Bab 1

870 76 7
                                    

"YUSRA BINTI AHMAD!"

Mampos! Mentang-mentanglah nama aku ni mudah sangat nak ingat, sekali dengan nama bapak aku disebut.

Aku baru sahaja selamat landing atas tanah lepas panjat tembok universiti.

Kenapa aku panjat?

Sebab sekarang dah pukul 2 pagi. Asrama aku tutup pagar pukul 12. Memang kena panjatlah!

"Alasan apa pulak kali ni? Saya perlukan jawapan yang lebih munasabah!"

Ishlah pakcik ni! Terjerit-jerit tengah-tengah pagi ni.

"Pak Din tak bolehlah jerit-jerit macam ni. Kesian student lain tengah tidur. Suara Pak Din tu dahlah macam siren tsunami. Kuat betul."

Selamba badak je mulut aku berkata-kata.

Klekuk!

"Aduh!"

Aku memegang kepala aku.

"Sakitlah, Pak Din. Makin hari makin sakit setiap kali Pak Din luku kepala saya. Makan besi ke?"

"Memang aku makan besi sebab aku selalu nampak kau duk panjat tembok ni hari-hari. Kalau warden atau dekan kau tahu macam mana, Yusra? Tak takut kena buang universiti ke?"

"Warden dan dekan takkan tahu selagi Pak Din tak bagitahu mereka yang Pak Din selalu nampak saya panjat tembok ni."

Aku tersengih kambing selepas menjawab pertanyaan Pak Din.

"Suka hati kaulah. Aku faham kenapa kau buat macam ni tapi sampai bila? Patutnya kau bagitahu dekan untuk tolong kau."

"Saya okay jelah, Pak Din. Janganlah risau. Saya kan muda dan gagah lagi. Pak Din pergilah balik pondok. Saya nak masuk tidur. Esok kelas saya pukul 9."

"Yalah. Elok-elok jalan naik tangga."

"Bereh, Pak Din."

Aku mengatur langkah masuk ke dalam bilik.

Pak Din tu adalah pengawal yang jaga blok asrama aku pada waktu malam. Dia mungkin sebaya abi atau muda sikit. Aku pun tak pasti. Tapi yang aku pasti Pak Din tu baik orangnya. Macam abi dah. Selalu juga dia pesan kat aku untuk minta bantuan dekan tapi aku tak nak susahkan orang. Aku masih boleh menggunakan tenaga aku.

Aku masuk ke dalam bilik. Mujurlah rakan sebilik aku dah tidur. Niat aku adalah untuk baring terus di atas katil dan tidur memandangkan kelas aku mula awal tapi...

"Bapak banyak baju dorang nak aku basuh."

Haih!

Aku mengeluh sendiri. Lima bakul bhaii baju kotor depan katil aku. Hrm, nak tak nak aku kena basuh juga.

Selesai tukar pakaian, aku mula membasuh baju-baju itu.

***

Aku tersedar daripada tidur aku sebaik sahaja aku mendengar laungan azan subuh.

Aku membuka mata aku. Ish sakit siut! Apesal cerah sangat ni? Baru subuh kan?

Aku melihat jam di telefon pintar aku. Terbeliak mata aku.

Dah 830 pagi!

Patutlah matahari dah naik! Kelas aku dah lah pukul 9!

Ouh, mesti pelik kan kenapa aku cakap azan subuh?

Sebab alarm phone aku adalah azan! Memanglah aku ingat azan subuh!

Huh!

Aku bergegas untuk siapkan diri. Mamposlah mandi P.Ramlee pun asalkan aku mandi.

✅ Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta Where stories live. Discover now