Bab 17

527 72 6
                                    

Jam telefon aku berbunyi menandakan waktu sahur. Aku bangun daripada sofa dan menuju ke arah umi.

"Umi, bangun sahur."

Aku pegang tangan umi tapi...

"Umi? Kenapa tangan umi sejuk sangat ni?"

Aku memegang kaki umi pula. Sejuk juga.

"Umi, bangun. Kenapa umi sejuk ni?"

Aku mendekatkan telinga aku di hidung umi. Tiada nafas yang kedengaran.

"Umi! Bangunlah! Kenapa umi tidur lama sangat ni?"

Aku menggoncang badan umi sebelum pintu bilik rawatan umi dibuka luas.

"Kakak!"

"Yusuf!"

"Abi, kak..."

"Kenapa dengan abi?"

Jantung aku berdegup kencang. Tolonglah...

"Abi dah takde."

Aku terkaku. Aku mengalihkan pandangan aku kepada umi.

"Umi, bangun!"

Yusuf juga mendekati umi.

"Kak, umi pun ke..."

"Tak! Umi dengan abi ada lagi! Panggil doktor. Umi dengan abi tak mungkin tinggalkan kita macam ni."

Yusuf memegang tangan umi.

"Umi..."

***

Urusan kematian umi dan abi diuruskan oleh aunty Ina dan uncle Ad. Aku dan adik-adik aku tak mampu untuk bergerak pun daripada kerusi menunggu. Melihat Yumna dan Yazid sedari tadi menangis membuatkan aku rasa sangat sedih

Aku tidak mampu untuk mengalirkan air mata apabila melihat Yumna dan Yazid menangis di pusara umi dan abi.

Ya allah, engkau telah mengambil dua insan yang paling penting dalam hidup kami. Yumna dan Yazid dah jadi anak yatim piatu. Mampu ke aku nak kuat untuk adik-adik?

Selepas pembacaan talkin, ramai orang pulang meninggalkan kami empat beradik.

"Yazid, Yumna, jom balik."

"Taknak. Adik nak umi. Nak abi."

Kemudian, si kecil ini mengalirkan air mata. Aku memeluk Yazid dan Yumna dengan erat.

"Umi dan abi dah tenang kat sana, sayang. Kita kena selalu doakan umi dan abi. Barulah kita dapat jumpa mereka di syurga."

Ketika itu, Yusuf turut mendakap kami. Ya allah, begitu berat ujian yang engkau berikan pada kami adik-beradik. Tak sempat aku nak ucapkan terima kasih pada umi, pada abi. Mereka ibu bapa yang terbaik, ya allah. Engkau tempatkanlah mereka di syurga.

"Yumna, Yazid."

Pelukan kami dileraikan. Kami memandang ke arah suara itu.

"Jom semua. Kita balik. Esok kita lawat umi dan abi lagi."

Faaeq mendukung Yazid dan memimpin tangan Yumna.

"Aku bawak mereka berdua ni ke kereta dulu."

Faaeq meninggalkan aku dan Yusuf berdua. Ketika itu, air mataku yang aku tahan di depan Yumna dan Yazid tadi mengalir. Yusuf memeluk aku.

"Kakak rindukan umi dan abi, Yusuf."

Yusuf mengusap belakang aku.

"Yusuf pun rindukan umi dan abi, kak. Tapi Allah lebih sayangkan mereka. Allah nak bagi mereka rehat selepas lama berkorban untuk kita. Yusuf janji dengan kakak yang Yusuf akan jaga kita semua. Jaga kakak, jaga Yumna, jaga Yazid. Kita kena kuat, kak. Untuk Yumna dan Yazid. Mesti umi dan abi harapkan kita untuk jaga adik-adik."

✅ Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta Where stories live. Discover now