AL FATIHAH aku baca untuk kali ke tiga sebelum hati aku menegur pemiliknya yang tak pernah ada kesedaran diri ni.
"Daripada kau bertenggek kat sini, baik kau naik balik tingkat atas. Sekurang-kurangnya ada pintu keluar walaupun mungkin dah kunci" kata isi hati aku sebelum dibalas oleh otak yang kadangkala tak berguna.
"Tapi kalau dah kunci, tak ke sia sia jugak kalau aku naik?"
"Alah apa salahnya mencuba"
"Salah la. Kalau aku naik atas pastu tengok pintu yang memang dah tau akan berkunci, aku kena patah balik jugak kan? Silap silap terkurung dalam bangunan ni. Dah la sorang sorang pulak tu"
"Yakin ke kau tengah berseorangan?" kata-kata terakhir hati aku buatkan aku mencarut perlahan. Tidak berguna punya hati. Patut la single.
Ah. Sudah la. Aku pergi mana-mana pun semua sama je. Tak ada function pun ke hulu ke hilir dalam bangunan ni. Macam mana pun tetap tak ada pintu keluar kecuali pintu hati aku.
Terus aku bangun dari duduk bertinggung dan betulkan baju dengan bantuan cahaya yang entah datang dari mana.
Wait.
Aku pantas mengangkat kepala sebelum mata dikecilkan memandang ke arah cahaya yang makin mendekat tu.
Aku.. Dah nak mati ke? Ni cahaya syurga ke?
Hoh gurau gurau.
Persoalan aku terjawab bila sebuah kereta putih yang nampak sangat lawa berhenti kat depan aku.
Oh, aku dah jadi Cinderella ke? Ni tikus makmal yang dah bertukar jadi kereta ke? Jenama apa ni? Aku tak layan jenama H- ehehehe.
Tingkap kereta diturunkan lalu kening aku berkerut dengan hebatnya sambil pandang si pemandu.
Ni lahabau mana pulak ni?
"Cik kenapa tak balik lagi?" soal lelaki bertshirt hitam dengan cap tu. Kening diangkat sekali memandang aku.
"Cer encik teka- Ah tak payah lah. Buang masa je. Okey, sebenarnya saya tertekan butang ground floor tadi pastu sampai la kat tempat parking. Nak dijadikan cerita, saya datang kerja ni orang hantar. Maksudnya, tak ada point langsung saya datang sini sebab saya tak ada kenderaan yang nak dipandu, kan?"
Lelaki tu angguk sekali dan aku menyambung.
"Haa sebab tu saya belum balik. Kalau saya tekan lif ni, dan naik atas balik, pintu mesti dah kunci kan? Siapa je yang boleh kerja sini sampai lewat malam? Sedangkan saya yang kerja waktu lunch pun kena denda stayback. Ahh binawe punya boss" jelas aku bersama sedikit kutukan untuk Zafhan.
Lelaki tu diam seketika. Dia pandang phone dia yang diletak kat phone holder sebelum pandang aku balik.
"Ohh.. Umm. Tak apa lah, kalau macam tu-"
Tanpa menunggu dia habiskan ayat, aku terus menggeleng laju. Dalam otak dah dapat agak, mesti dia nak ajak aku tumpang kereta dia en. Tapi ahh taknak aku. Baik aku call Kiah. Dia tu pukul 2 pun belum tentu dah tidur.
YOU ARE READING
Resilience
Random__.SEQUEL OF YOURSELF.__ Aku, Aisya Nabilah yang nub, kembali lepas tujuh tahun menghadap negara 4 musim yang agak menyusahkan. Aku tak patut persoalkan kenapa orang pilih negara sendiri yang berhujan batu, berbanding negara orang yang berhujan emas...