"BELL, calm yourself and listen to me" Zafhan yang dah berdiri cuba menenangkan aku yang macam pesakit mental cuba cari jalan keluar dari hospital.
Padahal aku cuma melangkah dua kali ke arah pintu. Salah ke? Aku nak pergi tandas kot..
"Bell, please"
Aku hembus nafas kasar. You're being fake again, Nab. Tak payah la nak hiburkan diri sendiri. Pergi tandas konon. Mata pun dah kabur, ada hati nak happy go lucky lagi.
"Stay here, and I will explain to you everything. Every single thing" Zafhan yang dah mula melangkah ke arah aku buatkan aku gelabah teruk. Sebijik macam masa aku tercakar dia dulu.
Jadi apa yang kau patut buat, Nab? Run of course. Or he will see your tears.
"I'm sorry, sir. I resign" terus aku berlari keluar dari bilik yang hareudang PANAS PANAS PANASSSSS UUUUUU tu.
Balik rumah tengok sinetron Indo lagi best.
Tapi tulah, siapa nak ambik aku? Ehh budu lah Nab! Tu lah kau, bertindak tak berfikir dulu. Hah kan, dah makan diri. Orang makan kek, kau makan diri.
Dah lah. Pergi cafe jelah macam ni.
Aku terus keluar dari bangunan yang tak bagi aku moment yang baik untuk hari pertama bekerja tu lepas membebel sorang sorang.
Bangunan sebelah ialah hotel lima bintang yang baru masuk tv minggu lepas. Dan sebelah hotel tu pulak ada cafe.
Asteria Cafe.
BUNYI loceng yang kedengaran tiba-tiba lepas pintu dibukak agak mengejutkan aku. Nasib baik tak melatah.
Pintu kaca ditutup kembali dan aku terus menuju ke kaunter.
"Welcome to Asteria Cafe. May I take your order?"
"I nak order you boleh?"
"Aww really? So sweet of you.." perempuan tu tersenyum sebelum menyambung.
"But you can't. Kami cuma jual donut, cakes, sweets, and coffee. There's no Tunku Ayana in menu"
Aku mencebik sebelum ambik menu atas kaunter dan diselak-selak.
"Kau buat apa area sini? Pakai pun macam baju kerja pejabat je. Tapi mana ada orang balik kerja pukul 9. Dan bila masa kau kerja?" soal Ton sambil pandang aku atas bawah.
Tangan aku masih tak berhenti selak menu sebab malas nak jawab soalan dia. Atau lebih tepat, malas nak bercakap pasal lelaki tu.
"Hoii aku tanya ni!"
"Blehh blehh blehh. Ton, nak cake baru launch tu. Two pieces. With hot chocolate. Thanks" aku terus duduk kat meja tepi dinding tanpa bercakap panjang. Muka tak puas hati Ton turut dibiarkan.
Sekarang ni, apa aku nak cakap kat papa bila dia dapat tau yang aku resign tadi?
Aku dapat offer kat oversea? Atau dapat boss yang terlalu hensem sampai tak mampu fokus?
EHH BUDU NAB TAKKAN NAK CAKAP CAMTU PULAK? NAK MAMPOS AWAL??
Tapi bila difikirkan balik, makin hensem eh Zafhan. Dia tinggi gila masa berdiri tadi! Muka dia pun clean teroks tambah pulak pakai coat dengan tie. Fuuuhh! Menggoda bethol-
Wait, apa aku pikir ni? Bukan ke aku patut sedih, and disappointed on him sebab kejadian dulu?
Lah buduh Nab. Sia-sia move on.
"Nah, menu baru. Two pieces of Lust Lemon cake. Take a bite. Kau orang first yang rasa kek ni" Ton datang dan letak pinggan berbentuk segi empat depan aku yang berisi dua potong kek lemon yang baunya bukan main wangi lagi.
Ayat orang first tu buat aku bangga. Kembang hidung wehhh! Memang dah takdir untuk aku datang dan pesan kek yang baru keluar harini ni. First customer pulak tu.
Satu sudu penuh kek disuap dan rasa dia terus mengalir ke seluruh anak tekak aku walaupun belum sempat dikunyah.
"Omaigod Ton! Sedap gila bapok! Perghh rasa dia menyerap bhai! Nice gila!" berbakul-bakul pujian aku lempar ke muka Ton dengan harapan dia takkan kembang.
Tapi ternyata dia kembang jugak. Hmm tak apa lah. Sekali je kita biar dia kembang dengan tenang.
"Ohohohoo.. Of course. Tengok la siapa punya kedai"
"Kakak kau"
"Aishh! Kan hakmilik bersama" Ton jeling aku tak puas hati. Dia terdiam lama sebelum akhirnya pandang aku dengan muka yang serius.
"Umm.. Nab"
Aku cuma angkat kening. Suapan kek sedap tu diteruskan sampai tinggal separuh, tak sampai lima minit.
"Kau.. Ada jumpa Zafhan tak?"
"UHUKK UHUKK!! WOI AIRR! NAK AIR UHUUKK!!"
Ton terus gelabah kambing macam cari pin tudung tak jumpa melihar aku yang macam nak kena tarik nyawa.
"Air? Air! Wehh air kau!" sepantas The Flash, dia terus lari pergi dapur. Aku kat sini cuma mampu tahan sakit tekak. Cepat la Tonggas woii aku nak mati dah ni!
"Nahh nah ambik air kosong dulu!"
Gelas ditangan Ton aku tarik kasar dan terus minum sampai habis sebelum nafas dihela kasar.
"Heishh kau ni. Ingatkan malam ni aku dah kena pergi majlis tahlil untuk kau" Ton tongkat dagu pandang aku yang dah terkulai atas meja.
"Kau la! Yang tiba-tiba bukak cerita pasal lelaki tu dah kenapa?" gelas aku hentak atas meja sambil ketap gigi tahan geram.
"Hehe.. Bukan apa, haritu en.. Furqan ada datang sini"
"Furqan? Furqan lidi bin Ahmad Zabawi?"
"Uhuh. Dia.. Datang dengan Farina"
"Farina The Vavi??"
"Absolutely correction"
Aku terus letak balik sudu. Ingat nak sambung makan, tapi mana tau kejap lagi ada berita tergempar lagi. Aku taknak tersedak kali kedua. Perit weh!
"Cer citer cer citer"
"Ok. Ceritanya bermula begini. Tunku Ayana adalah seorang gadis yang sangat cantik dan bijak pandai. Beliau bekerja di kafe yang ditubuhkan bersama kakaknya. Pada suatu hari.."
13 September 2020
Next chap is Ton's POV okay.
YOU ARE READING
Resilience
Random__.SEQUEL OF YOURSELF.__ Aku, Aisya Nabilah yang nub, kembali lepas tujuh tahun menghadap negara 4 musim yang agak menyusahkan. Aku tak patut persoalkan kenapa orang pilih negara sendiri yang berhujan batu, berbanding negara orang yang berhujan emas...