9 || Paid Review

2.5K 54 5
                                    

Image : Supporting cast - Arasy Syazriq

AKU tersenyum sendirian menghadap PC apabila kerja aku selesai. Sempat aku meregangkan badan di kerusi akibat lenguh menghadap PC sedari tadi.

"You dah siap ke part you Ryn?" Soal Faiq, matanya masih tepat memandang skrin PC.

"Dah untuk harini. Mata I dah berpinar so selebihnya I akan sambung esok"

"Yay I also done with my part. You ada nak pergi mana mana tak kejap lagi?"

"Takda, I nak balik terus. Why?"

"Kalau macam jom kita keluar makan, dah lama tak dapat me time sejak sejak kena handle project besar ni. Asyik busy je memanjang kan? Why don't harini kita chilling out?"

"Sure boleh jugak, kita pergi makan korean food nak? Ke you tak makan?" Aku terus bersetuju memandangkan aku sedang kelaparan.

"Boleh, I makan je mana mana asalkan kenyang perut dan halal. Kalau macam tu jomla kita gerak sekarang, waktu kerja pun dah habis ni"

"Jom"

Tangan aku mula ligat menutup dan menyusan fail yang berselerak di atas meja kerja. Begitu juga dengan Faiq.

15 minit kemudian Faiq membawa aku ke sebuah cafe yang tidak jauh dari office kami. Cafe yang dinamakan K-Station itu agak santai dan tidak terlalu padat walaupun sekarang adalah waktu orang balik kerja.

Kiranya just nice Faiq pilih cafe ni. Aku ni dahlah tak suka sangat tempat tempat crowded.

Baru sahaja aku memilih tempat duduk, aku terdengar perbualan Faiq dan Uminya di phone.

"Umi harini Faiq balik lambat sikit tau sebab Faiq nak keluar makan dengan kawan jap. Umi ada nak kirim apa-apa tak?"

"Okay Faiq, Umi Abi dengan adik adik pun ingat malam ni nak makan kat luar je. Alang alang nak cari barang Rinna dengan Risya sikit"

"Untung you mesti you rapat kan dengan parents you?" Aku bertanya sebaik Faiq menamatkan talian.

"Rapat lah jugak. Sebab Umi ni jenis yang tegas tapi lovely. Abi pun sama, garang tapi caring. Both of them are my ultimate strength selalu support apa je keputusan yang I buat"

"Hmm i'm so jealous of you because my parents got divorce during I was in form 4. I rarely got time to spend with Ibu dengan Baba. Sebab tu I lagi rapat dengan Opah dengan Atok" ceritaku tanpa dipinta. Aku pun taktahu kenapa aku boleh tiba tiba bercerita kepada Faiq.

Mungkin sebab aku suka tengok cara Faiq bercakap dengan Umi dia tadi. Nampak macam soft spoken gila. Dari situ aku dah boleh agak macam mana hubungan dia dengan family dia.

"To be honest I selalu rasa insecure bila tengok orang yang ada warm family, yang takde family issues, yang mak ayah sangat memahami hmm dahla malas nak nak cakap lebih lebih takut I emo pulak" sambung aku lagi.

Faiq hanya mendengar tanpa mencelah. Tidak pula dia bertanya lebih mungkin dia tak mahu merosakkan mood aku.

"Ala you jangan sedih, kita datang sini nak makan nak happy happy. Apa pun yang you lalui sekarang ni I harap you stay strong okay? Allah takkan uji sesorang tu diluar kemampuan hambanya" pujuk Faiq sambil tersenyum ke arah aku.

YANG TERTULISWhere stories live. Discover now