Image : Supporting cast - Farisya Aileen
AKU bersyukur walaupun aku berkahwin dengan Faiq bukan atas dasar suka sama suka tapi layanan Faiq terhadap aku memang sangat baik. Setakat ni dia paling banyak bersabar dengan perangai rebel aku.
"Baby, jom makan. I dah siap masak" ajak Faiq.
Serasa berdosa pulak aku menipu Faiq tak pandai masak. Sejak masuk kondonya dia sajalah yang memasak.
"Takpa awak duduk je. Biar saya yang cedokkan nasi untuk awak. Kan tadi awak dah masak"
"Baby tak makan oily dengan spicy food kan so harini saya masak chicken soup dengan grilled salmon. Sorry Baby saya taktahu nak masak apa ni je yang terlintas"
"Okay je saya makan je apa awak masak. Asalkan tak pedas dan tak berminyak"
Faiq cuba bingkas bangun sebaik mendengar bunyi loceng.
"Eh takpa takpa awak duduk je, biar saya pergi tengok kat depan" Aku menahan.
Sebaik membuka pinta kelihatan Umi dengan Farisya tercegat di muka pintu.
"Eh Umi, Risya kenapa tak bagitahu nak datang. Jomlah masuk join kami lunch"
"Haa elok juga, ni Umi ada bawak grilled chicken butter dengan butter clamps"
"Baby siapa yang datang tu?"
"Amboi Abang Faiq, happy ye sekarang sejak ada Baby" usik Farisya.
"Lah Umi dengan Risya ke? Jom jom kita lunch sama sama"
"Umi dengan Risya duduk lah dulu kat meja. Ryn nak hidang makanan ni dulu"
"Abang Faiq cover sikit boleh, tengok Kak Ryn macam tak nak lepas"
"Eleh biarlah tengok isteri sendiri jugak bukan tengok orang lain. Dengkilah tu sebab single"
"Ish Umi tengok Abang Faiq ni! Padahal sebelum ni dia pun kemain lama single"
"Dah dah jangan nak gaduh buat malu je Ryn tengok"
"Umi dengan Risya je ke? Rinna tak datang sekali?"
"Macam lah kamu tak kenal adik kamu sorang tu Faiq. Hujung minggu macam ni mana nak letak kat rumah"
"Pergi date dengan Irfan lah tu"
Seketika aku menghidang makanan yang Umi bawak tadi.
"Haa sebelum Umi terlupa, minggu depan Umi Abi Risya dengan Rinna nak pergi majlis kahwin kakak Irfan dekat Melaka. Jadi Umi ingat nak suruh Faiq dengan Ryn balik tidur kat sana tolong tengok tengokkan rumah"
"Berapa hari Umi?"
"3 hari je tu pun kalau kamu tak keberatan. Nak suruh Yasmeen dengan Falique susah pulak sebab asyik kena standby untuk on call je"
"Boleh je Umi, Faiq okay je"
"Haa, Ryn pun tak kisah Umi"
꧁꧁꧂꧂
Perut aku memulas dari tadi. Hujung bulan macam ni mula lah aku start period cramp.
Baru aku teringat sejak arwah Atok dengan Opah takda dah lama aku tak telan ubat. Memang cari nahas kau Ryn.
Macam mana aku boleh terlupa untuk telan ubat ubatan aku. Dah 3 weeks aku tinggal weh.
"Baby kenapa muka pucat ni? Baby okay tak?"
YOU ARE READING
YANG TERTULIS
RomanceSTATUS: COMPLETED RATED: 18+ Berasal dari 'broken family' membuatkan kehidupan seketul Irene Darissa berantakkan. "Irene boleh tak jangan ego? You jangan ingat you sorang je yang ada masalah paling besar dalam dunia ni. Please lah Ryn jangan selfish...