7 || Confess

3.3K 68 3
                                    

AKU mengaru kepala yang tidak gatal. Faiq masih memandang ke arah aku memohon penjelasan sebenar.

"Irene Darissa, you owe me an explaination!"

"Explaination apa?" Aku buat buat tak faham.

Dalam hati aku mengerutu, aduh lama pulak Atok nak turun. Kalau boleh aku nak je cepat cepat masuk bilik tinggal Faiq sorang kat ruang tamu.

"Oh jadi selama ni you dah kenal I lah? Maksudnya time you masuk kerja haritu you dah tau I ni Faiq anak kawan Atok? And just now kenapa you tak cakap pun yang ni rumah Atok dengan Opah you? You tahu tak I malu sebab dah beria explain Atok ni tok iman apa semua sedangkan you ni sebenarnya cucu dia. Ryn! Sampai hati you buat I macam ni"

Aku tersengih mengangguk mengiakan soalan Faiq bahawa aku dah cam dia masa hari pertama kerja haritu or to be exact rasanya masa kat office tu dah kali ke4 aku berjumpa dengan dia secara sengaja dan tidak disengajakan.

Tapi tulah mungkin Faiq je yang tak perasan sebab kami asyik terserempak ketika aku ni berlainan versi.

"I still in shock you know sebab tahu tahu je dah sampai depan rumah Atok. Dah lah masa tengah mamai, know know here. Nak explain pun tak sempat, I fikir nanti kalau Opah ajak masuk rumah you akan tahu jugak semua ni"

"Jadi yang terseliuh kaki dekat sungai haritu you lah?"

"Ye Faiq, that's me. I bukan tak nak bagitahu you awal awal tapi I rasa tak penting pun untuk bagitahu you benda kecik macam ni. Macam you cakap tadi you pun dah hampir lupa kan?"

"Ye tak ye jugak kan, you go the point Ryn. Takkan lah tiba tiba you nak perkenalkan diri you as cucu Opah dengan Atok pulak dahla baru kenal time tu"

"Haa tahu pun. Lagipun Faiq, you pun tengok masa kerja I dress up macam mana I freehair. I takut kalau kalau you judge I ni hipokrit. Yelah dekat sini bertudung berniqab pakai jubah tapi lifestyle I dekat KL sebaliknya. But still i know my limits"

"Aduhai Ryn, no worries I bukan jenis judgemental macam tu la. You must have your own reasons why right? Lagipun untuk judge you ni macam macam tu bukan hak I. Dah tu memang diri you. Just be yourself"

"Actually kalau balik sini biasanya Atok ajar I untuk pakai jubah dengan berniqab sebab sebelah ni kan tahfiz so I kena jaga pemakaian I untuk elak fitnah. Kat kampung ni vibes lain sikit bukan macam KL, tambah lagi sebelah ni tahfiz budak lelaki. So I fikir kalau you kenal I dengan dua sisi berbeza nanti mesti you akan judge I ni hipokrit sekejap pakai tudung sekejap freehair. That's why I didn't reveal my real identity"

"Aduh Ryn kenapa you fikir sampai macam tu sekali? I pun ada adik perempuan. So I faham untuk jadi seorang perempuan ni bukan mudah. Buat tu salah buat ni salah. Sebab people nowadays terlalu judgemental. My sister once said, nak buat tu mudah tapi nak kekal istiqamah tu agak susah sebab both of them pun still on off tudung. But it's okay at least we tried to be a better person. Orang mungkin akan mengutuk mengeji tapi takpa Allah tahu apa niat kita. Siapa kita nak menghukum sesorang tu kan? Mungkin kita nampak dia freehair tapi dia jaga solat dia mengaji cuma mungkin hati dia belum terbuka sepenuhnya untuk bertudung. Tak apa kita doakan saja yang baik baik"

Aku terkedu. Tak sangka Faiq akan berkata sebegitu. Kalau tengok cara pemakaian dia yang badboy sebelum ni mesti aku tak percaya kata kata ni boleh keluar dari mulut dia.

Cara Faiq sama macam Atok dalam percakapannya ada terselit nasihat. Tidak terlalu memaksa tapi boleh melembutkan hati pendengar. Jauh sekali dengan cara Emeer. Eh? Kenapa nak bezakan Emeer dengan Faiq eh?

YANG TERTULISWhere stories live. Discover now