Bab 11

548 66 5
                                    

Sedang aku menguli tepung, Ana menegur aku di dapur.

"Yusra."

"Ya?"

Ana duduk di hadapan aku.

"Kau suka abang Faaeq eh?"

Terbeliak mata aku dengan soalan Ana.

"Awak cakap apa ni?"

"Aku nampaklah cara kau pandang abang Faaeq. Aku ni perempuan jugak tau."

Aku mengeluh sendiri. Kalau aku suka dia sekalipun, dia bukannya suka aku balik. Aku tak layak untuk dia.

"Tak nak try mengorat abang Faaeq ke?"

"Awak cakap apa ni? Saya tak setaraflah dengan dia."

"Oh my! Yusra, zaman bila nak ikut taraf hidup ni kalau nak pilih pilihan hati? Noob gile!"

Amboi sedap dia ni mengatakan aku.

"Kau nak tahu tak? Abang Faaeq tu lelaki paling gentleman yang aku pernah jumpa."

"Memanglah puji dah abang sendiri," kata aku dengan perlahan.

"Dia bukan abang kandung aku tau."

Aku memandang Ana.

"Hah?! Habistu kalau bukan abang kandung, siapa Faaeq dengan awak?"

"Dia abang susuan aku dan ini keluarga angkat aku."

Aku tayang muka blur. Jadi, Ana pun mula bercerita.

"Sebenarnya, aku dengan abang Faaeq ni sebaya je. Abang Faaeq tu anak tunggal sebab lepas ibu pernah gugur empat kali dan melahirkan abang Faaeq, ibu disahkan tak boleh mengandung untuk kesihatan ibu. Aku ni takda mak bapak. Mak aku meninggal masa melahirkan aku. Ibu cakap, masa tu katil aku dengan abang Faaeq sebelah-sebelah. Jadi, ibu susukan aku sementara aku kat hospital. Lepas tu, aku dihantar di rumah anak yatim. Ibu, ayah dan abang Faaeq selalu lawat aku kat sana sampailah umur aku darjah enam. Ibu ayah cakap, mereka ambil aku jadi anak angkat lambat sebab tak nak abang Faaeq terabai. Masa tulah, aku baru diambil jadi anak angkat secara rasmi dan aku tinggal kat rumah nenek. Mula-mula aku tak percaya yang aku dah ada keluarga. Tapi, abang Faaeq selalu cakap kat aku yang dia akan jadi keluarga, peneman dan lawan aku sampai bila-bila."

Aku yang mendengar kisah hidup Ana menjadi sebak. Ternyata, dia sudah tiada keluarga kandung.

"Yusra, aku tahu kau sukakan abang Faaeq. Tak salah pun nak luahkan rasa. Janganlah kau rasa rendah diri sangat. Kau hebatlah, Yusra. Berkorban untuk keluarga. Aku yakin kau perempuan yang paling sesuai dengan Abang Faaeq."

Aku memandang Ana.

"Apa yang buatkan awak yakin sangat saya ni sesuai dengan Faaeq?"

"Entah. Perasaan aku cakap macam tu."

***

Aku terfikirkan perkara tadi. Betul ke aku ni sesuai untuk Faaeq? Tapi kan dia dah reject aku.

"Oi! Termenung je kerjanya. Bekas kuih tak susun lagi."

Lamunan aku mati. Cepat-cepat aku bangun dan menyusun bekas-bekas kuih itu.

Lepas dah susun tu, aku duduk di kerusi. Ketika itu, Faaeq membongkokkan sedikit badannya dan mata kami bertemu.

"Yusra, aku tengok kau banyak termenung. Kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?"

Faaeq memandang tepat ke dalam mataku.

Ah sudah! Kenapa dia pandang aku macam tu? Dia sedar tak aku ni masih ada perasaan pada dia?

Tak sempat aku nak menjawab...

Satu keping kuih bakar dilempar kuat ke arah aku.

"Perempuan tak tahu malu! Dah lah miskin! Murah pulak tu!"

WHAT ON EARTH?!

Aku tak sangka perangai Firash seburuk ni. Dia lempar kuih kat aku? Dasar jantan bodoh!

"Kau siapa nak biadap sangat ni?!"

Dush! Faaeq menumbuk Firash.

Aku dah tak tahu nak buat apa ni. Otak aku macam kena block daripada berfikir.

Firash bangun dan memegang kolar baju Faaeq dan membalas tumbukan itu.

"Habistu kau siapa nak bela dia?!"

Ya allah! Kenapa dorang nak bertumbuk kat sini? Ramai pula tu orang pandang. Tak boleh jadi ni. Aku kena leraikan mereka.

"Faaeq, stop!"

Mujurlah tumbukan terakhir itu tak sempat dilayangkan pada Firash.

Aku mendekati Faaeq.

"Faaeq, dah."

Faaeq menukar pandangannya kepada Firash.

"Kalau sekali lagi kau buat Yusra, mati kau aku kerjakan."

Faaeq terus berlalu daripada situ.

***

"Sakitlah."

"Sorry. Tahan sikit tau."

Aku sapukan ubat pada luka Faaeq.

"Siapa dia?"

Tangan aku terhenti daripada merawat lukanya.

"Yusra, aku tanya. Siapa jantan tak guna tu? Apa hubungan dia dengan kau?"

Faaeq memandang tepat ke dalam mata aku membuatkan aku mengalihkan pandangan aku.

"Yusra..."

Kenapa Faaeq nak tahu sangat pasal Firash ni?

"Dialah orang yang menjadi punca saya tak mampu buka hati saya untuk orang lain."

"Maksud kau?"

Aku memandang Faaeq.

"Awak ingat tak masa saya cakap saya tak sanggup untuk sakiti hati saya lagi? Firash adalah orang pertama yang buat hati saya hancur sehancurnya. Dia orang pertama yang tinggalkan saya sedangkan masa tu, saya anggap dia sebagai dunia saya. Sampaikan saya tak percayakan Yusuf."

"Kau sukakan dia lagi?"

"Rasa apa lagi yang tinggal selepas apa yang dia dah cakap dan buat pada saya? Saya ni hanyalah sekadar anak penoreh getah yang miskin, munafik, kawan dengan dia untuk kepentingan diri dan tak pernah setaraf dengan dia. Itu nilai saya pada dia. Tak cukup dengan tu, dia gelarkan saya perempuan murah dan tak tahu malu. Perasaan saya untuk dia dah lama mati, Faaeq."

Tanpa aku duga, air mata aku mengalir juga. Kenapalah aku masih perlu menangisi lelaki bajingan seperti dia? Memperlakukan semua orang yang tidak berharta sebagai orang yang paling hina sedangkan harta itu hanya bersifat sementara.

Lama sepi diantara kami sebelum...

"Boleh aku jadi orang yang merawat hati kau?"

Aku memandang Faaeq.

"Awak cakap apa ni, Faaeq?"

"Aku nak jadi orang yang ada untuk kau bila kau susah, kau senang. Aku nak jadi orang pertama yang kau akan cari bila kau dalam kesusahan. Aku nak jadi orang pertama untuk kau bila kau perlukan seseorang untuk bercerita. Boleh kan, Yusra?"

Aku memandang Faaeq dengan muka yang tak percaya. Apa yang mamat ni sengal sangat tiba-tiba cakap macam ni?

✅ Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta Where stories live. Discover now