LEPAS kejadian yang menerangkan segalanya tu berlaku, aku cuba untuk husnudzon dan ikut dia masuk pejabat balik. Ada la jugak rasa malu kat pekerja yang mejanya dekat dengan bilik CEO tu.
Ai keluar bilik nangis-nangis pastu datang dengan boss yuollss! Siapa je tak bergosip? Kalau makcik cleaner nampak pun dia suspicious.
Tapi aku masih ragu-ragu dengan Zafhan tanpa sebab. Aku pun taktau kenapa. Mungkin otak aku biol lepas jumpa balik bekas pakwe zaman sekolah dulu.
Oh yelah, kitorang tak break pun kan sebab dia main blah gitu je. Jadi patut ke dipanggil bekas pakwe?
Ahh biarla dia Nab. Yang lepas biarlah lepas. Dia ada alasan kukuh kan?
Ehlahh boleh je kot dia wasap aku. Furqan pun boleh tolong bagitau apa? Saja nak buat drama en ko, Zaf.
Apa-apapun, setakat ni aku nampak Zafhan dah tak broken sangat pasal kejadian yang menimpa mak ayah dia. Mesti dia aplikasikan kata-kata hikmat pak Kodi iaitu HIDUP MESTI TERUS yang orang tua tu bagi sebelum pindah sekolah tu.
Baru aku nak bukak fail yang ada atas meja, satu tangan mengetuk meja aku dari tepi.
"Umm.. Cik Aisya, right? Boss panggil you suruh ke bilik dia right now" kata erempuan tu sambil pandang aku semacam. Macam baru lepas beli cendol tak bayar pastu terus lari balik rumah.
"Oh, ok" malas nak cakap banyak, aku terus bangun pergi bilik CEO dah yang jadi latar tempat drama Melayu tak sebabak tadi.
Pintu diketuk dua kali tapi tak berjawab. Gais, patutnya dia cakap 'masuk' macam drama Melayu kan? Tapi kenapa dia tak cakap pun? Pastu sekarang aku nak masuk ke tak? Atau dia lupa skrip?
Pintu yang tiba-tiba terbuka dari dalam buatkan roh aku terbang selama lima detik. Muka tak payah cakap la. Mesti macam tenuk teran tinja.
"Masuk"
Satu perkataan. Cuma satu perkataan dia keluarkan sebelum duduk kembali dan membiarkan pintu terbuka.
KENAPA DIA TAK CAKAP DARI TADI?? MACAM LA AKU TAK BOLEH DENGAR! INGAT AKU PEKAK SANGAT KE??
Disebabkan aku malas nak bukak gelanggang gusti waktu pagi macam ni, aku terus masuk ke bilik lelaki tu sebelum satu bau yang mengancam melalui ruang pernafasan aku.
Macam..
Bau perfume mahal. Yang maskulin, dan kalau sekali bau kita terus teringat benda-benda yang mewah macam emas, permata dan cincin Tiffany N.Co gitu haa.
Sembang lah kau. Entah entah dia pakai AmbiPur je.
"Have a seat, miss Bella" arah Zafhan sambil depakan sebelah tangannya menyuruh aku duduk kat kerusi yang tersedia depan meja dia. Alah, pernah kan tengok drama Melayu. Mesti tau.
Sebab drama Melayu tak pernah ada kerja lain selain CEO. Sebab tu aku pun Melayu.
Dan disebabkan aku Melayu jugak la, aku tipu kata tak ada dua puluh sen kat akak cashier.
Untuk kali ketiga, aku kata aku taknak cakap banyak tapi aku cakap banyak jugak. Penat lah gini.
Aku terus duduk atas kerusi kulit dalam bilik ni dan mula merasakan bontot aku dalam keadaan yang sangat selesa.
Wah.. Patut ke aku mula merancang cara-cara pecah masuk bilik dia nanti untuk curi kerusi ni? Atau nego harga kerusi ni dengan dia?
"So, miss Bella. As you know, kerja awak kat sini ialah sebagai marketing director, right?"
Aku cuma mengangguk sambil memandang mejanya yang penuh dengan kertas yang tersusun rapi.
Nampaknya, lelaki ni jenis yang tak campur urusan peribadi dengan keja. Nice. Ni la sikap bos yang kita mahukan! SUPAYA NEGARA LEBIH APA??
