Ah sudah! Dah kantoi ke?
Geng kayangan Lisa mendekati kami.
"Lisa, kau buat apa duduk dengan si sengal ni?"
Lisa tayang muka malas dengan soalan Gina.
"Aku tengah duduk lepak dengan dialah. Tak nampak ke?"
Membulat mata aku mendengar jawapan Lisa. Hotak dia! Si Lisa ni nak mati kena pukul dengan atuk dia tu ke?
"Sejak bila kau berkawan dengan perempuan ni?"
Kepala aku ditunjal.
"Woi! Tak payahlah tunjal kepala dia macam tu. Kau ni takde hati perut ke hah? Dia pun manusia jugak!"
Lisa tiba-tiba bertindak untuk membela aku. Gina ditolak sehingga terdorong ke belakang. Sudahlah. Lisa memang tak nak berkawan dengan geng kayangan ni lagi ke?
"Lisa!" Gina menjerit.
"Apa?!" Lisa membalas.
"Kau akan menyesal sebab kau pilih perempuan miskin ni!"
"Aku takkan menyesal sebab dialah kawan baik aku dari dulu. Kau dengan geng ni boleh blah! Aku tak pernah suka berkawan dengan korang. Hidup membosankan!"
Lisa menarik tangan aku dan membawa aku berlalu daripada kafe itu.
Selepas aku rasa dah menjauh, aku minta Lisa berhenti.
"Lisa, kau ni kenapa berani sangat? Aku risaulah kalau kau kena rotan lagi dengan atuk kau. Gina kan kenal atuk kau."
"Kau tak payah risaulah. Aku pun memang takkan jumpa dorang dah lepas ni."
Aku mengerutkan dahiku. Kurang faham dengan apa yang Lisa cuba nak sampaikan.
"Maksud kau?"
"Minggu ni minggu terakhir aku dekat Malaysia. Next week aku akan mula menetap dekat Thailand. Atuk aku dah buat keputusan nak menetap kat sana. Aku terpaksa ikut. Sebab tu aku nak habiskan masa seminggu aku kat sini dengan kawan baik aku yang sebetulnya."
"Hah?!"
Aku terkejut dengan apa yang Lisa cakap.
"Kau nak tinggalkan aku ke?"
"Yusra, selama ni pun, dah berapa tahun kita terpisah. Jangan risau. Walaupun aku kat sana, aku tetap akan contact kau. So, this is for you."
Lisa mengeluarkan satu kotak dan memberikannya pada aku.
"Lisa! Apa ni?"
"Takkanlah buta dah."
"Ya aku tahu ni telefon tapi kenapa kau bagi aku?"
"Nak mudah contact lah. Sampai bila kau nak pakai fon samsung lama tu? Sem depan kan dah senior tahun akhir. Mestilah banyak hal yang kau kena buat, kena tahu. Jadi, anggap je ni hadiah daripada aku. Okay?"
Kotak itu diletakkan di tangan aku.
"Lisa, mahal ni."
"Ada aku suruh kau bayar balik ke? Tak kan? Ni hadiah. Aku nak tolong kau ni."
Kotak Samsung Z flip itu aku pandang. Ni beribu punya telefon. Aku takkan mampu nak beli telefon ni kalau aku ikat perut sebulan sekalipun.
"Its okay. Jangan rasa bersalah. Anggap ni hadiah dari aku. Susah tau aku nak balik Malaysia lepas ni."
Aku memeluk Lisa dengan erat. Dia satu-satunya sahabat yang aku ada. Dah lah beberapa tahun lepas aku dengan Lisa dah macam stranger sebab atuk dia yang bengis nak mampos tu. Sekarang ni, dia nak pergi jauh dari aku.
YOU ARE READING
✅ Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta
Novela Juvenil[2nd book of Hanya Series] ♡8 namanya terlalu indah sehingga melekat di fikiranku Dah tahu kisah Ad dan Syai kan? Ni kisah anak mereka pulak. Nur Faaeq Qutzam - Satu-satunya anak Syai dan Ad. Cantik nama tu. Terlalu cantik sampaikan... *** "Nur Faa...