4 | Syurga

188 24 82
                                    


Bunga Saifuddin : Syurga

"You shouldn't play with fire."

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

SAIFUDDIN sedari tadi terlihat begitu leka sekali membiarkan sepasang milik matanya menyelam masuk ke dalam sehelai kertas yang sungguh kacau sekali lakarannya.

Sekilas dia merenung jam di tangan, takut-takut dia terbabas untuk ke surau demi mengejar saf paling hadapan. Mahu menjadi imam, dia sendiri masih merasa 'malu' untuk menyimpan impian seperti itu.

Cepat-cepat Saifuddin melafaz ucap astagfirullahallazim. Dia sudah berjanji dengan dirinya, untuk tidak sesekali berfikiran negatif tentang dirinya sendiri.

"Syurga Allah itu layak untuk sesiapa yang berusaha keras untuknya, Saif."

"Tak kira dia pembunuh bersiri sekalipun. Jika dia bertaubat dan taubatnya diterima, siapa kita untuk menentukan di mana letaknya syurga buat setiap manusia? Sudah nak, jangan sesekali merasa seperti itu. Kamu tahu, betapa sayangnya Allah pada kamu. Lihatlah, sebegitu teruk pun kamu dipukul, dihentam oleh badai ujian Allah; Allah masih menghidupkan sesuatu yang terletak dalam diri kamu. Hati, Saif. Beruntunglah Allah masih mahu hati itu hidup, agar bila hati itu dijentik: kita merasa sakit. Ketika masih merasa sakit, itu tandanya iman kita masih hidup."

Imbas kata penuh berhikmah dari Ustaz Qayyum begitu menyentuh hatinya. Saifuddin menarik senyum tipis, lalu perlahan-lahan si tipis itu bertukar menjadi si lebar dan manis sekali terlihat.

Syurga, tunggu aku boleh?

Senyuman Saifuddin mulai pudar saat matanya jatuh kembali pada lakaran kertas yang tidak sengaja dia ambil di taman bunga itu tempoh hari. Sudah dua minggu berlalu, dan sejak itu juga: gadis yang masih dia ingat namanya. Daisy itu, seolah-olah menjauhkan diri darinya. Entah di mana silapnya, Saifuddin juga tidak tahu.

Dia juga meminta pendapat dari Irham tentang hal ini, ternyata Irham sama sekali tidak membantu. Malah lelaki lebih berusia darinya itu sempat membuat lawak separuh bodoh yang masih tidak dapat diterima akalnya.

"Mungkin dia rasa nak pitam kot tengok lelaki handsome macam kau tegur dia. Macam aku lah, apa ke jadah anak-anak dara orang boleh pengsan disebabkan aku?"

"Tak cukup ke stok bodoh kau sampai minta dekat aku, Irham?"

Saifuddin tertawa kecil saat teringatkan Irham.

Dia sebenarnya sudah sedia tahu mengapa Irham seperti tidak mahu tahu tentang masalahnya yang satu ini.

Dia tahu, Irham tidak mahu dia berfikir terlalu dalam tentang hal yang sama sekali tidak berkait dengan hidupnya. Irham cuma mahu dia fokus pada kesihatannya sahaja.

Sesederhana itu Irham dalam menjaga, dan sebesar itu kasih sayang yang dapat dirasakan; dalam kesederhanaan itu.

Tetapi, Saifuddin tetap menyimpan rasa itu. Selagi belum terlunas, selagi itu dia tidak tenang.

Tentang apa yang telah berlaku ke atas sekuntum bunga diberi nama Daisy itu.

* * *

SAIFUDDIN berdiri diam di sudut dinding yang terletak tidak jauh dari kedudukan seorang Daisy berada. Berhati-hati Saifuddin mencuri pandang gadis itu. Di tangannya terletak senaskah buku untuk digunakan sebagai 'cover kantoi tengok anak dara orang'.

Bunga SaifuddinWhere stories live. Discover now