* Kiah's POV *
"HAH? Party malam ni? Series la? Tiba-tiba je kenapa? Mak kau ngandung lagi ke?"
"Alahh nanti lah aku bagitau. Malam ni pukul 8 tau. Kat kafe aku"
"Haa yelah yelah. Make sure ada lelaki hensem kalau tak aku balik. Okey bye" kata aku sebelum letak panggilan dari Ton.
Minah tu tiba-tiba je throw party dah kenapa? Nak kata birthday dia, eh lambat lagi. Takkan malam berinai pulak? Dia dah move on dari Furqan ke? Haritu kemain cerita kat aku lelaki tu datang kafe dengan Farina macam couple terbahagia dalam dunia.
Aku mencebik sebelum ketuk ketuk meja kaunter dengan jari sebab terlalu boring. Customer memang ramai, tapi sorang pun aku tak boleh ngorat sebab yelah, bakal suami orang kot. Karang aku kena lempang sampai cacat naya je. Dah la belum kawin.
Haih. Patut ke aku cari kerja lain? Kerja kat kafe Ton mungkin? Atau kawtim dengan Nab untuk dapatkan kerja kat syarikat bapak dia. Mungkin kat situ ramai lelaki single dan hensem.
Ya aku tau bapak aku ada syarikat jugak, tapi tak best la kerja situ. Nanti orang kata pakai kabel. Pastu berlagak sebab anak pengarah syarikat.
Ehh biarla aku nak berlagak. Bapak aku yang bayar gaji korang en heklahh.
"Lamanya termenung. Pengantin tadi punya baju dah siap ke?"
Aku terus berdiri tegak bila ladyboss tiba-tiba menegur dari belakang. Tadi bukan tengah fitting baju customer ke?
"Dah balik dah pun. Diorang setuju ambik colour cream"
Wanita lingkungan umur 50-an itu mengangguk. Buku ditangannya diselak satu persatu.
"Ma, boleh tak Kira kerja tempat lain?"
Terus tangan wanita tu berhenti menyelak sebelum aku dipandang dengan kening yang terangkat.
"Nak kerja apa?"
"Entah lah. Tapi kerja lain la"
"Dahtu bila nak jadi lawyernya?"
Aku sengih kambing. Alah mama ni, tak rilek lah. Susah kot jadi lawyer tu. Dari aku peningkan otak turun naik mahkamah, baik aku rilek dulu ye dok?
Kadang-kadang terpikir jugak, kenapa aku pilih kerja untuk selesaikan masalah orang sedangkan masalah sendiri pun tak boleh setelkan?
Entahlah abu. Benda dah jadi. Dah grad dah pun. Takkan nak repeat? Ehh tak teringin aku.
"Mama prefer Kira kerja ke kawin dulu?" Soalan tu tiba-tiba keluar dari mulut aku. Entah kenapa rasa macam nak kawin pulak sejak dua tiga hari ni. Banyak sangat hadap pengantin kot.
"Mana-mana pun okey. Tapi seeloknya cari kerja dulu sebagai persediaan kalau apa-apa jadi dalam perkahwinan nanti. Mama bukan doakan tapi persediaan memang kena ada. Simpanan untuk masa depan penting tau. Tak ada la nanti terkapai kapai nak cari duit kalau suami dah buat hal. Tapi insyaallah, mama doakan anak mama dapat suami yang baik"
Aku sengih kambing mendengar kata-kata mama. Panjang betul mukadimahnya. Aku sepatutnya rakam pastu send kat abang Ipan biar dia insaf dan pergi masuk meminang awek dia tu.
"Kenapa Kira tanya macam tu? Dah ada calon ke?"
"Ehhh tak ada lah. Saja je tanya. Kira ni single lagi. Kalau kawan mama ada anak lelaki hensem boleh kenalkan kat Kira. Mana tau lekat"
Mama menggeleng perlahan sebelum meminta diri untuk melihat koleksi baju pengantin yang dijual di sini. Setiap hari mama buat macam tu. Mana tau ada yang terlepas pandang ke, tak ada tag ke.
