12 || Terluka

2.3K 53 9
                                    

SEBAIK sahaja mendapat panggilan dari Faiq, Kaira terus bergegas ke rumah aku memandangkan Faiq memberitahunya aku masih belum datang ke pejabat.

Kaira mengetuk pintu rumah sewa aku untuk kesekian kalinya tapi masih tiada respon.

Akhirnya Kaira mengambil kunci rumah yang terletak dibawah pasu dan memasuki rumah sewa aku.

"Ryn, ooo Ryn.." panggil Kaira namun tiada sahutan dari aku.

Kaira menapak ke bilik tidur aku, akhirnya dia melihat sekujur tubuh aku yang sedang tidur berbungkus selimut.

"Ryn kau okay tak ni?" soal Kaira mendekati aku.

Apabila melihat tiada respon dari aku, Kaira melekapkan tangannya ke dahi aku.

"Ya Allah Ryn, panas nya badan kau. Kau demam ni Ryn" Kaira mulai cemas kerana masih tiada tanda tanda aku membuka mata.

Pantas Kaira mendail nombor telefon Faiq untuk menolongnya.

"Hello Faiq, kau kena tolong aku. Ryn demam panas sampai tak sedarkan diri. Tolong aku, kita kena bawak Ryn pergi hospital"

"Demam?! Okay kau tunggu kejap lagi aku sampai. Kalau boleh kau basahkan kain lepastu lap dulu badan dia"

Setibanya di hospital, aku terpaksa di tahan diwad memandangkan suhu badan aku dah mencecah 38.7c.

"Macam mana ni Faiq, kalau jadi apa apa dekat Ryn macam ni aku takut" soal Kaira cemas

"InshaAllah takda apa apa. Mungkin Ryn cuma demam panas biasa je. Nanti dia okay lah tu lepas dah masukkan air" balas Faiq cuba menenangkan hati Kaira walhal dia sendiri hampir pecah jantung melihatkan keadaan Irene yang pucat dan kaku tidak bergerak.

"Kalau aku tahu benda ni nak jadi memang aku teman Ryn semalam. Takdanya aku nak tinggal dia sorang sorang sampai demam panas macam ni sekali"

"Kenapa? Apa yang dah jadi semalam?" Faiq pura pura bertanya padahal dia dah dapat mengagak.

Kaira mengeluh kasar.

"Aku tahu aku takda hak nak bercerita pasal ni, tapi Ryn dah banyak terluka sebab family dia. Dari zaman belajar lagi semua benda dia tanggung sorang sorang. Orang nampak dia macam ceria takda masalah, tapi dalaman aku tahu dia rapuh sebab dah banyak memendam"

"Patut la sebelum ni air muka dia selalu berubah bila bercerita pasal family. Kenapa dengan family dia? Apa yang dah jadi sebenarnya?" Soal Faiq cuba mengorek rahsia.

"Mak dengan ayah dia bercerai masa dia form 4. Kalau kau perasan masa angkat dia tadi, dekat lengan dia penuh dengan scars. She used to harm herself when she is stressing out about something. Dulu zaman foundation dia almost telan satu papan sleeping pills sebab stress dengan Ibu dengan Baba dia"

Faiq terdiam. Teringat suatu ketika dulu dia pernah bertanya Irene apa yang dia akan buat sekiranya stress. Tapi Irene menjawab bahawa dia pun sudah terlupa apa yang dia buat kalau dia sedang stress tapi dia suka tidur. Rupanya tidur yang dikata terapi itu merupakan cara untuk dia melupakan stress.

Nampaknya apa yang Irene lalui betul betul mencabar. Dalam hati Faiq memarahi dirinya kerana bertindak tak fikir panjang sebelum ni. Sekarang bila dah terbongkar dia mulai menyesal.

YANG TERTULISWhere stories live. Discover now