🍴

162 32 2
                                    

      "SURE dah habis ni? Kang esok baru gelabah nak cari kasut la, tak ada tudung matching la. Perempuan selalu macam tu. Menyampah tengok"  bebel angah sambil bukak pintu kereta dan masuk.

"Amboih. Bini angah pun macam tu jugak nanti"

"Takde, takde. Nanti dia keluar pakai telekung je. Senang. Atas bawah settle"

Hemm.. Perangai tak semenggah betul. Kesian bakal bini dia nanti.

Angah mulakan pemanduan balik rumah lepas seharian keluar cari baju kerja aku HOHOHO. Nampak sangat beli banyak kan? Sampai kena makan malam kat luar.

"Kau dah ready ke nak kerja?" soal angah sebelum pandang aku sekilas sambil tangannya mengetuk stereng mengikut rentak lagu di radio.

"Kenapa tanya macam tu? Bukannya kerja bagi makan buaya pun kan?" aku mencebik dan pandang luar tingkap.

Dah hujan lehsia.. Ada titisan air hujan kat tingkap. Pastu dia bergabung dengan titisan yang lain dan mengalir turun ikut arah graviti. Dan akan mengering bila tibanya matahari dan naik kembali ke atas dan membentuk awan.

Sekian kelas sains ringkas. Entah betul entah tidak ajaran aku ni. Dah lama tinggal benda benda macam ni.

"Masalahnya, bos kau tu yang macam buaya"

"Dia garang ke? Macam acik Aton?" laju aku bertanya bila teringat, dalam ramai ramai orang yang aku pernah jumpa, sorang je yang terpaling garang dan tak ada siapa boleh lawan.

Acik Aton. Makcik yang mengajar aku baca al-Quran waktu darjah 1. Garang dia, tak boleh bawak bincang! Macam mak ayam yang kejar budak sebab ambik anak dia. Along pun takut dengan dia dulu. Dah la taik lalat bawah mata dia tu besar. Makin takut jadinya bila tengok.

"Bos kau lelaki, budak" balas angah dan jeling aku sekilas.

Shirtt.. Aku ingat bos aku perempuan. Baru ingat nak buat geng. Boleh bawang bawang, ajak shopping, dan recommend kat angah.

Tapi kalau dia perempuan pun, mesti dia dah tua kan? Takkan still nak recommend kot? Ghisau.

"Macam buaya, maksudnya, dia playboy ke?" aku teruskan soalan memandangkan angah nampak macam kenal dengan bakal boss aku tu.

Kawan dia ke? Maksudnya boss aku tu muda lah? Sebab aku tak pernah tengok angah ada kawan yang tua tua setakat ni.

"Tak lah. Keras"

"Hah?"

Apa benda yang keras siot? Takkan kulit dia? Manusia ke batu?

"Hati dia. Hati dia keras, Roy.."

"Oh nama dia Roy?"

"Bukan la, pandai. Tak pernah tengok Gila-Gila Remaja ke?"

"Tak"

"Zaman muda kau taklah seseronok yang disangka" angah menggeleng perlahan sebelum tereng kereta dipusingkan ke arah kanan.

"Bell muda lagi, ngah. Zaman Bell semua tengok anime je"

"Tapi dahi kau nampak berlapis" kata-kata angah buatkan aku terus tarik cermin pandang belakang dan belek dahi.

Biar betul?? Balik nanti aku kena pakai masker ah gini. Mana boleh ada kedut. Nanti jodoh aku lari, tak pasal-pasal single sampai along ada cicit.

Taknak aku-

"WOII BELL SETTING BALIK CERMIN WOII!!"

        "BELL"

Aku angkat kepala pandang along yang berdiri kat pintu. Bila tengok balik en, vibe dia macam top dalam story bl..

Tak! Aku tak baca! Kiah. Haa salahkan Kiah! Dia yang ajar aku benda bukan bukan!

ResilienceWhere stories live. Discover now