ORANG selalu kata, mulakan hari dengan senyuman. Tapi macam mana kalau bangun bangun tu kau tengok kat luar hujan padahal kejap lagi kau nak keluar dating?
Takkan nak senyum jugak?
So aku mulakan hari dengan milo tabur. Dah la sedap, menambah tenaga lagi walaupun tenaga tu akan digunakan dalam tandas nanti. Siap berhiaskan payung oren hahh macam tengah minum air kelapa tepi pantai pun ada.
Mug bercorak burung hantu yang mama dapat dari freegift KitKat tu aku letak atas meja. Pagi-pagi macam ni kalau dapat joging best gak. Kat Cambridge sana kalau pagi-pagi macam ni jangan harap la nak jejak kaki kat luar.
Sejuk woii! Tu belum masuk musim salji dia lagi. Memang la best tapi kalau dah kau pergi kelas cuaca elok je, balik-balik tu tiba-tiba salji, tak ke meraung? Jenuh aku tahan teksi nak balik hari tu. Sibbaik uncle tu bagi aku selimut. Kalau tak, mau beku aku dalam kereta dia.
Papa yang baru turun dari tingkat atas duduk di sofa yang bertentangan dengan aku. Sejak-sejak makin berumur ni, papa dah kurangkan bekerja. Selalunya busy memanjang sampai aku pun pernah lupa rupa papa cemana.
Hahaha kedengaran kelakar tapi tu la hakikatnya. Bila aku nak cari papa kat pejabat dia, dia yang depan mata pun aku boleh pergi tanya mana bilik bapak aku.
Nasib baik dia tak ingat aku pergi cari bapak lain kat sana.
"Bella"
Aku pandang papa yang tersenyum. Muka berkedut dia nampak comel lah hohoho.
Tashabar nak tua ke Nab? Kata orang, lebih baik menua bersama yang tercinta, bukankah begitu?
Tapi kalau orang tercinta pun dah.. Hmm..
"Kenapa Bella ambik course marketing? Tak ada rasa nak kerja engineer or something ke?"
Aku hirup milo tabur sikit sebelum letak balik atas meja. Jawapan dah tersedia sejak tujuh tahun lepas lagi jadi aku dah tak payah pikir panjang-panjang.
"One day nanti mesti papa suruh Bell kerja kat syarikat papa jugak kan? So Bell pun malas nak pikir cita-cita Bell" balas aku sebelum bersandar di sofa hak milik agung mama. Aku taktau mama tukar sofa ni sejak bila. Yelah, tujuh tahun aku tak ada kat sini, macam-macam dah berubah termasuklah angah.
"Kenapa Bella cakap macam tu? Papa tak pernah terfikir pun nak letak Bella dalam syarikat papa"
Aku yang tengah belek jenis kulit sofa terus alihkan pandangan. Muka papa yang berkerut tu buatkan aku rasa dia memang serius.
Tapi aku tetap nak tanya.
"Are you serious?"
Papa terus angguk buatkan bahagian dalaman aku mula meroyan sendirian.
Oh my god.. Kalau aku tau, dari awal aku dah ambik course architecture!
Ya aku tau seketul Nab ni berangan nak jadi arkitek dari dulu. Ok lah tu, dari minat merempit dengan pakwe orang petang petang sampai habis minyak.
Tapi masalah sekarang ni, aku dah ambik course business and marketing tau. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak ambik course haa kerja tempat lain lah kau.
Itu kata-kata seorang Ton yang tersalah pilih course sebab ingat dia tak layak untuk ambik course dentist so dia main isi je UPU tu dan finally dapat course accountant.
Meraung jugak la dia bila dapat tau result dia tu layak untuk sambung course dentist. Lepas demam tiga hari, baru dia boleh move on.
YOU ARE READING
Resilience
Random__.SEQUEL OF YOURSELF.__ Aku, Aisya Nabilah yang nub, kembali lepas tujuh tahun menghadap negara 4 musim yang agak menyusahkan. Aku tak patut persoalkan kenapa orang pilih negara sendiri yang berhujan batu, berbanding negara orang yang berhujan emas...