* Nab's POV *
"Hek elah aku ingatkan dia yang bertunang"
"Tu lah. Sia sia je gelabah" Kiah turut bersetuju dengan aku. Air dalam cawan diminum sebelum dia hentak ke atas meja. Muka masamnya yang tak lawa malah seperti tapir kekejangan ditunjuk.
"Aku bukan gelabah pasal dia bertunang.." Ton main tangan sendiri atas meja. Sesekali dia pandang kiri kanan macam ada pembunuh bersiri tengah target dia.
"Dahtu?"
"Masa dia datang kafe pagi tadi, aku tuduh dia dengan Farina tu couple. So malu lah aku. Nampak macam budak bodo buta IT katak bawah tempurung kaki bangku etc. yang tak ambik tau hal sekeliling"
"Lahh kau taktau ke? Obvious kot, salah sorang je dari parent diorang datang setiap kali mesyuarat PIBG as wakil for both of them"
Kami angkat kepala pandang seorang lelaki yang tiba-tiba menyibuk dan baru duduk atas kerusi kosong kat meja ni.
"Kau buat apa kat sini?!" Kiah dan Ton menjerit bersama dengan muka terkejut yang tak mampu dijelaskan.
"Lah, dah Furqan jemput. Aku datang la"
"T- tapi- Nab.."
"Yo" aku angkat kening pandang Kiah. Dia ni dah macam baru lepas nampak hantu niang rapik. Tapi tak ada pulak salasilah mengatakan hantu niang rapik ni ada keturunan yang goodlooking.
"Kau tak terkejut ke?" soal Ton dengan jari yang diketarkan sendiri. Tak layak jadi pelakon betul la dia ni.
"Kau mesti lagi terkejut kalau aku bagitau dia ni boss aku" aku sempat jeling Zafhan sekilas. Lelaki tu pakai kemeja putih tapi lain sikit dari yang dia pakai kat tempat kerja tadi. Dah balik mandi la kot.
Nasib baik aku pun mandi tadi. Kalau ikutkan memang balik kerja tu nak pergi kafe Ton terus tapi Kiah beria nak datang ambik aku kat rumah. Kalau tak, mesti aku kena kutuk sebab balik kerja tak mandi dulu.
"WTF?!"
"SEJAK BILA KAU KERJA?!"
"KAU KERJA APA NYAHH??!"
"Oih oih. Apa bising bising nih?" sampuk si katak Furqan yang berkemeja kotak hitam putih dari belakang kerusi Ton. Beberapa orang lelaki yang tak dijemput turut datang menyemakkan suasana.
Itu ya ahmad, muka-muka yang aku langsung dah tak nampak sejak habis form 5 dulu. Makin matang dan hensem semuanya.
Lah semua nak hensem. Apa budak-budak hensem dalam dunia ni semua wajib masuk kelas aku ke? Kepoci.
"Yo Zafhan. Long time no see ya, brother" Yusuf Al-Zaryn yang pernah menjadi saksi cinta aku dan Zafhan merapat dan bersalaman dengan lelaki tu.
Okey tak, maksud aku, saksi aku cakar muka Zafhan masa hari sukan dulu.
Tak boleh gurau sikit hem.
"Kau gebang apa, Sop. Kita baru terjumpa minggu lepas kat Tiffany & Co"
Terus kedua-dua lelaki tu gelak tak ingat dunia. Tah apa benda yang lawak entah sedangkan aku kat sini berperah otak fikir kenapa Zafhan pergi Tiffany & Co.
TIFFANY & CO BRO. DALAM ERTI KATA LAIN KEDAI YANG SESUAI UNTUK KO CARI CINCIN KAWIN.
Kalau Yusuf yang pergi tu, aku faham la. Haritu Kiah bagitau aku lelaki tu dah nak kawin sebab viral kat IG, dia bertunang dengan anak bangsawan Johor.
Amboih mamat tu. Advance betul.
Tak, sekarang ni kan, KENAPA ZAFHAN PERGI TIFFANY & CO?? ANYONE??
YOU ARE READING
Resilience
Random__.SEQUEL OF YOURSELF.__ Aku, Aisya Nabilah yang nub, kembali lepas tujuh tahun menghadap negara 4 musim yang agak menyusahkan. Aku tak patut persoalkan kenapa orang pilih negara sendiri yang berhujan batu, berbanding negara orang yang berhujan emas...