20 || Aisar x Darissa

5.2K 63 10
                                    

FAIQ sedang menikmati kedinginan malam di balkoni apartmennya. Sesekali dia menyisip hot coffee yang terletak elok di meja kecil di tepi balkoni itu.

Handphone yang berdering menyentakkan dirinya yang sedang leka dengan keindahan malam. Terpapar nama Irene di skrin cepat cepat dia menjawabnya. Memang ajaib betul jarang sekali Irene hendak menelefonnya.

"Hello, Faiq. I setuju!"

Coffee yang disisip hampir tersembur keluar. Dia seperti dapat meneka maksud disebalik kata kata Irene yang tiba tiba bersetuju itu.

"You means, you setuju nak kahwin dengan I ke?" Faiq meyoal untuk kepastian.

"Yes"

Faiq menahan diri untuk bersorak kegembiraan, nada suaranya dikawal untuk kekal macho. Adakah dia sedang bermimpi di kala ini?

"Alhamdulillah, finally. I tak mimpi kan ni?"

"Eee you ni kan drama je lebih"

"Kut kut la I tengah mimpi sebab rasa macam tak percaya"

"Tapi I ada syarat" sambung Irene.

"Apa dia Sayang? Eh maksud I apa dia Ryn?"

"Mengada eh you. Hujung minggu ni pergi jumpa Atok dengan Opah untuk bincang pasal ni. Kalau you nak bagitahu Baba pun terpulang dekat you. Tapi jangan paksa I untuk berbaik dengan Baba or I will cancel everything. Don't you ever try test me"

"Okay easy. I tak akan buat benda tu kalau you tak suka. I promise. Lagi?"

"I tak nak majlis yang grand. Cukup sekadar 100 ke 150 pack je. The more simple the better"

"Sure, kalau itu yang you nak. Nanti I bagitahu Umi dengan Abi. Tapi sebelum tu I nak bawak you jumpa Umi dulu. Lepastu nanti hujung minggu ni baru I bawak rombongan pergi rumah Opah dengan Atok boleh?"

"Kalau I tak nak jumpa Umi you?"

"Tak boleh. You kena nak jugak. Sebab I dah janji dengan Umi dulu, I akan kenalkan menantu dia one day. So right now I dah jumpa calon so I kena bawak you jumpa Umi"

"Hm yelah. Up to you. Faiq...,"

"Yes, ada apa apa lagi ke? You ada nak tanya apa apa ke?"

"Betul ke you ikhlas nak kahwin dengan I?"

"Betul la, I mana pernah main-main bila melibatkan future I. You sendiri tahu I dah lama suka dekat you kan. I ikhlas Ryn. Kenapa? You ragu ragu ke dengan keputusan you untuk kahwin dengan I?"

Aku diam tak menjawab.

"Ryn? Are you still there?"

"Macam mana kalau family you tak boleh terima I? I ni tak reti masak Faiq"

"Jangan risau family I semua baik baik bukan nya makan orang semua makan nasi. Takpa I boleh ajar you, I reti masak"

"Then...how about...."

"About what?"

"Hmm never mind. Lain kali jelah" putus aku.

Faiq pula tidak banyak soal. Mungkin tidak mahu memberi tekanan pada aku lebih lebih. Kan elok aku dah setuju tiba tiba tak jadi pulak nak kahwin.

꧁꧁꧂꧂

Lain macam hati aku berdetak untuk bertemu dengan Aunty Zana. Padahal ini bukan kali pertama aku bertemu dengan dia.

YANG TERTULISWhere stories live. Discover now