Bab 10

527 62 0
                                    

Aku masuk ke dalam bilik selepas pulang daripada solat tarawih. Aku kongsi bilik dengan Yumna. Ketika aku masuk dalam bilik tu, Yumna jadi gelabah. Macam ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku.

"Yumna? Apa tu?"

Dapat aku lihat Yumna sembunyikan satu kertas.

"Bagi kakak tengok."

Aku mengambil kertas itu daripada tangannya. Yumna hanya menekur lantai.

Surat kebenaran lawatan sambil belajar.
Yuran : rm150

Aku memandang Yumna.

"Kenapa tak cakap dekat kakak pasal hal ni? Kan kakak dah cakap, hal sekolah kena bagitahu kakak."

"Yumna tak nak bebankan kakak. Kan mahal yuran tu. Mana nak dapat duit?"

Sekarang aku pula yang rasa bersalah. Dalam umur Yumna sekarang, tak patut dia fikir kesusahan nak cari duit.

"Yumna, duit boleh cari. Lagipun, lawatan belajar ni kan lambat lagi. Nanti suruh abi tanda tangan borang ni. Minggu depan kakak masukkan duit yuran ni. Okay?"

Secara tiba-tiba, Yumna memeluk aku.

"Terima kasih, kakak."

"Sama-sama, dik."

Aku kena usaha lebih. Kesian Yumna asyik tertinggal kalau ada lawatan kelas.

"Sekarang ni, Yumna kemas beg sekolah lepastu pergi masuk tidur dulu. Kakak nak kemas dapur kejap."

"Okay."

Aku menukar telekung aku dan masuk ke dapur. Dah bersih semuanya. Mesti Yusuf yang kemaskan tadi.

Ketika aku nak keluar daripada dapur, aku dapat lihat Yusuf yang tengah berdiri depan pintu dapur.

"Yusuf."

"Kak."

"Kenapa termenung ni? Okay tak?"

Yusuf tersenyum nipis.

"Okay je cuma Yusuf terfikir macam mana rasanya ada di udara. Mesti tenang kan? Awan je yang jadi pemandangan."

Yusuf memandang ke langit dengan wajah yang penuh berharap. Aku tahu Yusuf teringin sangat nak jadi seorang juruterbang. Tapi keadaan keluarga menyebabkan dia terpaksa membatalkan niatnya. Malah, dia sanggup untuk tak sambung belajar untuk jaga keluarga. Kata Yusuf, aku yang kena belajar supaya umi dan abi bangga.

"Yusuf, kakak janji kalau ada rezeki lebih, kakak akan hantar Yusuf masuk belajar okay?"

"Tak perlu pun, kak. Duit tu boleh guna untuk Yumna dan Yazid. Yusuf okay kalau tak dapat kejar cita-cita Yusuf asalkan Yusuf ada keluarga kita. Tu pun dah cukup, kak."

Aku sedar Yusuf dah banyak tolong keluarga. Walaupun aku yang cari duit, semua tu tiada bandingannya dengan apa yang Yusuf dah lakukan. Dia jaga keluarga ni.

Ya allah, kau permudahkanlah urusan adikku ini.

***

Lepas sahur, aku ke laman dan duduk di tepi longkang. Termenunglah aku kat situ melayan perasaan.

Macam mana aku nak cari duit untuk yuran Yumna? Dahlah yuran tu sama harga dengan ubat-ubat ayah.

"Kau ni termenung je kerjanya."

Lamunan aku mati disebabkan teguran itu. Aku cepat-cepat berdiri dan nak masuk ke dalam.

"Aip! Nak pergi mana?"

✅ Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta Where stories live. Discover now