🙊

139 30 0
                                    

      SEMINGGU berlalu sejak aku memulakan kerjaya sebagai seorang pak turut di syarikat anak kepada bekas bapak mertua aku.

Seronok? Kinda. Kalau dia outstation, dia kena bawak aku atas sebab bekerja. Tapi setakat ni belum outstation lagi lah.

Menyampah? Pun ya. Kadang-kadang pagi-pagi buta pukul 3 pagi pun dia akan call aku tanya pasal mesyuarat and so on.

Kau jangan sampai aku santau biar tak boleh bangun, Zafhan. Terseksa kau nanti.

So yeah. Sekarang di sini lah aku. Mencatat segala benda yang Zafhan dan klien-kliennya tengah bincang.

Katanya ada nak buat cawangan baru bagai. Entah lah. Aku pun tak faham. Bidang aku bukannya pasal benda alah ni.

Tapi nak buat macam mana, dah termasuk kandang harimau. Kena la jadi harimau.

"So, we're done here. Thanks for your views and suggestions, Mr. Adriz. You're just like your father" Salah seorang klien yang duduk di sebelah Zafhan menepuk bahunya lepas mereka bangun dan bersalaman.

Dah habis ke?

ALHAMDULILLAH!! Lenguh tangan aku menulis dari tadi weh. Nasib baik tulis. Kalau kena type? Dengan nak tekan backspace nya lagi kalau salah. Pastu kalau laptop tiba-tiba hang..

Malapetaka namanya.

Beberapa orang beransur keluar meninggalkan aku yang masih membebel dari tadi.

Susah lah. Nak bebel pun kena diam-diam. Tak masyukk ah gitu!

"Bell, I want all the minit mesyuarat after lunch. I've got to go now. And maybe I'll be back on 3" tak menunggu lama, Zafhan terus keluar meninggalkan aku sorang-sorang dalam bilik mesyuarat yang bersepah dengan kerusi yang tak disorong masuk bawah meja balik ni.

Dasar klien tak beradap. Datang tempat orang, buat la perangai elok-elok. Ingat kau kaya, semua benda orang kena buat untuk kau lah?

Waklu.

Malas nak berlama kat bilik mesyuarat tu, aku terus kemas meja. Air mineral yang tak digunakan aku letak balik dalam peti ais mini atas almari fail paras pinggang. Kerusi disorong masuk bawah meja. Aircond ditutup dan aku terus keluar dari bilik tu.

So profesional.

Mungkin perasaan aku je atau Zafhan memang tak ambik peduli pasal hal kami yang tertangguh dulu.

Kalau ya, dia memang bahbi.


       "KAU yakin ke?"

"100% sure"

"Hmm.." Kiah bersandar pada kerusi kulit yang didudukinya sambil tangan diletak di dagu.

"Suspicious yet mysterious.."

"Kau tak try tanya pekerja lama kat situ ke? Mana tau, anak bini dia pernah datang ataupun dia ada bawak pergi event" cadang Ton sambil angkat kening. Tu ayat pertama dia sejak mulakan suapan lima belas minit yang lalu.

Tak berhenti suap wehh!

"Tak pun, kau tanya PA dia. PA kan kena tau semua benda"

"Must know everything, huh? Alamat dia pun aku taktau" aku jeling ke atas. Atap restoran VSphere yang suci murni dari segala keburukan habuk.

"Ohh yelah. Kau kan PA dia. Pfftt lupa pulak aku" Kiah geleng kepala mengenangkan kebodohannya itu.

Tak, aku sebenarnya baru lepas tanya diorang, apa nak buat kalau terrrrjadi pekerja kat syarikat crush lama. Patut ke aku mengorat dia balik? Tapi aku takut dia dah kawin, haa gitu.

"Jadi.. Kalau dia betul-betul dah kawin.. Apa kau nak buat?" Ton berkata sambil tangannya cuba mencapai tisu di dalam kotak yang berhias cantik.

"Sihir dia pakai minyak pengasih sampai dia ceraikan bini dia pastu kawin dengan aku"

"Ha ha ha.. Gelak sikit, Ton. Kelakar siell.." Kiah gelak hambar sambil menyiku tangan Ton yang cuba mencapai tisu buatkan tangannya tertolak gelas jus epal yang mana membuatkan gelas tu tersembam mencium meja.

Air mengalir sampai ke lantai.

Tuan kedai tepuk dahi.

Aku sepak kaki Kiah.

Lahanat.

  
       LEPAS lunch dengan dua ekor monyet Sumatera, aku masuk pejabat dan settle kan minit mesyuarat yang Zafhan mintak tadi.

Walaupun part last aku tak fokus, ahh pandai-pandai la tambah sendiri.

Hmm.. Zafhan patutnya menyesal ambik aku sebagai PA dia. Tak berkaliber langsung.

"Miss Aisya"

Kepala aku yang sibuk memandang skrin laptop dari tadi diangkat memandang perempuan yang bagitau aku Zafhan nak jumpa haritu.

Yang pandang aku atas bawah tu la. Walaupun meja dia sebelah aku, tak pernah lagi la kitorang bersembang kencang setakat ni.

"Yes?"

"Boss cakap apa kat kau haritu?"

Eh eh pompuan ni. Kepoci benar. Tadi bukan main miss miss bagai. Fake bethol you.

"Dia suruh aku jadi PA dia"

"What the frog? Are you serious? Boss tak pernah ada PA tau sebelum ni" kata perempuan tu dengan riak terkejut, macam baru dapat tau mak dia mengandung lagi.

"Jadi..?"

"Kau buat apa sampai dia ubah fikiran ni?"

"Bagi nasik kangkang"

"HAAHHH??"

"Gurau bro. Chillax. Aku schoolmate dia dulu. Classmate to be honest"

Tak dilupakan, deskmate sekali.

"Ohh. Yang private ke kat kampung tu?"

Aku terus mengerut kening. Dia.. Ada stalk IG Zafhan ke? Eh tapi dia dah deactivate account tu kan?

Ke aku kena block?

"Mana kau tau?"

"Alahh kat Google sana banyak information pasal Encik Adriz. Dari nama tadika, sampai la nama kucingsss dia" balas perempuan tu tenang tanpa menyedari curiosity aku yang meninggi ni.

Rancak betul la minah ni sembang. Kalau aku ni pembunuh bersiri a.k.a seriel killer, memang aku aim dia dulu.

Tapi kata-kata dia dah bagi aku satu information yang sangat berguna.

Google.

Nice.

3 Oktober 2020

ResilienceWhere stories live. Discover now