Bab 18

571 67 4
                                    

"Kakak okay?"

Yusuf menegur aku di yang sedang mengemas dapur. Aku mengerutkan dahi dengan soalan Yusuf.

"Okay jelah. Kenapa?"

"Malam semalam. Firash tu buat hal kan?"

"Ceh! Setakat nak tanya pasal tu, baik tak payah tanya, Yusuf. Kakak okay je. Takde masa nak kesahkan malaun tak guna tu."

Geram betul aku semalam dengan apa yang Firash dengan kawan dia cakap. Sedap mulut je mengata family aku itu ini. Hebat sangat ke dengan harta dunia tu?

"Maaf kak. Semua ni salah Yusuf."

Aku memandang Yusuf. Ha mula dah adik aku ni.

"Maaf apanya? Kan kakak dah cakap. Semua ni bukan salah Yusuf. Menda dah jadi pun. Tak perlu dikesali. Baik sekarang ni kita fikir nak masukkan Yusuf dekat universiti mana."

"Tapi kak, Yusuf--"

Kata-katanya terhenti.

"Apa? Nak Yusuf masuk universiti?"

"Yalah. Buat apa lagi Yusuf ada kat rumah ni? Elok pergi belajar je."

"Kakak! Kejamnya ayat. Bencikan Yusuf sangat ke sampai nak halau Yusuf keluar daripada rumah?"

Aku tertawa kecil dengan respons Yusuf.

"Bukan tulah maksud kakak. Yalah, selama ni Yusuf dah berkorban cita-cita untuk jaga umi dan abi. Cuba Yusuf pandang hikmah pemergian umi dan abi. Banyak hikmahnya. Allah takkan datangkan dan ambil seseorang dalam hidup kita tanpa sebab."

Yusuf terdiam kejap. Mungkin fikirkan apa yang aku cakapkan.

"Tapi kak, tak rasa awal ke? Adik-adik siapa nak jaga?"

"Kakaklah yang jaga. Sem depan kan kakak practical. Duduk rumah je. Yusuf dah boleh sambung belajar tapi kakak tak gesa. Kita pun ada banyak lagi urusan yang belum diselesaikan soal pemergian umi dan abi ni. Kalau Yusuf dah ready nanti, Yusuf bagitahulah kakak. Okay, adikku yang paling hensem?"

Yusuf tertawa dengan pujian yang aku beri itu.

"Okay kak. Nanti Yusuf bagitahu kakak. Erm, kak."

"Apa?"

"Abang Faaeq macam mana?"

Aku tayang muka hairan.

"Kenapa dengan Faaeq?"

"Sampai bila kakak nak biarkan abang Faaeq tergantung tak bertali? Kakak cakap Allah hadirkan dan ambil seseorang dalam hidup kita bersebab."

Amboi, ayat adik aku! Tergantung tak bertali? Ingat aku ni isteri nusyuz yang tinggalkan suami sendirian ke?

"Pandai eh gunakan ayat kakak semula."

"Yusuf tanya je, kak. Lagipun, abang Faaeq tu baik orangnya. Kalau dialah yang jadi pilihan kakak, Yusuf dengan adik-adik suka. Kakak tengoklah cara abang Faaeq layan Yumna dengan Yazid. Sayang betul, layan macam adik sendiri. Susah tau kak nak cari orang yang betul-betul ikhlas sayangkan kita."

Aku memandang Yusuf atas bawah.

"Kenapa kakak pandang Yusuf macam tu?"

"Takdalah. Love doctor kita ni banyak betul bagi nasihat. Bercintanya tidak pun. Adik kakak ni bukannya tak hensem. Segak, tinggi, ada rupa."

"Kak, coach does not play."

Ceh! Perasan betul adik aku ni. Kami sama-sama tertawa dengan kenyataan itu.

✅ Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta Where stories live. Discover now