"Alhamdulillah! Semuanya dah selesai."
Kami semua keluar daripada masjid. Syukurlah semuanya berjalan lancar. Mujur tok imam ada, borang nikah semua dah siap nak main redah je kawin. Yusuf pun tergagap-gagap jugak tadi nak jadi wali aku. Kami bernikah harini dan semuanya sebab Faaeq!
Dia cakap aku nampak cantik sangat apabila memakai baju kurung kepunyaan umi yang serba putih ini. Tu yang dia ajak aku kawin terus. Sengal betul.
"Faaeq, jaga Yusra elok-elok. Ayah tak nak anak perempuan ayah ni sedih sebab Faaeq."
Faaeq merangkul pinggang aku secara tiba-tiba.
Mak aih! Makin berani eh.
"Baik, ayah. Faaeq janji Faaeq akan jaga Yusra macam Faaeq jaga nyawa Faaeq."
"Malam ni nak tidur kat mana? Bilik pengantin mana siap lagi kat rumah tu."
Ibu mula bertanya. Mujurlah tekak aku okay nak sebut ibu dan ayah.
"Faaeq nak bawak lari Yusra boleh?"
"Hah?! Awak nak bawak saya lari? Nak jual saya ke?"
Mereka semua tertawa mendengar respons aku itu. Apa yang kelakar sangat ni?
"Bukan lari tulah, Yusra. Abang Faaeq nak bawak kau pergi special place lah tu."
Ana dah buat muka mengusik.
"Pandai adik abang ni. Bagus."
Faaeq memandang aku kejap sebelum dia memandang ibu dan ayah.
"Boleh kan ibu, ayah? Faaeq tinggal adik-adik Yusra dengan ibu ayah."
"Bolehlah. Apa yang tak bolehnya."
"Yes!"
Faaeq bersorak perlahan. Suka bebenor nampak.
"Jomlah kita balik. Tapi Faaeq dengan Yusra kereta lain okay?"
Faaeq memegang tangan aku.
"Jom!"
Aku hanya mengikut langkah Faaeq.
"Get in, my cute nerdy."
Aku pun masuklah ke dalam kereta. Faaeq juga masuk selepas itu dan terus bertepuk tangan.
Dah kenapa mamat ni?
"Sayang! I cant believe yang kita dah kawin! You're mine now!"
Faaeq memegang tangan aku sebelum dia kucup berkali-kali.
Dia ni kena sampuk setan mana? Mentang-mentanglah setan baru je dilepaskan, boleh pulak dia buat perangai.
Siap panggil aku sayang, cium tangan aku. Aku ni segan lagi tahu tak!
"Awak ni. Malulah saya."
"Nak malu apa? Kita husband and wife dah. Tak happy ke?"
Faaeq memandang aku dengan matanya yang bersinar. Suka betul dah jadi suami aku ni.
"Mestilah saya happy. Tapi saya tetaplah malu. Pemilik nama yang dah berjaya ada tempat dalam hati saya dah jadi milik saya sepenuhnya. Orang gila je tak happy."
"Thank you sayang sebab setuju dengan cadangan gila abang ni. Abang janji yang abang akan jaga sayang sepenuh nyawa abang."
Abang?
Faaeq bahasskan diri dia sebagai abang?
"Abang?"
"Yes! From now on, sayang kena panggil saya, abang. Barulah nampak sweet gitu. Boleh kan, nerdy kesayanganku?"
YOU ARE READING
✅ Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta
Teen Fiction[2nd book of Hanya Series] ♡8 namanya terlalu indah sehingga melekat di fikiranku Dah tahu kisah Ad dan Syai kan? Ni kisah anak mereka pulak. Nur Faaeq Qutzam - Satu-satunya anak Syai dan Ad. Cantik nama tu. Terlalu cantik sampaikan... *** "Nur Faa...