LAIN kali tolong ingatkan aku untuk tak bercakap benda-benda yang negatif lagi sebab mulut aku dah makin masin sejak makan lobster haritu.
"Aku tak ada tayar spare la"
Aku cuma senyum nipis pada Zafhan yang dah garu kepala sambil tutup bonet belakang kereta dia.
Tayar dia memang betul-betul pecah gais. Masyaallah. Apa aku nak buat kalau dia tau aku yang doakan jadi macam ni?
Mesti kena potong gaji. Tak pun kena buang terus.
Tak, tak. Zafhan tak macam tu.
Tapi boleh jadi jugak.
"Kejap, aku try call mekanik"kata Zafhan sambil keluarkan phone dia dari dalam poket dan mendail nombor seseorang. Aku yang bersandar kat pintu cuma mampu tengok jalan yang kosong.
Dah pukul 1 pagi kot. Apa yang kau expect? Ada boria suka suka tengah jalan? Kalau boria dari cik pohkong mungkin ya.
Haihh.. Aku ni dah la belum makan malam. Kalau belum mandi tu okey lagi, tapi makan is life! Tak mandi, tak mati tapi kalau tak makan, boleh mati kebuluran!
Dan aku penat kerja seharian. Nak balik tidur. Pehlis la. Balik nanti mesti aku keliru nak tidur ke nak makan. Aku tak suka perasaan tu!
"Dalam setengah jam lagi diorang sampai. Kita tunggu jelah kat sini" kata Zafhan sambil bersandar kat sebelah aku. Lengan disilang di dada menampakkan urat tangannya yang aum rawr miaw tu.
Aku okey je dengan moment macam ni, tapi takut jugak kalau dia tiba-tiba terkam aku-
MASYAALLAH TIDAKK. Maksud aku, takut kalau dia nak bincang pasal kami yang tertangguh hal dulu.
Macam mana kalau dia bercadang nak cakap 'Bell, kita lupakan jela apa yang pernah jadi dulu. Anggap je kita tak pernah couple' pastu hulur kad kahwin dia.
JDHDHEJDJ APANII TAKNAKK TAKNAKK
"Bell"
AH SUDAHH LUPA PULAK MULUT AKU DAH MAKIN MASIN JDHDHD ahh padan muka kau, Nab. Lain kali diam jelah. Tak payah pikir macam-macam. Kan dah nak jadi.
"I miss the old us"
Hah kan itu bah dia suda cakap miss-
"Hah?" aku terus pandang Zafhan memandangkan apa yang keluar dari mulutnya tak sama dengan apa yang aku jangkakan.
"Old us, masa kau cakap kau sayangkan aku" sempat Zafhan tarik senyum dan menunduk buatkan aku kat sebelah hampir sesak nafas.
"But its only last for a day, before everything changes. Kita tak sempat pun nak luang masa macam couple lain. Dating and so on" sambung Zafhan lagi tanpa rasa malu padahal aku yang tukang dengar ni bukan main lagi rasa nak meroyan.
"Kalau kau jujur, tak jadi macam ni" tanpa sedar, ayat tu meluncur keluar dari mulut aku. Zafhan terus angkat kepala dan pandang mata aku sedalam-dalamnya
Bang, jangan gitu! Saiya tak sengaja bang! Terlepas cakap JDJFJFHF
"Yeah. Its my fault after all. Sebab tu aku mintak maaf dulu sebelum cakap pasal hal lain masa kita mula-mula jumpa dulu"
Aku terus diam sebab taktau nak cakap apa. Dalam otak aku tengah fikir, Zafhan ni nak teruskan, atau putuskan hubungan tergantung ni? Apa makna di sebalik kata-kata dia?
Pfftt cakap macam kau seorang isteri yang diabaikan suami pulak.
"Aku wonder la kan, kalau kau masih macam tu"
YOU ARE READING
Resilience
Random__.SEQUEL OF YOURSELF.__ Aku, Aisya Nabilah yang nub, kembali lepas tujuh tahun menghadap negara 4 musim yang agak menyusahkan. Aku tak patut persoalkan kenapa orang pilih negara sendiri yang berhujan batu, berbanding negara orang yang berhujan emas...