ni"
YOU ARE READING
YANG TERTULIS
RomanceSTATUS: COMPLETED RATED: 18+ Berasal dari 'broken family' membuatkan kehidupan seketul Irene Darissa berantakkan. "Irene boleh tak jangan ego? You jangan ingat you sorang je yang ada masalah paling besar dalam dunia ni. Please lah Ryn jangan selfish...