AKU keluar cuba untuk mencari angin malam setelah berminggu struggle habiskan final exam. Sweater hitam separas lutut aku capai dan sarung ke badan. Tak dilupakan jugak cap nike kesayangan aku letak di kepala.
Bentley aku hidupkan dan laju membelah jalan memecah keheningan malam. Tak lama kemudian aku tiba di sebuah kawasan lapang yang selalu aku datang. Di hadapannya tersergam bukit bukau yang agak menenangkan jiwa aku yang sedikit keserabutan.
Walaupun kedinginan malam menyentuh wajahku tapi aku tak kisah asalkan aku dapat menenangkan jiwa aku sekarang. Sebab tu aku suka datang sini, tenang dan damai tanpa gangguan.
Aku bergerak ke arah kawasan lapang itu, batu sebesar alam itu aku panjat dan cuba berdiri diatas nya untuk melihat keindahan alam. Tangan aku depakan untuk memeluk angin malam.
"Aaa nikmatnya udara malam" kataku sambil mata terpejam.
Sedang aku menikmati keindahan malam dengan mata terpejam tiba tiba aku rasakan ada sesorang yang menarik kaki aku dari bawah.
Aku terjerit kerana aku hampir tersungkur jatuh. Mataku terpejam rapat kerana aku ketakutan.
"Eh tapi kenapa tak rasa sakit pun jatuh ni" desis aku.
"Kau dah kenapa nak bunuh diri malam malam buta ni, kau tahu tak bunuh diri tu berdosa, tuhan murka!" Suara garau seorang lelaki mengejutkan aku.
Aku yang tadi terpejam terus membuka mata, patutla tak rasa sakit kerana aku selamat dalam pelukan lelaki itu.
Eh lelaki? Astaghfirullahalazimmmmmmm.
"Eh eh encik lepaskan saya, aduh apa encik merepek ni?"
Jarak kami yang begitu dekat membuatkan aku tak selesa serentak dia menurunkan aku.
"Encik dah salah faham ni, sejak bila pulak saya nak bunuh diri pulak ni. Astaghfirulahalazim" Aku cuba menjelaskan hal sebenar.
"Dahtu yang kau berdiri kat sini dengan mendepa depa tangan macam orang nak terjun tu dah kenapa?"
"Amboi bahasa encik ni boleh tahan jugak ye, dahla tak kenal orang duk ber aku kau pulak. Saya tak cuba untuk bunuh diri atau ingin membunuh diri pun encik. Saya cuma tengah amik angin malam. Tapi tindakan encik yang tetiba tarik kaki saya tadi tu, silap haribulan bukan cubaan tapi saya mungkin terbunuh"
Aku membetulkan cap aku. Sempat aku mengerling ke arah lelaki berbaju hitam itu. Handsome, hidung pun mancung macam ada vibes bad boy sikit sebab dia macam pakai rantai dekat leher. Sebelah telinganya bertindik.
"Haa yelah budak, muka pun macam budak ada hati nak sekolahkan kita pulak. Dah pergi balik malam malam macam ni awak duduk sorang sorang kat sini bahaya tahu tak. Jangan nak merayau malam malam buta ni esok mesti sekolah kan?"
"Ewah encik cantiknya bahasa, siapa yang budaknya? Ye saya tahu saya comel tapi saya ni university student bukan budak sekolah!"
Lelaki itu tergelak kecil mendengar omelan aku. Hmm herloks nya. Gigi pun tersusun rapi.
"Pardon? Hahah saya ingatkan awak around 17 years old"
"Ni dah melebih ni kemain pulak dia gelak ye, i'm 24 and currently i'm doing my master, how could you said that?!"
Aku kemain tinggi 160cm dia boleh cakap macam tu. Tahulah dia tu lagi tinggi melangit. Rasa rasanya mungkin dalam 180cm kut.
YOU ARE READING
YANG TERTULIS
RomansaSTATUS: COMPLETED RATED: 18+ Berasal dari 'broken family' membuatkan kehidupan seketul Irene Darissa berantakkan. "Irene boleh tak jangan ego? You jangan ingat you sorang je yang ada masalah paling besar dalam dunia ni. Please lah Ryn jangan selfish...