LEBIH MAJUUU!!
"Tapi, saya dah buat perbincangan dengan beberapa orang atasan tadi. Mereka bersetuju untuk jadikan awak.." ayat Zafhan terhenti seketika. Sempat dia menghela nafas panjang buatkan jantung aku mula dubdab dubdab. Rasanya dahi aku pun dah berpeluh walaupun suhu aircon dalam ni mencecah 18°.
Diorang nak jadikan aku cleaner ke? Jangan cakap mimpi aku jadi kenyataan?? Mimpi tu kan sepatutnya mainan setan je! Mana boleh jadi mainan aku melainkan aku setan!
"My personal assistant"
Fuhh.. Hampir je aku nak pura-pura pengsan. Ingatkan apa lah tadi.
Wait. Apa benda tadi?
"Kenapa Jack mati?"
"Hah?"
"Ehh tak tak. Kenapa saya kena jadi PA encik Adriz sedangkan saya dah penat-penat belajar untuk jadi marketing director?" aku pandang muka dia penuh tak puas hati. Jadi PA tu boleh makan lobster hari-hari ke??
"Cause I'm your employer. And you, kena dengar cakap I selagi kontrak you dengan syarikat ni belum tamat" Penuh tegas, Zafhan berkata buat aku kecut perut.
Bapak garang eh dia sekarang. Tatut titew.
Tapi tulah, sia-sia je aku recap balik apa yang aku belajar dulu sebelum masuk kerja. Tup tup kena jadi jadual dan pak turut mamat ni.
Bedebah betul.
"Macam mana sekalipun, you kena setuju jugak. Tapi I still nak tanya. Do you agree?"
Sekali lagi aku pandang muka lelaki hensem ni. Kalau dah tau jawapannya nak tanya banyak-banyak kali dah kenapa? Saja nak mencabar kesabaran aku?
Walaupun marah, aku tetap tak berani melawan dia. Kang dia report kat papa, mati kering aku.
Jadi aku cuma angguk. Nak mogok ah harini. Aku tak nak habiskan stok suara aku untuk bercakap dengan dia.
Yaa bagus Nab.. Baguss!!
"Serius?"
Aku angguk lagi. Bayangkan kalau aku geleng. Mesti kerusi ni kena campak keluar ikut tingkap besar yang menampakkan bangunan KLCC tu kan?
"Tapi gaji PA berapa?" tanpa sedar, soalan tu meluncur keluar dari mulut aku sebab mulut kan memang selalu mengkhianati tuannya.
"Well.. Kenapa tak tunggu hujung bulan je?"
"I need to know"
"Why?"
"Cukup tak buat makan lobster hari-hari?"
Zafhan terus terdiam sebelum tangannya naik menekup mulut untuk tahan gelak. Kening pun dah berkerut teruk.
Nak gelak tu gelak jelah. Tak payah la nak buat muka beruk sembelit.
"Setakat lobster tu, aku pun boleh beli lah, Bell. Just name it"
Hek alahh dia ni nak berlagak lak eh. Tengok la gaji kau berapa, gaji aku berapa. Macam enggang dengan pipit! Langit dengan bumi! Kipas dengan aircond!
"Lagipun tak elok makan lobster hari-hari" sambungnya sambil bersandar pada kerusi dan menutup mata.
Nak tido ke bang?
"Apasal pulak?"
"Don't ask me, Bell. I'm not a doctor" balas Zafhan yang masih menutup mata.
Cehh mamat ni. Cakap besar. Tunggu la dapat gaji nanti, aku tunjuk lobster depan dia.
Walaupun gaji dia siap boleh beli motor Kawasaki lagi.
Bukan kata Kawasaki, BMW pun boleh bayar cash.
Hmm tak jadilah nak menunjuk.
"So.. Welcome to Acacia Corporation, miss Aisya Nabilah, personal assistant of Mr. Zafhan Adriz"
20 September 2020
YOU ARE READING
Resilience
Random__.SEQUEL OF YOURSELF.__ Aku, Aisya Nabilah yang nub, kembali lepas tujuh tahun menghadap negara 4 musim yang agak menyusahkan. Aku tak patut persoalkan kenapa orang pilih negara sendiri yang berhujan batu, berbanding negara orang yang berhujan emas...