*Kiah's POV
"Mommehh, kenapa baju ni ada kat sini?" aku menyoal mama sambil memegang sehelai baju melayu yang elok tersangkut. Putih berseri, memang tema yang sesuai untuk akad nikah.
Tapi boleh tak aku akad nikah nanti pakai kimono? Biar nampak rare di mata makcik-makcik onion.
Dia nak kecam? Apa susah. Aku halau je la. Bukannya aku kawin dengan laki dia pun.
"Kejap lagi ada orang datang nak ambik baju tu. Mama keluarkan la siap siap. Nanti Kira bagi kat dia eh? Baju tu atas nama Datin Hasna"
Aku cuma mengangguk faham. Itulah, orang sekarang semua nak kawin, kawin dan kawin. Semua orang ada pakwe, semua orang nak bertunang, semua orang ada majlis itu majlis ini.
Aku? Berangan kat butik sorang-sorang. Kadang-kadang bergelimpangan atas katil yang penuh dengan plastik jajan.
"Mama nak pergi hantar ni dulu kat rumah Cik Fatimah. Kira jaga butik eh" sempat mama berpesan sebelum keluar dari butik dengan tangannya yang memegang satu plastik besar yang aku taktau apa isinya.
Walawehh. Boring shiball duduk sini. Betul lah kata otak aku. Aku patut mula cari kerja lain.
Patut ke aku mula cari kerja tetap? Tapi tak boleh suka suka cuti macam sekarang... Hmmm..
Dia macam ni tau. Aku nak duit, tapi aku nak duduk rumah. Kerja apa je yang duduk rumah tapi dapat duit?
Maid.
Alah tapi aku tak berbakat la nak kemas rumah sampai berkilat. Masak pun tak la sedap mana. Asal tak keracunan je, ok lah bagi aku.
Ahh susah susah bagi aku jadi surirumah jelah! Meh sini para lelaki single, Husna Syakirah desperate nak suami!
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" laju aku toleh belakang memandang pintu butik yang dah terbuka dengan seorang lelaki berdiri di situ.
Tak. Tu bukan lelaki.
TU BIDADARA OMAIGAD BAPAK HENSOM WOII ASTAGA JDHGUFJDH BANGG CULIK SAYA BANGG!
"Umm, saya datang nak ambik baju" lelaki tu senyum kekok memandang aku. Mungkin dia perasan, aku pandang dia macam nak terkam lalu dia rasa terancam.
Ilek la awuck, saya bukan harimau rawr.
"Oh, baju atas nama siapa eh?" aku terus berjalan ke kaunter dan periksa senarai kat komputer.
"Datin Hasna"
Terus aku angkat kepala pandang dia balik. Dia cuma angkat kening dan garu belakang kepala.
Perlahan-lahan aku toleh memandang baju Melayu yang tersangkut tadi. Kalau dah pakai baju melayu putih, maksudnya nak akad nikah la kan? Takkan baju raya kot, raya lambat lagi.
ALAHH NAK KAWIN DAH KE HELEMEK KO NIH TAK MENYABO LA. KOMPOM LA DULU POMPUAN TU BETUL KE TAK JODOH KAU. MANA TAU JODOH KAU SEBENARNYA AKU.
Sorry ah guys, koyak sikit harini. Crush nak kawin lak.
Ceh jumpa tak sampai dua minit dah claim crush. Buntut kau la Kiah.
Memandangkan aku dah tak ada mood nak duduk kat butik ni, aku settlekan hal lelaki tu sepantas yang boleh. Dia cuma menunggu sambil bersandar kat kaunter.
Alah ko ni bang, dah la pakai kemeja dengan t-shirt kat dalam, dark blue jeans, pastu spek bulat macam budak nerd tu ko tau tak ko hensem?? TAU TAK?? DENGAN JAWLINE KALAH PISAU CUKUR, RAMBUT PERANG HOHOIII
Hah sudah Kiah. Sudah.
Baju Melayu yang berbalut plastik tu aku ambik dan bawak ke kaunter. Sambil uruskan pembayaran, aku sempat usya muka lelaki tu untuk kali terakhir.
Lepas ni, dia akan jadi milik orang lain. Walaupun aku tak rela, tapi siapalah aku nak menghalang. Cara terakhir yang aku mampu lakukan cumalah menggunakan bomoh.
Pfft..
Dengar macam aku ni ex girlfriend yang gila talak kan? Piirahh.
"Thanks" ucap lelaki tu lepas aku bagi resit kat dia. Ehh bang sabo jap jangan keluar lagi, I tak habis cakap lagi.
"My pleasure. Congrats on your wedding" aku senyum nipis tapi agak menghairankan bila lelaki tu kerut kening.
Apa? Salah ke kalau aku nak wish dia kawin? Apa aku tak layak wish sebab aku single? Hah? Hah??
Emotional gila bebi kau harini Kiah. Peod ke?
"Uhh.. Thanks.. I guess?"
Lah tibeh. Lantak kau lah.
Lelaki tu pun keluarlah dari butik mak aku ni dengan muka penuh kerutan. Jangan kerut lama sangat bang, berkedut lak dahi nanti. Kalau bakal bini tak suka, abang datang balik sini. Saya terima.
"Kira"
"Hah?" bahu aku ternaik sikit bila mama tiba-tiba tepuk bahu aku. Gileh, dari mana mama datang ni? Pakai ninjutsu ke?
Oh lupa pulak, rumah Cik Fatimah tu kat taman belakang bangunan ni je. Kau pergi mengesot pun kejap je dah sampai.
Ok cer teka mama aku pergi tadi mengesot ke berenang?
"Mana kamu tau dia dah kawin?"
"Eh? Dah kawin? Bukan baru nak nikah ke? Tadi tu bukan baju nikah dia ke?"
"Tu baju adik dia. Dia dah kawin dua tahun lepas"
Terus aku tergamam. Dah kawin lama dah? Yang aku ni tiber pergi wish, mana tak hairannya dia tu kan? Hmm.. Malu lak rasanya. Pasni kalau terjumpa lagi aku nak sumbat kepala dalam plastik.
"Tapi bini dia dah meninggal"
Ehh?
"Accident seminggu lepas kawin. Kena langgar lari dengan kereta"
Makin luas aku ternganga mendengar cerita mama. Masyaallah. Tragis sekali kisahnya. Kasian ya sama lelaki itu. Pasti dia sedih amet.
.....
Jap.
Maksudnya, dia pun single la sekarang kan? MUEHEHEHE BISMILLAH DATIN HASNA, BERSEDIA UNTUK MENERIMA MENANTU BARU
AKU DAH TEKAD
AKU NAK NGORAT MAMAT TU WALAUPUN DIA DUDA. HESHTEK DUDA TAPI HOT UWAHH
Ish. Tabaek larh Kiah. Kesian arwah bini dia.
JDURJJXJS TAPI KALAU DAH JODOH TAK KEMANA KAN? AWAK TUNGGU SAYA TAU! NANTI KITA KAWIN KAT TAMAN BURUNG HAHAHAHA
12 August 2021
Edited on May 15 2024 [ 3.37 A.M ]
Gatal level dewa pompuan ni😔
YOU ARE READING
Resilience
Random__.SEQUEL OF YOURSELF.__ Aku, Aisya Nabilah yang nub, kembali lepas tujuh tahun menghadap negara 4 musim yang agak menyusahkan. Aku tak patut persoalkan kenapa orang pilih negara sendiri yang berhujan batu, berbanding negara orang yang berhujan emas...