Tapi sepanjang aku kerja kat sini, tak pernah lagi la jadi macam tu. Pekerja yang berdedikasi katakan.
AKU menghentikan kereta di depan rumah Ton. Minah ni lah, kata nak buat party kat kafe. Sekali dia terlupa, gi balik rumah terus lepas tutup kafe. Bertuah sekali ini anaq.
"Tadi bukan dia kata dah tunggu kat luar ke?" soal Nab kat seat sebelah. Betul la tu. Baru tadi dia call cakap dah tunggu kat luar. Sekarang, rupa tukang kebun pun tak ada kat sini.
Eh lah siapa nak lepak dengan tukang kebun tu pulak hmm.
"Pegi shushu kot"
"Lain kali letak la papan tanda"
"Kan?"
Rilek geng. Kami bergurau. Kau pernah ke nampak papan tanda 'Saya Pergi Kencing' dalam dunia ni? Kalau ada aku pun akan beli untuk letak kat kaunter butik mama.
Tak lama menunggu, kami nampak Ton keluar dari rumah, pakai selipar dan terus berjalan ke arah sini sambil bawak dua kotak putih yang aku tau, kotak pastry dari kafe dia.
Dan disebabkan tangan dia penuh, aku pun keluar untuk tolong dia bukakkan pintu. Mana tau dapat kek lebih.
"Weh weh, tak payah lagi. Aku nak hantar ni kat rumah jiran jap"
Eh?
"Ni order jiran kau ke? Haa pergi la hantar" kata aku dengan sedikit sayu sebab tak boleh makan creampuff dalam kereta. Tak apa, kat kafe karang aku bedal sampai habis.
Ton terus berjalan ke rumah jiran sebelahnya dengan selipar Gucci tu lalu menghilang dalam kegelapan malam.
Tak ada lah. Rumah jiran tu terang benderang gila sekarang. Lagi terang dari lampu menara berkembar Petronas. Banyak kereta pulak tu. Orang tak payah cakap lah. Macam lagi meriah dari kelab malam.
"Ehh dia pergi mana pulak tu?"
Aku toleh belakang pandang Nab yang dah keluar dari kereta dengan muka hairan gila nakhidup.
"Rumah jiran. Hantar creampuff"
"Horr.." dia mengangguk sebelum tongkat dagu dan bersandar kat pintu kereta. Kami teruskan menunggu si Ton yang nak buat party atas sebab yang aku taktau. Aku dah tanya Nab masa on the way datang tadi tapi dia cuma angkat bahu.
Ton makin misteri ya gaes.
Adakah ini memang Ton, atau Tonggas?
Lepas mengarut tak habis selama lima minit, Ton akhirnya keluar dengan muka 'We're dead, bij'.
"Lama siot kau kat rumah jiran. Ada anak hensem ke apa?" aku terus menyoal bila dia berdiri depan aku.
"Nyah, tuan rumah panggil join majlis bertunang anak dia" Ton kibas kibas muka gelabah dia dengan tangan.
"Lah. Habis party tak jadi la ni?" Nab ketuk bumbung kereta aku sekali sebelum tersengih kambing bila aku pandang dia dengan aura membunuh.
"Tapi aku nak creampuff"
"Rumah jiran kan ada jugak creampuff"
"Oh ye la kan. Haa jom lah. Kita kan taktau malu" aku mula melangkah ke rumah jiran lepas kunci pintu kereta sebelum langkah aku terhenti bila teringat sesuatu.
"Wait. Jiran kau-" aku perlahan-lahan toleh ke belakang. Ton dan mengangguk dengan mata yang membulat.
"Furqan.." Nab menyambung ayat aku dengan muka macam baru nampak orang jatuh basikal depan mata.
Hohhh..
June 9 2021
YOU ARE READING
Resilience
Random__.SEQUEL OF YOURSELF.__ Aku, Aisya Nabilah yang nub, kembali lepas tujuh tahun menghadap negara 4 musim yang agak menyusahkan. Aku tak patut persoalkan kenapa orang pilih negara sendiri yang berhujan batu, berbanding negara orang yang berhujan emas...