"MAKSUD kau, dia memang tau Zafhan kat mana selama ni?"
"Haah"
"Eiii hanatnya.."
"Hanat lagi pakwe kau"
Aku tampar bahu Ton kuat. Ada ke pulak dia pakwe aku. Entah-entah dah kawin, ada anak bagai.
Hemm.. Macam mana kalau dia memang dah ada anak? Wahh wahh. Akan gue culik anaknya dan kasitau segala perangai buruk bapaknya semasa zaman sekolah! WAHAHAHAHA!!
"Tapi kan wei.. Longlast jugak eh dia dengan Farina tu. Dari zaman sekolah lagi. Since form 3 pulak tu" kata Ton sebelum mencebik. Tangan menongkat dagu di atas meja.
"Kau jeles ke? Cari la pakwe sorang. Tu, Afiq Sirhan tu pun ada. Taknak? Boleh tahan jugak muka dia" aku tunjuk Afiq, sepupu Ton yang tengah jaga kaunter sambil main game tu.
"Kau biar betul Nab? Budak tu baru habis sekolah kot. Tengah tunggu result SPM pulak tu"
"Kau tu tua sangat ke? Baru 24 kot. Chill la" Aku buat muka menyampah. Suapan terakhir kek dimasukkan ke dalam mulut.
"24 dengan 18 tu kau tau beza berapa tahun? Tau? Aku tak tau, malas kira. Sekarang ni kau nak bertenggek kat sini sampai pukul berapa? Aku banyak customer ni" bebel Ton sambil tolak tolak kaki aku dari bawah meja.
Cibes punya Ton. Kau halau aku eh?. Haritu kemain suruh datang hari-hari support kawan. Takpeee takpeee..
"Yelah yelah. Kang marah pulak boss aku" aku jeling dia sekilas sebelum bangun dan menuju ke kaunter untuk bayar.
Apa kau ingat Ton nak belanja? Hahh berangan jelah.
"Ehh kau dah kerja ke? Kat mana?"
Soalan Ton aku abaikan. Tadi suruh aku blah cepat-cepat kan? Hah cakap la kau sorang sorang.
"Fiqah, kira. Kek Lemon Tornado ke apa entah namanya yang baru launch tu dengan- heii Ton! Hot chocolate aku kau tak bagi eh tadi?!" aku cekak pinggang memandang Ton kat belakang yang tersengih badak.
"Haah laaa lupa.. Time kau tersedak tadi aku memang nak bagi air tu, tapi kau dah la order hot chocolate. Kang aku hulur jugak pastu kau terus minum, mau menggelupur kau kat sini" balasan Ton yang nampak logik tu buatkan aku tak mampu melawan. Afiq yang clueless kat kaunter dipandang kembali.
"Mana ada Lemon Tornado, Aisya. Yang baru launch tu Lemon Lust laa"
"Apa-apa jelah. Two pieces"
Terus Afiq tekan mesin simpan duit tu. Lepas bayar dan ambik resit, aku terus cau dari situ diiringi pandangan dari Ton si tong gas.
Dah breakfast, baru la kita boleh mulakan hari dengan tenang, tak gitu?
Ehh tapi kan, aku nak pergi mana eh? Kang aku balik pejabat, kena perli pulak dengan orang tu. Kata nak resign tapi datang pejabat balik buat apa? Macam jilat ludah sendiri pulak kan?
Kalau nak balik rumah, aku nak naik apa? Lagipun kalau aku balik, mesti aku akan dapat peluru soalan bertubi-tubi dari papa. Mentang-mentang la dah tak kerja, menempek kat rumah je kerjanya. Cuba la pergi main golf macam dato datin yang lain. Aihh..
Makin besar, makin banyak pulak masalah dalam hidup aku ni. Tiba-tiba rasa macam nak kembali masa zaman sekolah. Sawit lebih lebih sikit dengan Zafhan, pastu ikat dia kat tiang elektrik biar tak boleh hilang macam dulu.
Baru aku pandang ke arah kanan untuk tengok 7E, lelaki kat hujung jalan yang tengah menuju ke arah sini mengejutkan organ-organ dalaman aku.
Bro whatdahell??
YOU ARE READING
Resilience
Random__.SEQUEL OF YOURSELF.__ Aku, Aisya Nabilah yang nub, kembali lepas tujuh tahun menghadap negara 4 musim yang agak menyusahkan. Aku tak patut persoalkan kenapa orang pilih negara sendiri yang berhujan batu, berbanding negara orang yang berhujan emas...